CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pihak Berkuasa Siasat Kematian Lelaki Selepas Terima Vaksin Covid-19

4-3-2021 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2724| Komen: 9

Pihak berkuasa Hong Kong melaporkan kematian seorang lelaki yang mempunyai penyakit kronik, dua hari selepas menerima vaksin Covid-19.

Menerusi laporan AP, pihak berkuasa menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan sama ada vaksin itu menjadi punca kematian lelaki terbabit pada Selasa.

 
Kematian lelaki itu berlaku kurang seminggu setelah Hong Kong memulakan program vaksinasinya untuk kumpulan yang berisiko di bandar itu.

Lelaki berusia 63 tahun itu disuntik dengan vaksin Covid-19 pada 26 Februari di pusat vaksinasi yang ditetapkan kerajaan dan mengalami sesak nafas dua hari kemudian pada 28 Februari.

Kredit foto: AP


Lelaki itu kemudian dimasukkan ke hospital, namun meninggal dunia pada hari yang sama, menurut kenyataan dari pihak berkuasa kesihatan pada Selasa.


Walaupun kenyataan itu tidak menyebut vaksin mana yang diberikan kepada lelaki itu namun program vaksinasi di Hong Kong hanya menggunakan dos vaksin keluaran syarikat Biofarmaseutikal Sinovac dari China.

Pihak berkuasa kesihatan Hong Kong menyatakan kematian lelaki itu sedang disiasat.

"Pada masa ini, kaitan punca kematian disebabkan vaksinasi tidak dapat ditentukan lagi," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan Hospital Queen Elizabeth di Hong Kong, pesakit itu mempunyai rekod penyakit kronik dan mengalami masalah pernafasan.

Lebih 40,000 orang di Hong Kong telah menerima vaksin sejak Jumaat, apabila gerakan vaksinasi dilancarkan dan lebih 254,000 orang telah berdaftar untuk mengambil vaksin setakat ini. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 4-3-2021 01:48 PM
Padanlah muntrick semua beria nak jadi yg awal sebab ambik vaksin pfizer
Quote Belibis 4-3-2021 02:00 PM
Kurex replied at 4-3-2021 01:48 PM
Padanlah muntrick semua beria nak jadi yg awal sebab ambik vaksin pfizer

Kena istiqomah bro.jangan goyang dengan kes kematian terpencil.
Quote Kurex 4-3-2021 02:07 PM
Belibis replied at 4-3-2021 02:00 PM
Kena istiqomah bro.jangan goyang dengan kes kematian terpencil.

Aku dah register lama dah. Aku redha pasrah tawakal berserah je.. berserta istiqamah
Quote rajamoney 4-3-2021 02:10 PM
dengar citer dari forumer pfizer ni made in israel?

betul ke?
Quote meow_tompok 4-3-2021 02:15 PM
adakah kj akan amik sinovac
Quote CiliPadiSedap 4-3-2021 04:09 PM
Kaka percaya setiap gov ada sign klausa xboleh kaitkan mana2 kematian and kerugian dgn vaksin

Setakat ni tiada mana2 negara rekodkan vaksin punca nya walaupun friska madu jusa c.
Quote Orkuitor 4-3-2021 04:47 PM
Lebih 12,400 penerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech masih dijangkiti
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 22 Januari 2021

Dos tunggal vaksin tersebut didapati kurang berkesan berbanding jangkaan dibuat Pfizer sebelum ini. - Foto: Agensi
A A
TEL AVIV - Lebih 12,400 individu di Israel dilaporkan dijangkiti Covid-19 selepas diberikan dos suntikan vaksin dihasilkan Pfizer-BioNTech.


Media tempatan melaporkan perkara itu diketahui berdasarkan ujian dilakukan terhadap 189,000 individu yang menunjukkan 6.6 peratus termasuk 69 penerima dua dos suntikan vaksin tersebut masih positif Covid-19.

Menurut laporan itu, golongan itu menunjukkan kadar jangkitan sama seperti mereka yang tidak menerima suntikan vaksin tersebut.


Awal minggu lalu, Pesuruhjaya Pasukan Petugas Covid-19, Nachman Ash mendakwa dos tunggal vaksin tersebut didapati kurang berkesan berbanding jangkaan dibuat Pfizer sebelum ini yang mendakwa keberkesanannya adalah pada kadar kira-kira 52 peratus.

Sementara itu, Presiden Persatuan Industri Vaksin China, Feng Duojia berkata, terdapat kemungkinan penerima vaksin telah dijangkiti virus itu sebelum tubuh mereka menghasilkan tindak balas imun.

"Fungsi vaksinasi adalah untuk mengurangkan kadar jangkitan atau mencegah penerima daripada mendapat simptom serius. Kebiasaannya, tubuh mengambil tempoh selama 14 hari untuk membina imuniti yang berkesan," jelasnya. - Agensi
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/120409/KHAS/Covid-19/Lebih-12400-penerima-suntikan-vaksin-Pfizer-BioNTech-masih-dijangkiti
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Quote Bradley778 4-3-2021 05:38 PM
Although the statement did not mention the type of vaccine given to the man, the vaccination program in Hong Kong currently only uses vaccine doses produced by the pharmaceutical company in China, Sinovac.
GarageBand PC
Quote salmon-suki 4-3-2021 07:20 PM
Orkuitor: Lebih 12,400 penerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech masih dijangkitiTERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 22 Januari 2021Dos tunggal vaksin tersebut didapati  ...


Semoga kt mesia pn jd gtu,nak2 geng2 busuk hati y potong Q frontliners...n utk frontliners semoga vaksin akan berkesan utk dorg...utk y sabar menunggu tp diperkotak-katikkan oleh geng2 potong Q,semoga kita semua dilindungi olehNya drpd dijangkiti kobid walaupun tak divaksin..aminnnnnnn

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.068765 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top