CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Murung Ditemui Tergantung Di Kampung Juru

12-3-2021 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3649| Komen: 13

Description: Seorang lelaki berusia 32 tahun yang mengalami masalah kemurungan sejak 10 tahun lalu ditemui mati tergantung dengan kain dalam bilik sebuah rumah di Kampung Juru Bukit Tengah di sini, semalam.
Seorang lelaki berusia 32 tahun yang mengalami masalah kemurungan sejak 10 tahun lalu ditemui mati tergantung dengan kain dalam bilik sebuah rumah di Kampung Juru Bukit Tengah di sini, semalam.

Insiden jam 7.30 petang itu disedari abang lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, terdahulu, abang lelaki itu yang berdepan masalah penglihatan kehairanan kerana adik lelakinya tidak keluar daripada bilik sejak pagi semalam.


Gambar hiasan

"Apabila dia membuka pintu bilik adiknya itu, dia mendapati adiknya dalam keadaan tergantung.

"Dia kemudiannya menghubungi adik perempuannya sebelum kejadian dimaklumkan kepada kami," katanya pada kenyataan hari ini.

Menurut beliau, menurut si abang, adiknya itu tinggal bersamanya selepas kematian ibu bapa mereka.


Shafee berkata, lelaki terbabit sebelum ini turut mendapatkan rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM).

"Hasil siasatan di lokasi, mangsa yang juga anak ketiga daripada empat beradik ditemui tergantung dalam bilik tidurnya, lehernya diikat dengan kain yang dicangkuk di siling.

"Kami turut menemui tangga di tepi katil lelaki terbabit. Tiada unsur jenayah dalam kejadian ini," katanya.

Mayat dibawa ke HBM untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rainsack 13-3-2021 04:46 AM
Melayu ke Dia ni??????
Quote dudaberhias 13-3-2021 06:18 AM
yang mengalami masalah kemurungan sejak 10 tahun lalu


siannya lama dah tu orang ni depress... kena bawak ke psychiatric patutnya....
tapi kan sebenarnya bukan masalah bawak ke psychiatric ke idok... selalunya orang sekeliling tu haaa bukan semua jenis supportive macam kes anak 12 tahun ke 13 dah nak bunuh diri... dah maknya pun macam hanat patut la budak tu kecik2 dah tak nak hidup...
Quote dudaberhias 13-3-2021 06:21 AM

sebab di seberang perai... iols syak itu pari pari atau hua hua ampuni iols jika iols salah...
Quote supernaturalee 13-3-2021 09:44 AM
Since umur 22 dh depression

Alahai

Quote gideoncross 14-3-2021 06:10 PM
supernaturalee replied at 13-3-2021 09:44 AM
Since umur 22 dh depression

Alahai

Sbb bgi kaum Mlayu, depression ni stu taboo yg x boleh d sbut & kalu d sbut, c mngsa akn d rendah2 kn & d cop sbgai "attention seeker", mna xnya mkin parah. Kat SK lgi haru, d sbbkn kt sna mngamalkn sistem "Yg muda msti hormat kat yg lbih tua wlaupn yg tua tu brslah", no wonder depression & suicide case sntiasa tinggi, dh kna buli pstu x boleh report & kna pendam sndri.
Quote unicornlady 14-3-2021 06:56 PM
So sad to hear this kind of news hari2 mengenai depression
Quote supernaturalee 14-3-2021 09:20 PM
gideoncross replied at 14-3-2021 06:10 PM
Sbb bgi kaum Mlayu, depression ni stu taboo yg x boleh d sbut & kalu d sbut, c mngsa akn d rendah2 ...

rsnya bkn dianggap attention seeker
tp bimbang dikata gila
org kita mostly anything that related dgn mslh mentah adlh gila
jumpa psikiatri terus dicop gila


support gila #ajl35
ok, yg ni xde kaitan
hehe




Quote monreyes 14-3-2021 09:52 PM
apa punca org blom kawen esp anak2 muda boleh depress?
dah kawen lagi berbakul masalah dtg...
Quote faraway1 14-3-2021 10:03 PM
Bukan semua masalah walaupun setinggi gunung boleh buat orang depress.


Depress kan penyakit.. Hanya yang alami aje boleh bagitau impact. No experience so hanya mampu simpati
Quote CikYaYaYa 15-3-2021 01:59 AM
Biasanyaa org yang betoi2 ada kemurungan niee memang diaa xciter kat org sbb typical org Malaysiaa suke tuduh psakit mcm nie attention seeker. to pon ramai org tduh mcm to sebab geng2 batak attention laa punya pasaii. Xder sakit kta ada sakit. So Dia pon simpan je laa sesorang... Sampai tahap xleh nk hadap gini la jadiknya.. Kesian pulak
Quote liyamariska 15-3-2021 02:59 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental....
Quote gideoncross 17-3-2021 01:51 PM
supernaturalee replied at 14-3-2021 09:20 PM
rsnya bkn dianggap attention seeker
tp bimbang dikata gila
org kita mostly anything that related ...

Yg ni btul, depress skit, d kta gila. Anxiety skit, d kta ngada2.
Quote gideoncross 17-3-2021 01:52 PM
liyamariska replied at 15-3-2021 02:59 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental....


Tngok lh cra hidup pda zmn skrg. Zmn dlu dpt gji $60 dh ckup, zmn skrg dpt bribu pun xckup lgi.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.222887 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top