CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Da'i Syed Tulis Lagu Dalam Lokap

5-3-2021 12:20 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 4113| Komen: 24|Original author: Oleh: Rikuren


"Lagu ini ditulis ketika dalam lokap selama 20 hari. Saya sempat buat lirik dan hasilkan melodi. Ini detik yang peminat tunggu"

Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau dikenali sebagai Da???i Syed memberitahu dia sempat menulis lirik lagu ketika berada dalam lokap di Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang.


Pendakwah selebriti yang mencetuskan kontroversi ini membuat kemunculan pertama dalam majlis sidang media secara maya sempena pelancaran single, Ya Habib dan pelancaran produk DYXY Ya Habib Collection.


"Seperti mana kita tahu ramai diuji seperti tidak dapat beli makanan, susu anak dan sebagainya. Memandangkan saya pun pernah diuji, jadi saya perlu bangkit. Jadi, semangat dan kekuatan itu daripada Allah. Disebabkan itu saya nak menjadi usahawan dan melakar kerjaya sebagai anak seni dengan berkarya dalam kehidupan. Memang susah, tapi Tuhan yang berikan semangat," katanya memetik laporan Harian Metro.

Ditanya tentang pengalamannya terpisah dari keluarga dan dunia luar selama 19 hari,  berkata, Syed redha dengan apa berlaku.

"Saya kadang-kadang duduk termenung dan bertanya kepada Allah kenapa Allah bagi ujian kepada saya begini.

"Mungkin Allah nak tegur, beri peringatan kepada saya. Saya menerima dalam keadaan redha," katanya lagi.

Terdahulu Syed didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya dan di Mahkamah Shah Alam pula dia menghadapi tuduhan merogol seorang wanita.

Sebutan kes di Mahkamah Shah Alam pada 16 Mac dan di Mahkamah Petaling Jaya pada 19 Mac ini. 

"Masyarakat perlu faham dia belum disabitkan salah. Jadi biarlah dia hidup seperti apa dimahukan. Pada saya tidak ada isu," kata Peguam Syed, Syed Amirul Syed Edros, mengenai aktiviti terkini anak guamnya itu. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 5-3-2021 12:24 PM
Tang mana yg hensem nya dia ni. Harap rambut ke mcm legolas. Boleh tutup muka kot bila rambut panjang
Quote husna_amal 5-3-2021 12:26 PM
Perangai sendiri tak betul terus claim di uji Allah.
Quote KakakGoyang1 5-3-2021 12:28 PM
Posing sikit, lighting sikit, terus nampak rupa. Klo x hauk jer
Quote slyfynx 5-3-2021 12:33 PM
So, nk kene dodoikan ke dgn lagu ni?
Quote KakakGoyang1 5-3-2021 12:33 PM
Hado hado hadi
Quote cikatilia 5-3-2021 12:37 PM
vibes poyooooo
Quote Redmyvi 5-3-2021 12:47 PM
Gambar dia bnyk amik dri tepi jaa.. best angle kot sbb tak nmpk muka sgt
Quote lattehazelnut 5-3-2021 12:56 PM
Bila dia masuk court?
Nanti masuk court pun tulis lagu lg ke..
Quote dudaberhias 5-3-2021 12:59 PM
Sooo nak buat ringtone bangun subuh ke macam mana ni?

Yang pasti lagu abang nak tegur chorus bahagian sajat tu @Kurex buat alarm... Terus dia bangun solat subuh katanya sebab takut akan azabnyaaa...
Quote nowhite 5-3-2021 01:10 PM
Kenapa dia ni byk peminat..tak paham
Quote Kurex 5-3-2021 01:16 PM
Taknak komen apa, cuma suka tengok rambut dia. Lebat tebal
Quote bakingsoda 5-3-2021 01:28 PM
mesti dia ni feeling mas fahri AAC jd mangsa pitenah kan masa dlm lokap
Quote hazzy0304 5-3-2021 03:37 PM
hukaloh geli la weyhhh ...
kalu bergamba tu memey keno hok tepi blako jah ...??
Quote tootii 5-3-2021 03:40 PM
mcm Airel pulak tulis lagu Dara masa dlm lokap
Quote piao 5-3-2021 03:54 PM
roman lagi anak orang
Quote Nenasketum 5-3-2021 07:04 PM
Cermin dirumah retak kot? Nyanyi sumbang mambang, rupa takdak, aura lagi la ke laut. Ni suma amik motif politician, dah bersalah pun tunjuk muka kata kena aniaya.
Quote JalaEmas 5-3-2021 07:34 PM
made from ape lah ni kulit muka die ek.. tebal betul.. lek2 je eh.. life most go on gitchew
Quote nubook 5-3-2021 07:44 PM
Ni kes 'innocent until proves guilty' ke? Tak paham ada org yg still minat dia ni. Please laa perempuan2 dkt mlysia ni buka la mata sikit jgn pandang rupa je. Tp yg ni pun rupa tak de la sgt. Pening pikir
Quote MissYouSayang 5-3-2021 07:55 PM
Apa yg aku perasan la org buat jenayah especially merogol ,meliwat mmg ade masalah mental,rase x malu, in denial malah lg poyo & bangga ade la.shahidan,anwar, jeming cth terdekat..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.051096 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top