CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Roti Telur Goyang Bahaya Untuk Wanita Hamil

11-3-2021 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5298| Komen: 25

Seorang doktor berkongsi kisah mengenai wanita hamil mengalami muntah-muntah teruk kerana tidak sengaja makan telur mentah daripada hidangan roti telur goyang.

Kata Dr Ahmad Luqman Bukhari, dia sedih melihat ibu hamil itu termuntah-muntah sampaikan dah tak boleh nak kira berapa kali muntahnya keluar.




Selepas diselidiki, barulah dketahui rupa-rupanya ibu tu dah termakan telur mentah.

Jelasnya, hidangan itu sebenarnya berbahaya buat golongan ibun kerana khuatir dijangkiti kuman Salmonella.



Malah, sistem imunisasi ibu hamil yang lemah meningkatkan risiko kejadian seperti itu.

"Paling menakutkan bila jangkitan kuman Salmonella tu buatkan bayi keguguran atau lahir pramatang! Sedih kan kalau jadi macam tu," ujarnya lagi.


Selain telur separuh masak, Dr Ahmad Luqman memberi saranan agar ibu hamil berhati-hati dengan beberapa makanan lain.


Kredit foto: Twitter

Tambah Dr Ahmad Luqman, bukan sahaja si ibu, malah suami juga harus peka dengan hal ini.

"Itulah sebabnya kenapa suami pun kena belajar ilmu untuk jaga kesihatan ibu mengandung ni.

"Kalau tak ada ilmu, takut-takut kita tak berjaya nak laksanakan tanggungjawab untuk protect isteri yang tengah hamil tu," katanya lagi.




Untuk rekod, Dr Ahmad Luqman merupakan doktor perubatan di Hospital Tunku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote R2D2 11-3-2021 08:41 AM
Screenshot_4.jpg
Quote helicornia 11-3-2021 09:17 AM
weh sedapnya roti telur goyang
Quote rajamoney 11-3-2021 09:28 AM
teringt sorang forumer yg telurnya disimpan baik dlm freezer

ittew
Quote Amandaminaj96 11-3-2021 01:43 PM
Nikmat betul dpt mkn telur roti goyang ni..spread with kaya and butter dgn kopi o {:childlike
Quote mizzmimi 11-3-2021 01:46 PM
Isk isk isk..
Quote allshares 11-3-2021 01:57 PM
Iyola, time pregnant mana boleh mkn telur yg tak cukup msk, ayam yg tak cukup msk, tkt ade samonela. Tahan2 jela mulut tu. Kalau nk mkn jgk, try la rebus sendiri. Make sure cuci bersih sebersih2 nya kulit tulur itu
Quote R2D2 11-3-2021 02:29 PM
Quote naina 11-3-2021 02:37 PM
Yucks.. Tak boleh telan la telur tak masak. Terbau hanyir dan berlendir. Mesti kena masak betol. Apoo dahh
Quote tepisket.. 11-3-2021 03:03 PM
Waktu preggy kurangkan mkn benda mentah, berasaskan susu mcm cheese, dan makanan proses mcm sosej atau nuget. Bykkan mkn sayur, buah, nasi dan kekacang.
Quote evlinne 11-3-2021 03:11 PM
Boleh mkn telur organik yg salmonella free
X mahal mana pun
Quote any42 11-3-2021 03:33 PM
Xberapa nk msuk tkak mkn telur goyang/tlur separuh msak.
Ssah bila mngndung mngidam mcm2 pastu ade yg mmudaratkn diri.
Quote mbhcsf 11-3-2021 03:42 PM
Edited by mbhcsf at 11-3-2021 03:43 PM

saya tak pernah makan telur 3/4 ? ( 0.75 ) .
bau. dan tak elok pun telu masak tak sepenuhnya.

dan bagi wanita yang ingin hamil disarankan membaca banyak buku buku persediaan :
yg mencakupi - sesi informative kaunseling - buat  je appointmnet dengan doktor pakar untuk sesi informative kaunselings ebelum pregnant
sediakan list vaccination/ immunisation yg sedia ada
buat lah health  blood profile
dan juga baca banyak buku
kalau invest untuk ini  bagus - rasanya buku tetebal tu akan terangkan apa food to avoid  , apa binatang chemical to avoid

yg pada saya common sense lah. sama juga isu dok beli kosmetik merkuri tu semua , it is just a bloody common sense.


sebab tulah ya ALLAH

kursus kahwin ni tolonglah mantapkan kandungan kursus tu sebab  saya rasa nak mengisi perkahiwnan lebih mencabar dari puluhan ribuan wang hantaran yang diluangkan pada majlis yg hanya? beberapa jam kan?

so yes.
Quote ReginaGeorge 11-3-2021 04:46 PM
Bukan bahaya utk wanita hamil je, utk kanak2 pon sama bajay. Orang dewasa pun klu boleh jangan lah makan telur separuh masak. Pernah dengar tak salmonella?
Quote dudaberhias 11-3-2021 04:46 PM
sedapnyaaa roti ittewww...
btw telur goyang ni jarang makan hari2...
telur separuh masak pun jarang2... kadang2 teringin je orang kita makan...
Quote dudaberhias 11-3-2021 04:48 PM
ReginaGeorge replied at 11-3-2021 04:46 PM
Bukan bahaya utk wanita hamil je, utk kanak2 pon sama bajay. Orang dewasa pun klu boleh jangan lah m ...

ha'ah lupa pulak keujudan salmon ella ittew...
memang ikutkan risiko tinggi kot kena salmonella nak2 tak masak betul2...
Quote R2D2 11-3-2021 04:57 PM
telur goyang dgn goyang telur
benda yg berbeza

Quote Artemesiaa 11-3-2021 05:23 PM
Menu utama di kopitiam untuk sarapan.  Apa pun dalam keadaan tertentu kesihatan harus diutamakan
Quote mbhcsf 11-3-2021 05:52 PM
bebenda ni kena watch out  dari aspek sterilisation

produk tenusu
telur
daging
canned food etc
Quote monreyes 11-3-2021 05:59 PM
x suka..geli geleman...
kalau mkn yee mee aku pesan siap2..telur kasi keras...gituuu

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.268308 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top