CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setiap Minggu Menyelam Cari Isteri Hilang Sedekad Lalu

11-3-2021 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1930| Komen: 2

Seorang lelaki kehilangan isterinya dalam bencana tsunami sedekad lalu menyelam setiap minggu demi mencari wanita tersebut.


Kredit foto: BBC


Yasuo Takamatsu, 64 kehilangan isterinya, Yuko apabila gempa bumi terburuk dalam sejarah Jepun sekuat 9.0 skala Richter membadai Jepun pada 11 Mac 2011.

Ombak setinggi lebih 15 meter membadai pelabuhan Onagawa di wilayah Miyagi menyebabkan seramai 827 orang terbunuh.

Pada 2013, Takamatsu belajar dan mendapatkan lesen menyelam supaya dia boleh mencari isterinya.


Kredit foto:  Daily Express

Semenjak itu, dia akan menyelam setiap minggu di Lautan Pasifik bagi mencari cinta hatinya itu.


“Saya menyelam kerana saya percaya dia ada berdekatan,” kata Takamatsu seperti dipetik BBC.



Tambah Takamatsu, dia rasa lebih tertekan jika tidak berbuat apa-apa tentang kehilangan isterinya.

Jelasnya lagi, selagi dia masih bernyawa, Takamatsu akan terus menyelam untuk mencari wanita itu. 


Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hird 11-3-2021 07:55 PM
Hensem nya atuk ni.
Quote Carcosa 11-3-2021 09:54 PM
Dah ada laaa cerita niii. Me'ols dah comment pun dkt thread satu lagi tu   {:yameteh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.029253 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top