CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Cincin Tanda, Pakai Suka-suka Je" - Kilafairy Nafi Dilamar Kekasih

8-3-2021 06:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6707| Komen: 31

"Belum ada apa-apa lagi. Dia berikan cincin ini saja-saja. Dia tak hantar tanda lagi tapi perancangan itu ada. Bila tarikhnya tunggulah."

Demikian nafi penyanyi dan pelakon Kilafairy yang didakwa sudah dilamar kekasihnya Sa'aid Umar Aiman.



Kredit foto: IG/HMetro

Kilafairy, 28, atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir berkata demikian dalam program Melodi. Katanya, cincin itu dipakai sekadar suka-suka.

Bagaimanapun, dia memaklumkan mereka serius menjalin hubungan.

"Sudah tentu kami ada bercakap soal kahwin. Tapi bila tarikhnya, saya serahkan kepada pihak lelaki. Sebagai perempuan saya rasa segan nak cakap.

"Sejujurnya memang kami ada cakap fasal perancangan yang akan datang. Tunggu sajalah kalau jadi semua orang pasti akan tahu. Nantikanlah. Saya tak tahu bila perancangannya. Tunggu pengumumannya nanti," katanya.



Kredit foto: IG Kilafairy

Kilafairy sebelum ini berkongsi mengenali teman lelakinya itu ketika di bangku sekolah sejak 13 tahun lalu.

"Tapi kami baru bercinta setahun lebih. Kalau ada jodoh, insyaAllah," katanya kepada Harian Metro. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piao 8-3-2021 12:38 AM
Quote piao 8-3-2021 12:41 AM
Sememangnya Kilafairy adalah seorang gadis yang cantik. Malahan ramai yang memuji Kilafairy kerana memiliki bibir yang cantik dan unik. Tanpa rasa prejudis, anak kepada penyanyi veteran terkenal Rohana Jalil ini memang mewarisi bakat dan kecantikan ibunya.

Berasal dari KL, Kilafairy kini telah menjadi penyanyi dan pelakon. Antara lakonannya pada 2017 adalah Jodoh Ayam Golek Tergolek dan Gedebe. Sementara dari segi nyanyian pula, lagu Gerua (dari filem Dilwale) yang dinyanyikan semula dalam Bahasa Melayu bersama Aliff Aziz telah berjaya mencuri hati peminat. Lagu tersebut telah ditukar tajuk kepada Warna Cinta.

Biodata KilafairyNama Penuh: Syakila Nisa binti Jahangir Khan
Nama Komersial: Kilafairy (كيلفاايري)
Nama Panggilan: Kila
Ibu Bapa: Jahangir Khan (bapa) & Rohana Jalil (ibu)
Agama: Islam
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi
Genre Muzik: Pop, R&B
Lagu/Single: Pasti, Warna Cinta (featuring Aliff Aziz ), Setia, One Thousand Million Smiles
Drama: Mistik Alam Hitam, Hotel Mania, Saiful Nita, Tanah Kubur Musim 4, Cinta Agra, Hanya Satu, Dan Hati Pun Berkata, Pengembaraan Jason Murad
Telefilem: Pengancam Perkahwinan, Beranak Dalam Kubur, Mencari Indah, Haji Rock, Mek Kelate, Gedebe, Jodoh Ayam Golek Tergolek
Filem: Karak, Hoore! Hoore!
Program TV: MeleTOP Raya, Darlie : Mamaku Terer, Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017, Masakan Warisan, Parodi Raya Dulu Raya Sekarang
Instagram: @kilafairyofficial
Twitter: @Kilafairy
Quote cikgojesss 8-3-2021 12:44 AM
gitew


Quote piao 8-3-2021 12:50 AM

baru taw dia ni anak Jahangir Khan kira berdarah PAKISTAN
Quote putriTS 8-3-2021 01:17 AM
Ye ke dari sekolah? Yang dgn indonesian actor dulu tu?
Quote Redmyvi 8-3-2021 07:47 AM
wow anak khan.. nasib tak perangai mcm geng2 tut...
Quote supermum 8-3-2021 08:36 AM
Lepas mula tutup aurat ni aura dia macam menyejukkan. Baju pun besar tapi still stylo
Quote Boomibulat 8-3-2021 08:43 AM
Ape ni Kila..kan abg dh ckp kita diam2 je dulu..
Quote umbut 8-3-2021 09:13 AM
Ye lerrrrrrrrr
Quote mrsbale 8-3-2021 09:21 AM
Sweet je khan yg ni
Hrp maintain current image
Moga berjodohan dgn org baik2 yg blh jaga u baik2 jg dik
Quote buragazz 8-3-2021 12:02 PM
Bukan nama mak dia Dara binti Jalil ker..
Quote ezzre 8-3-2021 12:24 PM
lawa la dia niii.suka tgk ble dia da behijrah.manis je.sopan je.

semoga dipermudahkan utk awk kila
Quote tootii 8-3-2021 12:27 PM
Alhamdulillah .. moga terus istiqamah
Quote nanasno 8-3-2021 12:32 PM
manis je dia ni bertudung. terkejut gak dia bertudung sbb dia kan seksi gila. semoga istiqomah ya kilafiary. walaupun bakat tak seberapa dia ni tapi cantik pakai tudung
Quote sweetfasha 8-3-2021 12:33 PM
sejuk tengok dia skrg
Quote Piramida 8-3-2021 12:45 PM
Mudah kan... jelas.. straight forward. Org pun x speculate.
Beza mcm hajjah bungkus.. corner pusing belit u turn simpang kiri kanan..  etc + family busy body.

Kesimpulan .. jgn byk bunyik, org menyampah. Kila ni dr org mengata seksi seksa etc, now ramai mula suka.
Quote kechikchomel 8-3-2021 12:46 PM
iolss tak pernah tengok rupa ayah dia
Quote Lengkong 8-3-2021 12:53 PM
Tak puas tengok kila sekarang. Cantik manis sejuk mata memandang.
Quote babycc 8-3-2021 01:17 PM
Tgk die berlakon kat Miss Match tu best.. actually die berlakon ok pon selama ni.  Tp maybe sebab die jenis sexy.. org byk kecam dr suka.. harap lepas ni die dpt watak yg sesuai dgn imej dia..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.054408 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top