CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Padan Muka Apek Tu" - Uncle Kentang Rampas Kunci Pemandu Mabuk, Campak Ke Semak

12-3-2021 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4081| Komen: 13

Kecelakaan berpunca daripada pemandu mabuk sebenarnya boleh dielakkan bukan sahaja menerusi penguatkuasaan undang-undang, tetapi juga dengan penglibatan anggota masyarakat sebagaimana kisah dikongsikan aktivis kebajikan, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang.



Kredit foto: FB

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, Uncle Kentang berkata, dia tidak teragak-agak bertindak sekiranya ternampak individu mabuk yang cuba untuk memandu kereta.

"Hanya kawan yang tak sayang akan biarkan kawan dia memandu dalam keadaan mabuk. Itu macam kawan baik, pergi matilah," kongsinya.

Dalam pada itu, Uncle Kentang turut berkongsi satu peristiwa ketika dia pernah berada dalam pasukan polis, yang mana dia terus bertindak merampas kunci kereta milik pemandu mabuk yang cuba memandu.



"Dulu semasa saya kerja polis, saya terjumpa satu lelaki Cina membawa kereta terhoyong hayang kiri dan kanan jalan di Jalan Ipoh. Saya merayu pada dia untuk berhentikan kereta.

"Tak boleh arah. Kena beri salam dulu bos. Kalau tak, orang kata polis buli orang tua. Selepas beliau berhenti dan turunkan tingkap tanya saya apa hal, dengan bau Stout, Tiger, entah apa-apa lagilah.

"Saya telah masukkan tangan dan tutup enjin serta rampas kunci. Kereta jenis dulu, kunci ada kat ignition. Kini tak boleh semua pakai push start. Aku ambil kunci dan campak masuk semak jauh-jauh. Padan muka apek itu," tulisnya.

Bagaimanapun katanya, cara tersebut adalah cara lama dan sudah pasti pasukan polis ketika ini mempunyai kaedah dan prosedur tersendiri dalam menangani kes sedemikian.

"Aku berani cakap kerana aku dah (jadi orang) awam dan tua. Dah dua belah kaki dalam kubur. Kalau sekarang tak sound direct, bila lagi... masuk kubur dah jadi bisu. Jangan ada yang marah aku... kebenaran tetap kebenaran," tulisnya lagi.


Kredit foto: FB

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan kekaguman mereka dengan cara lelaki tersebut ketika mengendalikan kes membabitkan pemandu mabuk.

"Betul sangat-sangat uncle. Kepada yang minum dengan rakan, rampas kunci dia dan bawa dia balik atau biar dia tidur di kaki lima pun takpe asalkan tak bunuh orang.

"Terbaik uncle, boleh dipraktikkan buang kunci kat semak.

"Kalau dah minum arak tu, naik Grab balik rumah saja," demikian antara komen netizen.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 12-3-2021 12:25 PM
Betul tu kalau sayangkan kawan jangan benarkan mereka pandu semasa mabuk bukan membahayakan dirinya saja tapi membahayakan orang lain juga.
Quote SalenaGomez 12-3-2021 12:40 PM
Kalau kat korea (ni SG tgk cite drama korea ya- tp rasanya mmg wujud) ade servis driver..,bila mabuk call je driver utk bawak kita n kereta balik rumah...mcm servis grab laaa cuma ni sewa driver

So sape yg biz minded boleh try bukak biz ni...

Rasany servis mcm ni bkn org mabuk je boleh guna, kalau kita tgh drive, mengantuk sgt ke or any emergency laa yg perlukan org bawak keta kita, pon boleh guna
Quote Skuau 12-3-2021 12:44 PM
teringat kata orng kpd RTA....teringat apa kata Prof DDT citer psl tegur ore bawa anjing msk taman.
Quote salmon-suki 12-3-2021 01:24 PM
U know what,kalau bangsa ni,hanya bangsa dia je y boleh tegur,maki..cuba bangsa lain buat,komfem jd kes racist laa etc..so,uncle kentang,better jaga set2 jinjang lah..kalau dgn polis pn berani dorg ludah2 maki2, mentang2 polis melayu,ai harap uncle kentang pegi ceramah kasi tercabut telinga org2 mcm tu..
Quote Adrif 12-3-2021 01:56 PM
salmon-suki replied at 12-3-2021 01:24 PM
U know what,kalau bangsa ni,hanya bangsa dia je y boleh tegur,maki..cuba bangsa lain buat,komfem jd  ...

tu la.. kalau dengan unit beruniform, terutamanya wanita. dia punya biadab tu.. orang tak racist pun bertukar racist on the spot.body contact pun boleh jadi physical assault dalam certain case.
tapi diorang ni, siap boleh tolak-tolak lagi.
kalau ikutkan undang-undang, boleh kena dakwa atas kesalahan menghalang penjawat awam melakukan tugas.

kita kadang2 rasa nak neutralkan balik diri daripada sikap racism ni,
kita tengok balik cerita2 arahan arwah Yasmin Ahmad.
Quote helicornia 12-3-2021 02:25 PM
SalenaGomez: Kalau kat korea (ni SG tgk cite drama korea ya- tp rasanya mmg wujud) ade servis driver..,bila mabuk call je driver utk bawak kita n kereta balik ruma ...

korea tu sbb ramai sgt mabuk. mmg budaya depa. lagi kuat minum lagi bangga.sbb tu servis driver kt sana ada demand
Quote salmon-suki 12-3-2021 03:18 PM
Adrif replied at 12-3-2021 01:56 PM
tu la.. kalau dengan unit beruniform, terutamanya wanita. dia punya biadab tu.. orang tak racist p ...

Tulaa..pastu nti play oku card..jmpe plak doc bangsa dorg,mmg senang laa dpt approval..mcm kwn ai,demam biasa je,tp dpt mc 2hari. Pstu doc tu siap ckp lg kalau nak extend to 3days pn boleh..just bgtaw dia .

Ai was like... seriously?ai pernah pegi jmpe doc cainis,mmg xbrp bagus sgt,layan nak xnak je .kalau doc indian bagus..semua soalan ai tny,dia akan jwb, even ada bg tips semua...
Quote Rainsack 13-3-2021 04:48 AM
Haihhhhhmacam nacam {:spec{:shy{:shy{:shy{:shy{:shy{:shy{:shy{:shy{:shy{:shy
Quote AyaqMeloSuam 14-3-2021 02:35 AM
Aku pnh baca kt mna tah ke tgk movie.  Taxi utk geng2 mabuk kt obersee ni cas dia mahal sikit.. sb pemabuk2 ni kkdg muntah , kencing apa dlm taxi.. so extra cas
Quote ledigugu 14-3-2021 04:21 PM
Quote TomyamPuteh 14-3-2021 09:15 PM
Klau kt ostolia dh kna srh blk wuhan dh puak2 ni...
Quote imransulaiman 16-3-2021 08:21 AM
Oooo baru tahu Uncle Kentang ni bekas anggota polis. {:good
Quote Aikiko 7-4-2021 09:51 PM
SalenaGomez replied at 12-3-2021 12:40 PM
Kalau kat korea (ni SG tgk cite drama korea ya- tp rasanya mmg wujud) ade servis driver..,bila mabuk ...

Betul tu SG n driver tue kena bawak kete si pemabuk
Bolehla chinese2 kat Msia ni wat bisness masyukk kot

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.197908 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top