View: 1496|Reply: 10
|
Warga Emas Jolok Anjing Guna Batang Buluh
[Copy link]
|
|
Butterworth: Warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan menjolok seekor anjing betina jalanan dengan sebatang buluh hingga menyebabkan kecederaan pada haiwan itu pada Oktober lalu.
Tertuduh, Ng Ah Leak, 75, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Mengikut pertuduhan, warga emas terbabit didakwa secara tidak munasabah menjolok seekor anjing betina dengan buluh sepanjang 2.4 meter hingga cedera pada bawah mata kiri haiwan itu.
Foto: Harian Metro
Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam longkang belakang rumah di Jalan Tanjung Indah, Taman Tanjung Indah, Raja Uda dekat sini, jam 10.30 malam pada 24 Oktober lalu.
Warga emas itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 29(1)(c) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta yang sama.
Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang, Roziman Awang Tahrin manakala tertuduh diwakili peguam, Lim Jin Hong.
Hakim kemudian menetapkan 13 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sementara itu, anjing serta barang kes turut dibawa ke mahkamah ketika prosiding berlangsung hari ini. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ya allah.. apa nk jd dgn org tua kt malaysia nie.. td baca atuk rogol cucu.. ni buat binatang cmni plak..
depa ni mkn apa jd gila mcm nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
75 masih guna jurubahasa? Buat malu kaum jer. |
|
|
|
|
|
|
|
klu melayu yg buat, meriah thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua pon.......... (ha sambung!) |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak suka bela,bagi jer kat haris skandar. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat pak syed girang pabila ramai yg ingin menyentuh anjing2 ittew
[youtube]ys_hUS0ftwI[/youtube]
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko dah kenapa..bukan ummah luluhur suka anjing ka....iols sekeliling ummah ni bela anjing...asal lalu posmen kurier tnb syabas dia salak..iols yg dah bertahun dia tengok pon dia salak...org kata anjing kenai orgg |
|
|
|
|
|
|
|
Sagat leluhur ni atas jalan raya yg berlobang lobang |
|
|
|
|
|
|
|
alamak ummah yang terpaling usaha sendiri tanpa tongkat yang buat. macam mana nak kecam ni. belum sempat dapat idea pasti terkubur benang ni tak lama lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|