CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Proton X50 Total Lost Semasa Dalam Perjalanan Hantar Ke Pelanggan, Rupa-Rupanya Ini Yang Berlaku...

13-3-2021 08:49 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 16468| Komen: 100|Original author: Oleh: Natrahn



Tular di media sosial baru-baru ini kisah kereta Proton X50 yang mengalami kemalangan ngeri sehingga total lost semasa dalam perjalanan untuk menghantar kereta kepada pelanggan yang berada di Johor Bahru.


Kredit foto: Facebook  Puteri Topsales

Tampil menjelaskan keadaan sebenar, seorang bekas sales advisor Proton menerusi Facebooknya, Puteri TopSales,  telah berkongsi satu hantaran bagi membersihkan nama beliau akibat kemalangan yang berlaku.

Kredit foto: Facebook  Puteri Topsales

Walaupun dia tidak lagi bersama Proton, dia masih berurus niaga menjual kereta atas kepercayaan pelanggannya. Menurutnya, dia adalah orang yang bertanggungjawab berurusan dengan pelanggan sejak empat bulan lalu. 

Untuk rekod, kereta pelanggan ini telah didaftarkan pada 1/3/2021 dan dirancang untuk penghantaran dari KL ke JB pada 6/3/2021. Oleh kerana Puteri bukan lagi bekerja sebagai sales advisor Proton, dia telah dimaklumkan tidak dibenarkan menghantar kereta pelanggan bersendirian.

Pada hari kejadian, Azmi memandu kereta berkenaan dan Putri memandu kereta Azmi dan mengikutinya secara konvoi, namun Azmi telah hilang meninggalkan Puteri bersendirian.

Apabila Puteri menelefon Azmi untuk berjumpa semula dan konvoi bersama, Azmi memberikan 'alasan' dan meminta Puteri untuk meneruskan perjalanan dulu.Pada jam 5.30 petang, Puteri telah menghantar lokasi pelanggan kepada Azmi dan dia memberitahu Puteri yang dia telah sampai di Melaka dan masih meneruskan perjalanan. Puteri selamat keluar dari tol Skudai Johor Bahru pada jam 7 petang, namun Azmi masih berdiamkan diri tanpa khabar berita.



Kredit foto: Facebook  Puteri Topsales

Setelah beberapa kali membuat panggilan telefon pada Azmi sehingga lewat malam, akhirnya Puteri mendapat panggilan daripada pelanggannya sendiri memaklumkan bahawa Azmi rupanya terlibat dengan kemalangan teruk di kawasan Segamat.

Kredit foto: Facebook  Puteri Topsales

Azmi membuat laporan polis dan telah membuat pengakuan memandu kenderaan pelanggan tersebut dengan laju dan turut menyalahkan waze dan maps yang membawanya ke laluan yang salah.

Dalam masa yang sama, Puteri turut membuat laporan polis bagi mempertahankan diri dan menjaga nama baiknya dan mencari jalan penyelesaian dengan pelanggannya.

Kredit foto: Facebook  Puteri Topsales

Menurut Puteri lagi, dalam kemalangan itu Azmi tidak mengalami sebarang kecederaan mungkin kerana sistem keselamatan Proton X50 yang menerima penarafan keselamatan lima-bintang. Namun, Azmi bertanggungjawab sepenuhnya dalam membayar ganti rugi dalam kes ini.

Kredit foto: Facebook  Puteri Topsales

Walaupun terkilan dengan perkara yang berlaku, Puteri harap perkara ini boleh diambil iktibar dan pengajaran buat kita semua supaya lebih berhati hati dalam menjalankan amanah.
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 13-3-2021 09:09 AM
Gila kurang ajar org mcm azmi ni.. Takde integrity dlm pekerjaan mahupon dlm hidup. Loser
Quote sarahmirza 13-3-2021 09:32 AM
KL pergi JB pun sesat sampai Segamat ko apa hal Azmi? Buat malu jantan je....
Quote CiliPadiSedap 13-3-2021 09:40 AM
sarahmirza: KL pergi JB pun sesat sampai Segamat ko apa hal Azmi? Buat malu jantan je....

Dia lalu jalan dalam kut

KL > washington > new york > los demonles > segamat
Quote GigaMom 13-3-2021 09:40 AM
Suh SA ni bayar
Selayaknya!!
Quote Orix 13-3-2021 10:25 AM
KL JB pun nk pakai Waze ? Kalo nk cari rumah cust ko psg waze paham la jugak. Tp kalo msuk highway KL nak exit highway JB pun ko nk psg Waze mmg tak masuk akal...
Quote nazzse 13-3-2021 10:28 AM
Time sedap bawak kereta baru ko senyap je..time susah baru tau cari kawan balik..
Selayaknya lah weii
Quote imransulaiman 13-3-2021 11:41 AM
Geram pulak aku baca berita ni!
Quote wasabi29 13-3-2021 12:00 PM
Azmi ni loser tahap tak boleh diselamatkan dah . Mereput la bayar kereta tu kat Proton balik . Thanks
Quote R2D2 13-3-2021 12:37 PM
dah accident
salahkan Waze pulak

Quote Kerexxx 13-3-2021 01:42 PM
Orix replied at 13-3-2021 10:25 AM
KL JB pun nk pakai Waze ? Kalo nk cari rumah cust ko psg waze paham la jugak. Tp kalo msuk highway K ...

Pelik nye.. terusssss je lah hiway plus tu sampai hujunggg...
Quote downiey 13-3-2021 01:50 PM
Masak la ko nk ganti azmi.
Quote bungarose 13-3-2021 01:51 PM
Knaper mamat tuh g sampai dungun? Jb hala ker selatan
Quote ayorsuam 13-3-2021 01:59 PM
"U ada hak utk marah i"...bla3x ko ingat ko pujuk bini lepas kantoi curang??? Here's news to you Jemie...Puteri pun ada hak utk tak respon...boohoo.
Quote Belibis 13-3-2021 02:00 PM
Panjangnya report polis.mesti polis yang taip tu terkial kial tanya ejaan,tekan keyboard satu satu.pastu pusing monitor suruh kita baca.ulang lagi,sampai bosan.
Quote printercomel 13-3-2021 02:29 PM
SA celaka mcm ni
Quote white_musk 13-3-2021 02:57 PM
Jadi, lain kali jika kitaperlu mengikut orang,
apabila orang itu suruh kita jalan dulu, jangan jalan dulu...
ikut saja untuk pastikan semuanya selamat...

Adik Putri seharusnya mengikut Azmie yang membawa kereta ikut untuk pastikan ia selamat tiba kepada palanggan
Quote Nes3in1 13-3-2021 02:58 PM
Kalau dah konvoi sama2 biar la gerak seiringan sampai sama2, apa2 hal berlaku member belakang boleh bantu itu namanya konvoi. Mentang2 bukan kete ko, ko pergi lenjan mcm nak buat test drive review. Selamat membayar.
Quote Tinot7 13-3-2021 03:16 PM
CiliPadiSedap replied at 13-3-2021 09:40 AM
Dia lalu jalan dalam kut

KL > washington > new york > los demonles > segamat

Jangan lupa, dari segamat baru turun ke JB.
Quote Normabaru 13-3-2021 03:17 PM
klu perempuan mesti dh bbakul sumpah maki xreti drive walhal laki lg teruk smpi dh pki waze pon blh sesat barat.. Bkn sesat je siap total lost elokla dibuang kje org xamanah mcm ni dan suruh dia byr segala kerugian..apahal ncd klien plak ko nk usik.. patut tambah lg saman bwk lebih hlaju kalu

Another cth ikut hati,hmpir mati.
Nsb xkojol kt situ.. Lol

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.067402 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top