CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Hebat, BTS Cipta Sejarah Lagi

5-3-2021 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3421| Komen: 9

Description: Seoul: Kumpulan BTS mencipta sejarah apabila menjadi artis pertama Asia memenangi anugerah Artis Rakaman Terbaik anjuran Persekutuan Antarabangsa Industri Fonografi (IFPI) untuk tahun 2020.
Seoul: Kumpulan BTS mencipta sejarah apabila menjadi artis pertama Asia memenangi anugerah Artis Rakaman Terbaik anjuran Persekutuan Antarabangsa Industri Fonografi (IFPI) untuk tahun 2020.


Kumpulan itu menduduki tangga pertama menewaskan Taylor Swift, Drake, The Weeknd, Billie Eilish, Eminem, Post Malone, Ariana Grande, Juice Wrld dan Justin Bieber untuk edisi kali ini.

BTS juga menjadi artis pertama yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama memenangi anugerah terbabit.

Foto: Harian Metro

Pada edisi sebelumnya, ia cuma dimenangi artis Barat antaranya Taylor Swift, Drake, One Direction, Adele dan Ed Sheeran.

Tahun lalu, BTS cuma berjaya menduduki tangga ketujuh, manakala pada 2019 kumpulan itu nyaris menang apabila berjaya berada di kedudukan nombor dua.


Kemenangan itu tidak lain disebabkan kejayaan luar biasa dicipta BTS sepanjang tahun lalu.

Album Map of the Soul: 7 disahkan IFPI sebagai album paling banyak menerima pra-tempahan sepanjang zaman.

Kumpulan itu turut melakar sejarah apabila lagu Dynamite menjadi lagu Korea Selatan pertama mencapai kedudukan nombor satu dalam carta Billboard Hot 100. Ia turut dicalonkan di Grammy Awards dalam kategori Persembahan Pop Duo/Berkumpulan Terbaik.

IFPI adalah organisasi bukan keuntungan yang mewakili industri muzik rakaman di seluruh dunia. Anugerah Artis Rakaman Terbaik anjurannya mengiktiraf artis daripada segi populariti muzik digital dan album fizikal, serta keseluruhan pencapaian kerjaya mereka. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 5-3-2021 06:55 PM
So sape yg plg digilai dlm bts ni..sorry la..iols xminat kpop..knal blackpink ja
Quote akies 6-3-2021 09:36 AM
apedehal replied at 5-3-2021 06:55 PM
So sape yg plg digilai dlm bts ni..sorry la..iols xminat kpop..knal blackpink ja

Rasanya setiap member BTS ni ramai peminat. Jungkook, jimin , V paling ramai
Quote Artemesiaa 6-3-2021 10:22 AM
Persaingan dah makin kurang dah makin sikit kumpulan atau artis yang benar2 menonjol sekarang ni.  Mereka bertuah sebab tengah diatas sebelum sibuk pasal covid19.  Kegiatan artis pun banyak perlahan semasa tu berbanding mereka yang tengah trending pakej dengan ada bakat dan rupa.
Quote sarah_ary2 6-3-2021 10:45 AM
Akhirnya... tahun lepas dorang kat tempat ketujuh... dorang naik secara perlahan and they deserve this
Quote iolss 6-3-2021 04:49 PM
lgu diorg best.. i bukan army pon ble lyn.
Quote zu_nia 8-3-2021 07:30 AM
iolss replied at 6-3-2021 04:49 PM
lgu diorg best.. i bukan army pon ble lyn.

Sama la hahaha
Quote Tinot7 8-3-2021 08:11 AM
Iols tak kenal depa ni.. muka sumer lebih kurang sama..
Tak leh ckp mcm ni depan anak buah.. kang kena kecam.
Quote billiejean 19-3-2021 02:25 PM
akies replied at 6-3-2021 09:36 AM
Rasanya setiap member BTS ni ramai peminat. Jungkook, jimin , V paling ramai

Jin bias ku...walaupun army mommy.....
Quote akies 19-3-2021 09:18 PM
billiejean replied at 19-3-2021 02:25 PM
Jin bias ku...walaupun army mommy.....

Jin tu sopan je. Sama macam jimin.
Tp perasan muka dia dalam mv berubah2.
Dalam mv boys with luv lain..black swan lain..
Fire lain . Hihi

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.371556 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top