CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Selamat Ke Pinggan Mangkuk Ayan?

11-3-2021 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3978| Komen: 10

Description: Jika sebelum ini trending pinggan mangkuk berhiasan, kini pinggan mangkuk jenis enamelware atau lebih dikenali sebagai ayan menjadi pilihan suri rumah.
Jika sebelum ini trending pinggan mangkuk berhiasan, kini pinggan mangkuk jenis enamelware atau lebih dikenali sebagai ayan menjadi pilihan suri rumah.


Gambar hiasan


Rekaan vintage pada pinggan mangkuk ayan kembali menjadi perhatian masyarakat tanpa menyedari kesan dan bahayanya kepada kesihatan.

Memetik Public Health Malaysia, pinggan mangkuk ayan dihasilkan daripada asas keluli, besi atau aluminium yang disalulti dengan porselin pada tahap suhu tertentu.



Masalah boleh terjadi jika produk ini dihasilkan pengeluar yang tidak diketahui kerana pencemaran logam berat seperti plumbum, kadmium dan uranium boleh berlaku. Bahan kimia merbahaya ini biasa digunakan untuk memberi warna menarik pada permukaan pinggan atau mangkuk.




Tambah Public Health Malaysia lagi, kesan daripada pencemaran bahan kimia ini akan memberi risiko dan masalah kepada perkembangan otak anak-anak. Dalam jangka masa panjang, kerosakkan organ boleh berlaku seperti buah pinggang, hati, tulang dan kanser.



Justeru, elakkan daripada menggunakan pinggan atau mangkuk ini sebagai peralatan masakan. Tidak menjadi masalah jika ia digunakan sebagai hiasan semata atau mendapatkan ia daripada produk berjenama yang telah ditentusahkan melalui proses pemeriksaan kualiti yang ketat.


Sumber: Era.je
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 11-3-2021 09:34 PM
semuanya tk boleh guna

payah ni
Quote LadyCarefree 11-3-2021 10:19 PM
Yg dok bnyk jual tu beli dr china. Ntah2 rijadah pon beli dr China rebrand dn jual regher yahudi
Quote Normabaru 12-3-2021 08:07 AM
Public health pny tips awat tt xmasuk kan dlm ni.. Br excited nk baca.. Choiii
Quote Lengkong 12-3-2021 08:19 AM
harga boleh tahan jugak
Quote Artemesiaa 12-3-2021 12:56 PM
Kalau nak ikutkan benda bersalut macam ni pasti ada kesan yang boleh membahayakan kalau diguna dalam jangka masa lama.  Tapi benda macam ni dah makin susah nak dapat zaman sekarang ni kalau ada pun mahal berbanding dulu.
Quote SalenaGomez 12-3-2021 01:04 PM
Artemesiaa replied at 12-3-2021 12:56 PM
Kalau nak ikutkan benda bersalut macam ni pasti ada kesan yang boleh membahayakan kalau diguna dalam ...

Rasanya pinggan glass juga rasa selamat skit... tp bukan oinggan viral yg byk corak tu..yg tu depa kata bahaya juga

Pinggan glass clear maybe ok kan
Quote Artemesiaa 12-3-2021 01:07 PM
SalenaGomez replied at 12-3-2021 01:04 PM
Rasanya pinggan glass juga rasa selamat skit... tp bukan oinggan viral yg byk corak tu..yg tu depa ...

Betul pinggan glass jernih atau pingan seramic putih lebih selamat untuk digunakan.  Pinggan pastik pun sama ada sesetengah bahaya untuk digunakan.  
Quote SalenaGomez 12-3-2021 01:10 PM
Artemesiaa replied at 12-3-2021 01:07 PM
Betul pinggan glass jernih atau pingan seramic putih lebih selamat untuk digunakan.  Pinggan pasti ...

Pinggan plastik or pinggan viral ni kalau letak benda panas , maybe bahaya

Kalau nk guna juga just utk letak benda sejuk mcm buah ke...itupon kalau buah yang acidic pon bahaya juga
Quote cariplease 16-3-2021 02:36 PM
Nasib baik tak beli itu hari
Quote yunayuni 16-3-2021 03:31 PM
Tapi cantik pulak design baru ni.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.057768 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top