CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kerjasama dengan artis baru, antara formula Jamal Abdillah kekal relevan

6-3-2021 01:58 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 3411| Komen: 20


Bukan sesuatu yang mudah untuk artis veteran kekal relevan dalam industri hiburan lebih-lebih lagi zaman sudah jauh berubah dan sudah pastinya ramai pesaing di kalangan penyanyi generasi baru yang muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Yang pastinya, sudah tentu ada cara tersendiri untuk seseorang artis lama sentiasa memenangi hati peminat setia dan juga peminat dari zaman yang berbeza.

Bagi Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah, 62, menempa nama dan mengukuhkan tapaknya dalam industri muzik juga bergantung kepada pelbagai strategi dan formula.

Salah satu strategi yang kerap membuahkan hasil adalah kerjasama dengan penyanyi generasi baharu dan menyinar dalam sesuatu era.


Terbaharu, dia bekerjasama dengan komposer yang juga penyanyi rap, Luca Sickta dan Kmy Kmo menerusi lagu berjudul Neraca.


Jamal ketika ditemui berkata, dia tidak menolak bahawa ini adalah formula yang harus digunakannya, katanya kepada Harian Metro.

"Untuk artis veteran seperti saya berada dalam arus perdana hari ini, ini adalah formula yang saya harus gunakan iaitu kerjasama dengan anak-anak muda.

"Secara tak langsung, itu boleh meletakkan saya sebaris dengan mereka yang masih aktif di dalam industri muzik," katanya.

Datuk Jamal bersama isteri, Datin Zai Izatti Khiruddin


Mengulas tentang krisis pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada industri seni tanah air, Jamal menasihatkan semua penggiat seni supaya sentiasa beringat ketika senang dan simpan bekalan sekiranya berlaku kesusahan.

"Alhamdulillah, walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya masih lagi dapat bertahan dengan sedikit simpanan yang ada. Memang dari dulu lagi, kalau ada duit lebih, saya akan laburkan dalam saham dan sebagainya.

"Jadi, pulangannya dapatlah saya gunakan ketika kecemasan. Bukan saja saham, tapi ada beberapa pelaburan lain yang saya lakukan," kataya.

Katanya, menjadi anak seni bukanlah untuk mengejar harta dan kemewahan semata-mata, tetapi lebih kepada mencari rezeki dengan ikhlas.

"Buat semua benda betul-betul. Seniman tak hanya sekadar mengejar duit atau populariti saja. Bila kita lakukan perkara yang betul, rezeki dan populariti itu akan datang sendiri," katanya yang turut mengusahakan ternakan ikan kelisa di Ipoh, Perak yang juga menjadi sumber mata pencariannya.

Terdahulu, Jamal pernah bekerjasama dengan penyanyi Wani Hasrita dalam menjayakan lagu duet berjudul Belenggu Rindu yang kini telah mendapat hampir 19 juta tontonan di Youtube. 

Mungkin untuk lagu baru yang akan datang, artis manakah yang anda ingin lihat berduet bersama Jamal Abdillah? - CARI



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 6-3-2021 02:18 AM

jamal memang lejen. semua lagu dia iols suka dengar beribu kali pun tak pernah boring.. memang layak digelar raja pop

ni antara lagu paling iols suka


[youtube]fl0NYFzf_JU[/youtube]
Quote lovelytouch 6-3-2021 07:47 AM
Tak payah kot.. formula ni tak menjadi pun sbb artis baru tu bukannya famous and tok jamal bertiang lagi famous drpada duetnya. Act yg muda tumpang yg tua.
Quote salmon-suki 6-3-2021 08:39 AM
Bkn sbb kerjasama dgn retis baru,tp sbb suara jamal y manly n lain drpd y lain..tu y org minat..kalau bbnu kpoopers,ai xrasa akan minat lejen singers ni..
Quote RatuDunia94 6-3-2021 10:23 AM
Kolaborasi heols dgn retis bbnu plg menjadi pd meols masa dgn Sarah dulu. Sandarkan Pada Kenangan
Quote nsagb 6-3-2021 10:42 AM
jejai replied at 6-3-2021 02:18 AM
jamal memang lejen. semua lagu dia iols suka dengar beribu kali pun tak pernah boring.. memang lay ...


Suaranya mmg best tapi kenapa tok jamal macam tengah sesuatu je masa dlm video nihh
Ke heolls terlalu feeling masa perform
Quote Kak.Nah.Bosan 6-3-2021 01:20 PM

kak nah minat betul suara jamal. kalau bawa lagu tradisional memang terpesona.

oh ya..cantiknya wife dia.macam Eja pelakon tu sikit


Quote sikatkutu 6-3-2021 01:23 PM
nsagb replied at 6-3-2021 10:42 AM
Suaranya mmg best tapi kenapa tok jamal macam tengah sesuatu je masa dlm video nihh
...


video time perform ni ramai cakap macam lalok.. bhahahaha
mungkin memang gaya dia ambil feel macam tu agaknya

Quote sikatkutu 6-3-2021 01:30 PM


lagu2 dia kalau tengah putus cinta memang nangis lah dengar, ada rasa semacam feeling yg sukar diterjemahkan...sunyi dan kesedihan


[youtube]1C_tHvjlQgE[/youtube]

[youtube]fTTpE5BBmNs[/youtube]

[youtube]2DFGz0gPwqE[/youtube]

[youtube]YIQYsBOkBWg[/youtube]

[youtube]ikeNtfFpnLc[/youtube]


gigih haaa tepek bideo

Quote Noraniza_Iblis 6-3-2021 01:42 PM
sikatkutu replied at 6-3-2021 01:23 PM
video time perform ni ramai cakap macam lalok.. bhahahaha
mungkin memang gaya dia ambil feel ma ...

mmg mase ni tgh high pun..
sblm die amek inisiatif masuk pusat sndiri..

Quote sleepandream 6-3-2021 01:43 PM
sikatkutu replied at 6-3-2021 01:23 PM
video time perform ni ramai cakap macam lalok.. bhahahaha
mungkin memang gaya dia ambil feel ma ...

yang ni pon nampak lalok jah
[youtube]bHYIfN5kjkY[/youtube]

Quote Belibis 6-3-2021 04:07 PM
sikatkutu: lagu2 dia kalau tengah putus cinta memang nangis lah dengar, ada rasa semacam feeling yg sukar diterjemahkan...sunyi dan kesedihan 1C_tHvjlQgE  ...

Tima kacihhh..suka lagu2 otai nihh.dia punya sejarah wa tak mau tau..
Quote rajamoney 6-3-2021 04:35 PM
jamal abdillah playboy tua
Quote cikgojesss 6-3-2021 04:55 PM
acik retis bernombor dah lama guna formula ni.. walopunn
Quote Miss_LoveLeen 6-3-2021 09:17 PM
nsagb: Suaranya mmg best tapi kenapa tok jamal macam tengah sesuatu je masa dlm video nihhKe heolls terlalu feeling masa perform
sedih tgk heshe masa ni. Mujur dah jumpa jln pulang. Harap tok mal istiqomah utk x amik brg lg. Suara dia mmg sedap.
Quote tikusmontok 7-3-2021 08:53 AM
nsagb replied at 6-3-2021 10:42 AM
Suaranya mmg best tapi kenapa tok jamal macam tengah sesuatu je masa dlm video nihh
...

Masa ni mmg tgh high
Quote danieladam 7-3-2021 09:32 AM
Kalau tok ti buat, kemain semua kata menempel lah, mengendeng lah, padahal Jamal Abdillah lama dah buat. Waktu Tok ti bbnu, sarah bbnu, mawi bbnu jamal dah mengendeng dah.

Padahal iols rasa ok jah retis lama nak berganding dengan retis baru. Seronok la tgk sbnrnya. Tp ramai yg jaki dan biased!

[youtube]kgsDgST3H4o[/youtube]
Quote silampumeja 7-3-2021 11:00 AM
RatuDunia94 replied at 6-3-2021 02:23 AM
Kolaborasi heols dgn retis bbnu plg menjadi pd meols masa dgn Sarah dulu. Sandarkan Pada Kenangan

Kan... I pun rasa gitu... Viral habis lah lagu tu time tu.... Semua org tahu.. semua org nyanyi
Quote aduh2sayang 7-3-2021 11:32 PM
cantiknya wife dia
Quote me12345 8-3-2021 02:12 PM
Bagus la tok..fokus majukan diri jer..janji laku

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.051236 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top