CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Balkisyh Semundur Khan Tak Kisah Dipanggil Sendu Sebab Jual Buah

9-3-2021 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6360| Komen: 31

Description: "Orang nak cakap apa pun, saya tak kisah asalkan boleh menjana pendapatan sampingan," kata pelakon Balkisyh Semundur Khan, 34.
"Orang nak cakap apa pun, saya tak kisah asalkan boleh menjana pendapatan sampingan," kata pelakon Balkisyh Semundur Khan, 34.

Balkisyh yang popular menerusi drama Mak Cun ditemui ketika membuat penghantaran buah kundang yang dijualnya kepada pelanggan di Desa Pandan, di sini, semalam.


Katanya, dia memang gemar berniaga dan tidak kisah dilabel sebagai pelakon sendu kerana menjalankan perniagaan buah-buahan.


Foto: IG

"Sejak dari tahun lalu, saya memulakan perniagaan buah-buahan selepas Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa.

"Pada awalnya saya hanya menjual harumanis yang diambil dari Perlis tetapi sekarang pelbagai jenis buah-buahan dijual termasuk kundang dan jambu bergantung kepada musim atau permintaan.


"Musim harumanis sudah bermula dan pada pertengahan bulan ini, buah itu dijangka mula dipasarkan. Paling seronok kerana buah itu sudah mendapat tempahan awal pelanggan," katanya.


Foto: Harian Metro

Menurutnya, dia berniaga bukan sekadar untuk menambah pendapatan tetapi pada masa sama membantu penggemar buah tempatan termasuk peminatnya mendapatkan buah yang berkualiti pada harga berpatutan.

"Kebetulan saya ada mengenali pemilik kebun dan pengeluar buah-buahan itu di Perlis, jadi saya dapat memborongnya dengan harga yang rendah sekali gus menjualnya pada harga berpatutan.

"Bagi pelanggan di sekitar Kuala Lumpur, saya akan menghantar sendiri buah yang dibeli kepada mereka.

"Alhamdulillah, lebih 50 peratus pelanggan tetap saya terdiri daripada peminat dan pengikut di media sosial," katanya.



Balkisyh berkata, dia akan terus berniaga kerana pendapatan hasil daripada peniagaan yang dijalankan banyak membantu menampung keperluannya sekeluarga.

"Selain berniaga buah-buahan, saya juga mengeluarkan minyak wangi sendiri selain menjadi jurucakap produk makanan tambahan," katanya.

Bercerita mengenai perjalanan seninya, Balkisyh berkata, dia menjalani penggambaran untuk tiga 'telemovie' sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berkuat kuasa.

"'Telemovie' bertajuk Misteri Mona akan ditayangkan pada pertengahan Mac ini di TV3 manakala 'telemovie' bertajuk Raya Hampir Tak Jadi sedang dalam proses penggambaran.



"Paling gembira dan terharu kerana selepas 10 tahun, saya diberikan kepercayaan semula untuk memegang watak utama di samping pelakon berpengalaman Norlia Ghani dalam 'telemovie' Bukan Serapuh Mimpi di bawah arahan Mak Mi.

"Walaupun sudah tiga tahun terkenal dengan watak komedi tetapi saya tetap diberi kepercayaan untuk membawa watak berat dan sedih dalam 'telemovie' berkenaan," katanya yang bersyukur kerana rezekinya dalam bidang seni masih berterusan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 9-3-2021 03:03 PM
Jauh lebih baik dari artis yang meminta2.
Quote bulalof 9-3-2021 03:05 PM
at least u have an effort.
Quote Mulotkoyak 9-3-2021 03:05 PM
Hangin juga jual buah kundang skali tangkai diorg timbang zaman ni.... Ingt aku ni anai2 ke.
Quote exclusive_vvip 9-3-2021 03:12 PM
I rasa orang @ peminat, tak kata apa pun bila tgk retis berniaga buah ke laksa ke asam pedas ke apa..biasa wartawan@Penulis artikel yg suka tanya retis psl risau kene kutuk bila tgk diorg berniaga..tak wartawan, retis sendiri yg create isu..pdahal orang ramai x kutuk pun..
Quote rajamoney 9-3-2021 03:13 PM
sendu tk sendu

lawa gak dia ni skang

kalau tk serabai brutal

korang tak rasa tecabau ke kaum2 wanita sekalian?
Quote sharlenetexas 9-3-2021 03:24 PM
exclusive_vvip replied at 9-3-2021 03:12 PM
I rasa orang @ peminat, tak kata apa pun bila tgk retis berniaga buah ke laksa ke asam pedas ke apa. ...

Artis ada kelebihan bila bisnes sebab dah ada nama orang kenal.
Quote sharlenetexas 9-3-2021 03:25 PM
Mulotkoyak replied at 9-3-2021 03:05 PM
Hangin juga jual buah kundang skali tangkai diorg timbang zaman ni.... Ingt aku ni anai2 ke.


Timbang sekali tangkai dan daun
Quote miss_perfect 9-3-2021 03:28 PM
Nama penuh dia memang ada semundur ke?
Quote hazzy0304 9-3-2021 03:31 PM
ok la tu sis ,, dari duduk saja ..
Quote mieymiey 9-3-2021 03:59 PM
Cantik gambar sheols paling atas tu.
Quote exclusive_vvip 9-3-2021 04:06 PM
sharlenetexas replied at 9-3-2021 03:24 PM
Artis ada kelebihan bila bisnes sebab dah ada nama orang kenal.


tu la tu..setakat ni senang je retis berniaga..peminat support je..takde pun kene kutuk..over nau wartawan pun
Quote anggeriklatifah 9-3-2021 04:15 PM
Dia ni Dulu memg cantiikkk..sebelum kahwin byk gak dia berlakon jd heroin..pehtu kahwin muda terus stop berlakon..kahwin hidup terseksa...takde duit semua .dpt laki Tak guna...rsenya kahwin tanpa restu...
Muncul balik dalam mak cun jadi atul
Watak prmpuan kampg gila2 yg cam mereng Dan Tak bergaya..
Kwsudahannnyaaa..sampai sekrng pengarah lain bg watak camtu Kat diaa
Padahal dia cantik Dan pandai berlakon
Quote supermum 9-3-2021 04:18 PM
Biar benar dia ni 34 tahun? Menipu umur ke tu
Quote bambimbom 9-3-2021 04:22 PM
Sedapnye buah kundadgn Harum manis..
Quote ToungeSoup 9-3-2021 04:24 PM
cantik gak gambar dia yang pertama tu..bak primadona
Quote hasniey 9-3-2021 04:28 PM
sharlenetexas replied at 9-3-2021 03:24 PM
Artis ada kelebihan bila bisnes sebab dah ada nama orang kenal.

Xjugak u.si saharul tu ckp smpai brulat serunding dia sbb xlaku.pdhal ramai peminat tu
Quote hasniey 9-3-2021 04:28 PM
rajamoney replied at 9-3-2021 03:13 PM
sendu tk sendu

lawa gak dia ni skang

Kann...makin cntik manis skrg
Quote zaraaqilah 9-3-2021 04:37 PM
semenjak menjanda haritu pon i perhati dia dah pandai bergaya n cantik....
pandai laki baru dia jaga dia...
Quote sehirkedi 9-3-2021 04:42 PM
'ignore' sahaja cakap orang lain. Jual buah satu perniagaan yang bagus. Yang penting rezeki halal. Bagus

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.047727 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top