CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2055|Reply: 16

[Tempatan] Hutang RM50 punya pasal,sanggup bakar kawan sendiri

[Copy link]
Post time 12-3-2021 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Hutang RM50, telefon bimbit punya pasal

Hassan Omar
[email protected]

Alor Gajah: Hanya kerana hutang RM50 selain selain menuduh mangsa mencuri telefon bimbit kekasihnya, seorang lelaki menyimbah petrol pada rakannya sebelum membakarnya di Kampung Lendu, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, perkara itu didedahkan suspek kedua kes itu, iaitu lelaki berusia 23 tahun yang ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di rumah di Taman Dimensi, Lendu, 1.25 pagi, hari ini.

"Suspek mengaku berada di lokasi kejadian ketika mangsa dibakar oleh suspek utama di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lendu pada jam 5 petang Selasa lalu.

"Saringan kencing mendapati suspek positif dadah dan ada tujuh rekod kesalahan, iaitu enam kes dadah dan satu jenayah mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, polis mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan membunuh, selain melipatgandakan usaha mengesan suspek utama, katanya.

Dalam kejadian Selasa lalu, suspek kedua meminta mangsa datang ke rumahnya di Kampung Lendu dan setibanya di rumah berkenaan, mangsa mendapati suspek utama berada dalam rumah.

Mangsa, suspek kedua dan suspek utama menghisap syabu sebelum suspek utama bertengkar dengan mangsa dan menuduh mangsa mencuri telefon bimbit kekasihnya.

Suspek utama menyimbah petrol yang diambil dari gergaji rantai sebelum menyalakan api lalu melontarkannya ke arah mangsa sebelum dia dan suspek kedua melarikan diri.M

angsa yang melecur tahap dua sempat berlari ke bilik air untuk memadamkan api dan mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah, di sini sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka.

Polis sudah melancarkan gerakan mengesan suspek utama kes ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2021 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan dekat negara leluhur
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
elok la tu satu geng sampai culik orang sebab henfon, yang maknosia ni sampai membakar pulerr.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh 29 tahun pon xleh pk lg
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm...xleh ke htr pegi polis je?bukti ada kan..tepon apa y dicuri tu?aipong 12 ke?smpai nak membakar haa..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 01:51 PM | Show all posts
Sesama penagih lah ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn kasi pinjammmm.... dulu waktu belajar ada member nak pinjam 50.00... aku bagilah sebab masa tu bbnu x reti nak kata no... pastu duit hilang dia kata aku yg ambik... memang kimakkkkkk... sampai sekarang sapa nak pinjam aku ckp xda.. dari aku sakit hati mcm penggemis mintak hutang
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
nurul_akmar replied at 12-3-2021 01:32 PM
Dh 29 tahun pon xleh pk lg

Menurut abg jamil, dh tua pun bodoh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 10:06 AM | Show all posts
Hutang wajib dibayar ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 12-3-2021 01:19 PM
Ingatkan dekat negara leluhur

Lendu tu leluhur laa...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 12-3-2021 03:04 PM
Jgn kasi pinjammmm.... dulu waktu belajar ada member nak pinjam 50.00... aku bagilah sebab masa tu b ...

Bodo je bg pinjam duit kat org..... aku akan pesan pd anak cucu cicit jgn bg pinjam duit kat org.. so bodoss
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 10:51 AM | Show all posts
bakar2 ni pari pari jer... api kan suci katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 11:40 AM | Show all posts

soo scary... ahh kenapa iols scroll dan sempat reply lagi ni...
seriau hokkeh... tak masuk thread ni dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.103773 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list