CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Jolok Anjing Guna Batang Buluh

9-3-2021 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2223| Komen: 10

Butterworth: Warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan menjolok seekor anjing betina jalanan dengan sebatang buluh hingga menyebabkan kecederaan pada haiwan itu pada Oktober lalu.


Tertuduh, Ng Ah Leak, 75, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan, warga emas terbabit didakwa secara tidak munasabah menjolok seekor anjing betina dengan buluh sepanjang 2.4 meter hingga cedera pada bawah mata kiri haiwan itu.


Foto: Harian Metro

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam longkang belakang rumah di Jalan Tanjung Indah, Taman Tanjung Indah, Raja Uda dekat sini, jam 10.30 malam pada 24 Oktober lalu.


Warga emas itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 29(1)(c) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta yang sama.

Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang, Roziman Awang Tahrin manakala tertuduh diwakili peguam, Lim Jin Hong.

Hakim kemudian menetapkan 13 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, anjing serta barang kes turut dibawa ke mahkamah ketika prosiding berlangsung hari ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redmyvi 9-3-2021 12:54 PM
ya allah.. apa nk jd dgn org tua kt malaysia nie.. td baca atuk rogol cucu.. ni buat binatang cmni plak..
depa ni mkn apa jd gila mcm nie..
Quote lavendernovella 9-3-2021 01:23 PM
75 masih guna jurubahasa? Buat malu kaum jer.
Quote jazaa100 9-3-2021 01:37 PM
klu melayu yg buat, meriah thread ni
Quote makneng 9-3-2021 01:39 PM
Dah tua pon.......... (ha sambung!)
Quote Belibis 9-3-2021 01:43 PM
Kalau tak suka bela,bagi jer kat haris skandar.
Quote rajamoney 9-3-2021 01:54 PM
teringat pak syed girang pabila ramai yg ingin menyentuh anjing2 ittew
[youtube]ys_hUS0ftwI[/youtube]
Quote jalfa 9-3-2021 01:57 PM
Ko dah kenapa..bukan ummah luluhur suka anjing ka....iols sekeliling ummah ni bela anjing...asal lalu posmen kurier tnb syabas dia salak..iols yg dah bertahun dia tengok pon dia salak...org kata anjing kenai orgg
Quote Kurex 9-3-2021 02:16 PM
Sagat leluhur ni atas jalan raya yg berlobang lobang
Quote isbritneybich 9-3-2021 02:37 PM
alamak ummah yang terpaling usaha sendiri tanpa tongkat yang buat. macam mana nak kecam ni. belum sempat dapat idea pasti terkubur benang ni tak lama lagi
Quote FanTasyCreaTioN 10-3-2021 12:39 AM
Thread dah ada :
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1241424


Tunggu Admin atau @CARI-MRO mergekan


Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.063793 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top