Seorang pemuda kesal dengan tindakan komen beberapa warga maya yang memfitnah isterinya berlaku curang ekoran wajah anaknya persis warga Korea. Terdahulu, pengguna Tik Tok, Azirul telah tular di media sosial kerana memuat naik video isterinya yang terlalu minat dengan program hiburan popular Korea, Running Man, ketika hamil hingga terkenan dan melahirkan anak yang wajahnya mirip dari negara itu.
Walaubagaimanapun, video itu mengundang komen jelik oleh warga maya sehingga Azirul mengambil keputusan mahu mengambil tindakan undang-undang pada mereka sekiranya tidak memohon maaf padanya. "Saya nak kongsi paparan skrin yang saya dapat dan saya ambil di Facebook dan mereka komen seperti tiada agama. Apa yang mereka komen seperti isteri saya berzina dengan orang lain sebab itu dapat anak begitu. Perkara ini sangat menyentuh hati dan buat saya sedih sebab anak saya, zuriat saya, darah daging saya, mereka keluarkan kenyataan yang tidak masuk akal,"kata Azirul dalam video yang dimuat naik kelmarin. "Saya beri tempoh hingga 5 Mac, kalau tak saya buat laporan polis kerana bukti dah ada dan saya tidak akan teragak-agak untuk menyaman kerana ini dah membuatkan maruah keluarga saya dipandang hina," katanya memetik laporan Projekmm. Itulah wargamaya kadangkala komen sampai lupa batasan. Langsung tidak mencerminkan budaya luhur budi dan bahasa rakyat Malaysia yang terkenal dengan sopan santunnya. -CARI |
ADVERTISEMENT