CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tiada Kena-mengena Dengan Syarikat Judi" - Wak Doyok

11-3-2021 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3759| Komen: 13

Description: Pelakon, ikon media sosial dan usahawan, Wak Doyok kecewa dengan tindakan syarikat perjudian yang menyalahgunakan gambarnya untuk tujuan promosi iklan di media sosial.
Pelakon, ikon media sosial dan usahawan, Wak Doyok kecewa dengan tindakan syarikat perjudian yang menyalahgunakan gambarnya untuk tujuan promosi iklan di media sosial.



Wak Doyok ketika dihubungi berkata, ini bukan kali pertama dia berdepan dengan situasi ini.

"Saya menerima mesej daripada pengikut di Instagram memaklumkan mengenai gambar saya yang digunakan satu syarikat perjudian untuk tujuan promosi.

"Di sini saya nak jelaskan bahawa saya tidak ada sebarang pembabitan dengan syarikat itu dan memohon supaya pengikut di platform media sosial melaporkan penyalahgunaan ini di Facebook serta Instagram," katanya kepada Harian Metro.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkata, dia terpanggil untuk memberi penjelasan kerana apa yang berlaku menjejaskan reputasinya sebagai selebriti dan orang Islam.

"Bukan saya saja, tetapi ramai juga selebriti lain pernah terkena perkara begini. Untuk mengelakkan salah faham dan fitnah, saya tegaskan bahawa saya tidak ada kena mengena dengan iklan ini," katanya.



Kredit foto: IG Wak Doyok

Setakat ini, dia belum membuat keputusan sama ada akan membawa perkara ini ke peringkat selanjutnya atau tidak.

"Sebelum ini, saya pernah berdepan situasi sama di mana gambar saya digunakan oleh 'scammer' untuk mengaut keuntungan. Kalau saya buat laporan polis, penyiasatan akan memakan masa lama dan polis pun akan memberi nasihat supaya berhati-hati.

"Jadi, saya menyeru masyarakat di luar sana untuk membantu melaporkan mengenai iklan ini di platform media sosial masing-masing dan biar pihak Facebook atau Instagram yang akan memadam atau menyekat iklan itu," katanya.

Dalam gambar yang digunakan sebagai iklan itu, gambar Wak Doyok disunting dan diletakkan berlatarbelakangkan pusat perjudian.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 11-3-2021 05:50 PM
Teciknya abam ni...
Quote JalaEmas 11-3-2021 06:09 PM
gigih meols google tinggi wakdoyok.. 1.7m..takdelah rendah sgt pon.. tp asl die nmpk katik eh
Quote Kurex 11-3-2021 06:35 PM
Nampak busuk betul pondan feeling ni..
Quote cmf_premierleag 11-3-2021 07:00 PM
JalaEmas replied at 11-3-2021 06:09 PM
gigih meols google tinggi wakdoyok.. 1.7m..takdelah rendah sgt pon.. tp asl die nmpk katik eh

google bleh menipu
hakikatnya dia mmg katek je
Quote slyfynx 11-3-2021 08:22 PM
Eh, retis ke
Quote makneng 11-3-2021 08:29 PM
Wak doyok who???
Quote Sham143 11-3-2021 10:02 PM
Saman aje..
Quote dudaberhias 11-3-2021 10:06 PM
wak ni sama tinggi dengan el azman tu je kan? kecik2 katik je orangnya... lepastu sama2 muka jongos...
Quote Normabaru 12-3-2021 07:54 AM
So... Bila nk membesar mcm naim D?
Quote azimodin 12-3-2021 09:00 AM
Aku sampai sekarang tertanya kenapa benang dia masuk bod gossip retis padahal dia lebih kepada instafemes je kan. Berlakon pon sendu, mengacara pon jarang
Quote Namasayaomel 13-3-2021 11:10 AM
Aku sampai sekarang confused btulke dulu dia penah bertunang dgn janda sultan brunei
Quote Cik_jantung 13-3-2021 11:26 AM
Kalau betul gambar dipergunakan saman jerrr...

Apa bisnes WD ni sebenarnya...
Quote neerxa 15-3-2021 01:16 AM
Jijiks aku tgk dia ni

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.046365 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top