CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bercinta Dengan Engku Emran? Itu Hak Nabila, Sharnaaz Tak Nak Komen

5-3-2021 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14051| Komen: 40

Noor Nabila bikin kecoh apabila dikatakan bercinta dengan bekas suami pelakon Laudya Cynthia Bella iaitu Engku Emran. 


Kredit foto: IG Nabila


Spekulasi itu mula diperkatakan apabila kelibat Engku Emran kelihatan di kediaman Noor Nabila ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi dan ahli keluarga lain.

Namun, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada kehadiran Engku Emran adalah disebabkan hubungan istimewa atau sekadar jemputan rakan biasa sahaja. 

Kedua-dua belah pihak juga masih tidak memberikan sebarang penjelasan.

Sementara itu, bekas suami Noor Nabila, Sharnaaz Ahmad berkata kepada Gempak bahawa dia enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi itu.

"Saya tak nak komen apa-apa, itu hak Nabila," katanya.


Kredit foto: IG Sharnaaz


Terdahulu, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun mengambil keputusan berpisah pada Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad.


Sumber: BeautifulNara
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 5-3-2021 02:20 PM
Adakah benar spt  yg TT katakan  orang ramai jadi terkecoh  bila diberitakan  Nabila  bercinta dgn EE?  Kebodohan  apakah  TT sengaja  menggunungkan  berita yg sekilas lagi  tak penting.  Apa gahnya  orang ramai perlu kecoh Nabila nak bercinta nak  berkawen dgn sape pun ?.  Kenapa perlu  memberi publisiti berlebihan  kpd Nabila walhal sape Nabila dlm industri hiburan?  
Quote helicornia 5-3-2021 02:30 PM
serabutnya la tiap2 minggu mesti ada berita psl lopak n family.yg tkde kaitan dgn ind hiburan pun bole jd bahan berita
Quote Belibis 5-3-2021 02:44 PM
Betulla kata orang..kecantikan dimata kita tak sama.bertiang kot janda lawa dari mek billa nihh..
Quote nowhite 5-3-2021 02:51 PM
Satgi sharnaz komen orang kata dia jeles macam mawar pulak
Quote CikYaYaYa 5-3-2021 02:54 PM
Tah2 EE to dgn lopak baru terkejuzzz lobenak
Quote WeAiNe 5-3-2021 02:56 PM
memang dah abis ke calon calon jantan dalam msia ni sampai jantan yang sama je korang RECYCLE?
Quote rayna_raynes 5-3-2021 03:18 PM
Kenapa rupa sharnaaz dah sebijik papagomo


Quote caca_eric 5-3-2021 04:06 PM
WeAiNe replied at 5-3-2021 02:56 PM
memang dah abis ke calon calon jantan dalam msia ni sampai jantan yang sama je korang RECYCLE?

Kan.. mcm takda org lain..
Quote Kurex 5-3-2021 04:22 PM
Tiba masa kena dekat puak kau, terus kau tanak komen kan pondan cover??!!!!
Quote sweetfasha 5-3-2021 04:47 PM
recycle semua duda duda retis
Quote makcun14 5-3-2021 07:13 PM
Setakat Ee mereng tu, takde maknanya nak amik kisah ....
what a downgrade. {:run
Quote sykama 5-3-2021 09:31 PM
Kurex replied at 5-3-2021 04:22 PM
Tiba masa kena dekat puak kau, terus kau tanak komen kan pondan cover??!!!!

Ngam le tu. X pondan. Gay haram jadah umah nabi lut.
Quote Cekla 5-3-2021 09:33 PM
takde la kecoh sangat
cuma nak kata elok la deme dua tu, 2 kali janda, 2 kali duda..
anak sorg satu..
hobi pun sama
nanti mummy daddy keluar p cycling, buleh la kak alesya jaga adik jebat ye dok
Quote CaqJora 5-3-2021 11:16 PM
Kalau la betul kan, x sangka EE ubah taste pulak kali ni. LCB lemah lembut gitu, mcm jenis yg turut kata. Si Bila ni mcm bekeng je, EE nak yg Permaisuri Mengawal pulak. So unpredictable taste EE tu nampaknya...
Quote kiahbosan 5-3-2021 11:22 PM
Kecoh ke? Retis ke Nab n EE nih?
Quote makadek 6-3-2021 12:22 AM
barang preloved
Quote Perawankota 6-3-2021 04:20 AM
Alaa dia nk heran apa kann
Quote KBW2 6-3-2021 06:29 AM
CaqJora replied at 5-3-2021 11:16 PM
Kalau la betul kan, x sangka EE ubah taste pulak kali ni. LCB lemah lembut gitu, mcm jenis yg turut  ...

Biarlah dia
Quote farhani87 7-3-2021 01:06 AM
Tak faham lah wartawan hiburan ni. Klo ada bekas pasangan artis dpt org baru, mesti depa nk pi tanya komen artis tu. Org tu dah cerai pun. Nak suruh komen apo?

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.341526 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top