Sebelum ini, nama pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor pernah hangat diperkatakan gara-gara memuat naik sebuah video bersama pasangan kembar, Ieka Tajudin dan Iera Tahudin di laman YouTube.
Difahamkan, pasangan kembar tersebut kini bergelar usahawan meskipun keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka gagal hampir keseluruhan subjek. Video berkenaan nyata menimbulkan rasa kurang senang di hati segelintir pihak yang mendakwa Rosyam seperti mahu menggalakkan golongan muda untuk tidak mengutamakan mengenai soal akademik. Mengulas mengani isu tersebut, Rosyam sebaliknya menjelaskan Allah telah menetapkan rezeki buat setiap individu dan sebagai orang yang lebih berpengalaman, dia berasa terpanggil untuk memberikan nasihat.
“Kejayaan dan rezeki seseorang tu kita tak pernah tahu. Kalau dia dah tak berminat ke arah itu, saya sebagai yang lebih tua harus memberikan motivasi pada dia. “Dia tak suka pada akademik tapi suka pada perniagaan,” katanya kepada MH. Tambah Rosyam yang genap 53 tahun usianya hari ini, jika seseorang itu sudah pun menetapkan matlamat hidup mereka, biarlah mereka kejar apa yang mereka impikan “Kita yang dah ada pengalaman ni, kita bagi nasihat dekat dia. Pada dia mungkin akademik tak penting tapi bagi orang lain penting. “Jadi, dia dah tak suka, biarlah dia teruskan dengan perniagaan. Saya juga membantu dia untuk mempromosikan perniagaan dia. Itu je niat dia,” jelasnya lagi. Dalam pada itu, Rosyam turut menegaskan dia sebenarnya enggan mengambil peduli mengenai mereka yang mengecam kerana menganggap semua orang berhak untuk meluahkan pandangan masing-masing. “Semua orang boleh kecam. Tapi pada saya tak perlulah kecam-kecam ni sebab rezeki masing-masing kita tak tahu macam mana. Cuba saya interview orang yang kecam tu, mesti pun dia suka juga. “Saya sebenarnya melihat kepada ‘padang’ yang saya pergi. Kalau ia jenis macam ni, saya akan bermain dan mengikut rentak dia. Kalau ke tempat lain, mungkin situasinya berbeza,” akhirinya. Sumber: Media Hiburan
|
chandrahusin replied at 4-3-2021 02:41 PM
budak2 tu lawa
kemain back up
asamfish replied at 4-3-2021 02:59 PM
Betul cakap Rosyam tu walaupun aku tak la minat dia berlakon
Tapi nasihat dia tu betul
Kejayaan hi ...
ADVERTISEMENT