CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

PU Rahmat Minta Elizabeth Tan Kurangkan Posting Mengundang Komen Lucah

11-3-2021 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10540| Komen: 76

Pendakwah dan penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir golongan lelaki yang gemar menghantar komen-komen berbaur lucah di akaun media sosial milik penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan.




Menurut PU Rahmat, kelakukan mereka ini boleh disifatkan amat keterlaluan terutamanya buat mereka yang telah pun berumah tangga.

Katanya lagi, sebagai seorang lelaki, kita hendaklah sentiasa menjaga pandangan kerana satu hari nanti kita juga akan berkeluarga dan berkemungkinan besar turut akan dikurniakan anak perempuan.

“Sudah melampau kiranya saya lihat komentar lelaki muslim di Page Saudari Elizabeth Tan. Lebih parah ada kalangan memberi komentar lucah daripada kalangan suami orang berpangkat seorang ayah.

“1) Wahai suami, labuhkanlah pandangan mata daripada memandang aurat selain daripada isteri anda yang halal. 2) Sukakah kita anak perempuan kita kelak diberi komentar lucah?" tegurnya.


Teguran tersebut disuarakan oleh PU Rahmat menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

Sementara itu, PU Rahmat turut menyarankan agar Elizabeth dapat mengurangkan posting-posting yang boleh mengundang komen-komen negatif meskipun dia mengetahui bukanlah haknya untuk menegur mengenai perihal tersebut.

“Wanita itu terlalu mahal harganya dan tinggi martabat. Wanita bukanlah objek nafsu tetapi wanita adalah lambang kekuatan dan keindahan yang beradab susila. SELAMAT HARI WANITA,” katanya lagi.


Kredit foto: IG PU Rahmat/Elizabeth

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa yang sama selain turut berharap agar teguran PU Rahmat ini dapat membuka hati individu-individu yang terlibat.


Sumber: Media Hiburan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 11-3-2021 02:16 PM
tiibbeeerrrrrrrr........
Quote akuHavocczz 11-3-2021 02:21 PM
Yang kau menyemak tengok ig elizabeth tan pesal? Boleh komen sikit asal kau usha ig dia.
Quote lasagnaklcc 11-3-2021 02:21 PM
Lizzie pon kena tarbiah jugeks.
Quote BicaraHatiku 11-3-2021 02:21 PM
Dia upload dlm socmed dia tapi bani2 melayu dan blogger2 lalat jadi pengadu domba dok share merata. Tak suka abaikan...dia bukan muslimah pun.
Quote AshkieLa 11-3-2021 02:24 PM
bodoh punya jantan penunggang agama mencapub ig retis..
perempuan jugak ko nak educate.. dah sah2 sheols tu non-muslim.
ko educate la kaum2 ko dulu yg muslim tu serupa kebulur seks bila mengomen tu bahenol...
Quote rajamoney 11-3-2021 02:32 PM
pu rahmat suka yg bau hamis bawang ke?

prfffffffght
Quote gideoncross 11-3-2021 02:33 PM
Mmg bnyk lvl bapak2 yg komen kat sna, mungkin x puas dgn apa yg ada kat diri istri sndri.
Quote apedehal 11-3-2021 02:34 PM
Dia non muslim kut..dr ko tarbiah dia baik ko tarbiah kaum desperate ko tu..bodoh punya attention whore
Quote Klassie 11-3-2021 02:36 PM
PU rahmat jatuh cinta dgn lizzie ke? Dok asyik tarbiah lizzie je
Quote JalaEmas 11-3-2021 02:38 PM
tiberrr.. pu pon belek ig lizzie rupenyee.. sheols tu non muslim.. pose2 mencolok mata tu apelh sgt bg die.. lgkn yg melayu isley pon ade yg lebih dr tu
Quote annehuda 11-3-2021 02:39 PM
Edited by annehuda at 11-3-2021 02:40 PM

dia bukan muslimah pun dik.  yg ko nak jd taliban tu ngape
Quote Miawlover 11-3-2021 02:39 PM
Bnyk lelaki Melayu berkuntum dkt IG si Lizzy. Amboi mengenyam masing2. Entah2 org yg sama bertarbiah dgn pompuan Muslim suh tutup aurat. Munafik sgt.
Quote ayorsuam 11-3-2021 02:45 PM
Nak komen gatal2 kat akaun retis tu buat la...yg aku nyampah tu komen lucah2 pastu pakai profile pic anak/bini atau keduanya. Bodohhhh pakaila pic muka seniri setannnnn.. Kesian baby kau yg merah2 tu jadi profile pic akaun utk hornyyy...bodoh punya bapak..
Quote matjerk 11-3-2021 02:46 PM
Ewwwwwwwwww sgt pendakwah bbnu skrg dok stalk ig2 retis dah kenapa??? Agak2 post samanthakayty yg bertelanjang bulat baru2 ni... pendakwah2 ni sempat x skodeng?
Quote kakakgarang 11-3-2021 02:50 PM
semua golongan PU nk MENCAPAP

ek berianya nak baca komen satu2 lizard punya ig.. sesuatu sgt


bior lerrr.. lizzard kan kapir.. yg komen tu jantansss gatal bebird kan..

Lizzard da sendu sgt ke smp beria tunjuk seksa.. so not classy..
Quote LembingDayanti 11-3-2021 03:03 PM
aku sokong pu ni sebab aku geli dgn ET
Quote makcun14 11-3-2021 03:14 PM
Piyu pun sesuatu yach mana dia tau lizzie tu posing seksi. Satu tangan scroll ig lizzie, satu tangan gigih pegang tasbih.
Satu kalimah menghapus kan satu dosa jamu foto seksi kekdahnya
Piyu ni kalau nasihat kaum wanita dia la nombor satu. Bila spesies piyu rosakkan hidup anak bini , berzina ngan anak orang diam tak berkutik yach
Quote chandrahusin 11-3-2021 03:19 PM
apa kata PU tegur jantan2 yg bertenggek kat IG tu jgk
kalau takde keja lain yg lebih baik nak dibuat
bwk2 la tolong mak/bini kemas rumah ke masak ke
ada gak faedah
Quote mesmerize 11-3-2021 03:23 PM
PU belum tengok ig Adeline Tsen lagi.. bikini 24 jam amoi tu.. tapi dah namanya non muslim tak la pulak dia nak menutup aurat. betul la tu lelaki melayu moslem la yang patut menjaga pandangan.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.131989 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top