CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Saya Tak Boleh Nak Buat Ayu, Tak Ramai Perempuan Sanggup Dicaci Sertai Sukan'

11-3-2021 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3123| Komen: 6

Aktif berkongsi video aksi taekwondo menerusi aplikasi TikTok, gadis dari Pekan, Pahang ini tidak terlepas menerima komen negatif.

Menurut Syafiqah Mohd Nasri, 19, dia bagaimanapun tidak ambil hati, malah menerima segala teguran dengan hati terbuka.




Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Ika menganggap segala komen itu sebagai pembakar semangat untuknya lebih maju dalam lapangan sukan berkenaan.

Menurut penuntut bidang Komunikasi Bahasa Inggeris di Kolej Profesional Mara (KPM) itu, kebanyakan komen negatif memperkatakan mengenai aurat dirinya sebagai perempuan.

"Kecil hati tu benda biasa. Saya kena sedar yang saya main sukan. Apa yang mereka cakap memang betul. Tapi, sukan yang saya pilih memang macam tu. Pergerakannya begitu. Saya tak boleh nak buat ayu. Mereka kena terima.

"Cuma saya nak pesan, setiap orang ada struggle masing-masing. Ada kebaikan dan kelemahan. Pandanglah bakat saya. 


"Kalau nak tegur, boleh tegur elok-elok. Janganlah terus butakan mata dan tengok kelemahan saya dengan komen negatif. Sekurang-kurangnya beri sokongan. Tak ramai perempuan sanggup sertai sukan dan dicaci sebegini.

"Tapi saya anggap ia sebagai dugaan. Benda tu jadikan saya kuat untuk maju dalam sukan. InsyaAllah saya akan tutup aurat dengan sempurna," jelas Ika.



Bercerita mengenai dirinya, Ika yang juga anak keempat daripada lima beradik aktif menyertai taekwondo sejak berusia tujuh tahun.

Selain itu, dia juga banyak menyertai sukan olahraga, frisbee dan bola baling.



Menurut Ika, dia juga melalui pengalaman mencabar sewaktu zaman sekolah memandangkan dia terlalu sibuk memberi fokus terhadap sukan.

"Waktu sekolah saya banyak terlibat dengan latihan sukan. Malam baru belajar di asrama. Ada kawan-kawan yang bagi sokongan.

"Namun, ada juga yang macam rimas bila kita tanya. Mereka rimas nak jawab, kita pula tak faham sebab lama tak datang sekolah.

"Tapi saya tak kecil hati sebab minat kepada sukan terlalu tinggi. Cikgu pun ramai bagi sokongan, ada yang hadiahkan kasut kepada saya," ujarnya.

Namun kata Ika, dia bersyukur apabila dia lulus dalam semua subjek ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut penuntut di kolej di Kuantan, Pahang itu, dia pernah meraih pingat perak dalam acara taekwondo di kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) Perak pada tahun 2018.



Pada tahun sama, dia pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik sewaktu menyertai satu kejohanan di Thailand.

Selain memasang impian untuk ke Sukan Olimpik, Ika juga berbesar hati jika ditawarkan menjadi duta kepada mana-mana jenama sukan suatu hari nanti.


Sumber: mStar
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 11-3-2021 05:26 PM
da mmg dia suka mengangkang

tk mengangkang cane nk buat kick cenggitu kn?
Quote Belibis 11-3-2021 07:42 PM
Kena leg sweep terus tersungkur.jangan ingat high kick ko jer hebat.
Quote sarahmirza 11-3-2021 07:47 PM

Menurut penuntut bidang Komunikasi Bahasa Inggeris di Kolej Profesional Mara (KPM) itu, kebanyakan komen negatif memperkatakan mengenai aurat dirinya sebagai perempuan.


Dia tak tutup aurat ke masa tae kwan do tu?
Atau pergerakan kangkang angkat kaki dalam tae kwan do tu aurat?

Serba serbi tak boleh... padahal celah jari tetap terselit rokok yang dah difatwakan haram..
Quote ~boolean 11-3-2021 08:08 PM
Kemain sibuk aurat orang..

Yang menyibuk sangat tu, kalau kau sempurna sangat tak adanya lah berkuntum di tik tok tengok video..pergi buat solat sunat lagi afdal khenn...
Quote cariplease 16-3-2021 03:47 PM
Aku jealous dengan orang minat sukan. Sukan aku, tido je
Quote bakingsoda 16-3-2021 05:10 PM
tapi baju taekwondonye longgar je, dlm tiktok ko tu je dekk berseluar ketat senteng. bukan masalah pergerakan pon

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.031068 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top