CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sanggup Buat 3 Kerja, Suami Buat Kejutan Hadiah Laptop Secondhand Kepada Isteri

3-3-2021 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4910| Komen: 46

Tidak perlu kemewahan, cukup hanya bersederhana.

Itu cuba ditonjolkan Shahrul Amri Ibrahim, 25, dalam membahagiakan isterinya, Nurul Akma Abd Rashid, 25, yang dinikahinya, November lalu dengan cara tersendiri.


Usaha Shahrul Amri membuat kejutan menghadiahkan komputer riba terpakai kepada Nurul Akma pada 26 Februari lalu sehingga mengundang sebak wanita itu meruntun hati warganet sekali gus memberi inspirasi kepada mereka.

Menurut Shahrul Amri, bukanlah tujuannya menunjuk-nunjuk kebahagiaan rumah tangganya, namun niatnya hanya mahu memudahkan isterinya yang bertugas sebagai guru tadika.


Foto: Harian Metro

"Sebagai guru, peranti itu menjadi satu keperluan buat isteri dalam menyediakan bahan dan soalan peperiksaan selain melaksanakan pembelajaran dan pengajaran dalam talian bersama anak muridnya.


"Walaupun dia tidak pernah mengeluh atau meminta-minta, namun saya kasihan tengok kesulitannya kadangkala terpaksa meminjam komputer riba dari sekolah untuk menyelesaikan tugasannya itu.

"Ia membuatkan saya terfikir untuk menghadiahkannya komputer riba bagi memudahkan urusan kerjanya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, dia mula merancang niatnya itu dengan menyimpan wang sebahagian pendapatannya sebagai juruteknik bioperubatan, penghantar makanan dan berniaga dalam talian sejak Disember lalu.

"Saya pergi ke kedai mencari komputer riba terpakai dan sesuai dengan bajet saya RM900 kerana tidak mampu membeli yang baru.

"Selepas berpuas hati dengan spesifikasi yang sesuai untuk tugas isteri, saya akhirnya setuju membeli komputer riba terpakai sebuah jenama," katanya.

Shahrul Amri berkata, dia sengaja meletakkan peranti itu di bawah bantal dalam bilik tidur mereka bagi memberi kejutan kepada isterinya.

"Pada hari itu, saya memaklumkan lewat menjemputnya dari tempat kerja berbanding jam 6 petang pada kebiasaannya kerana ada kerja.

"Sebenarnya selepas membeli komputer riba itu saya pulang dulu ke rumah untuk menyembunyikan laptop itu di bawah bantal dalam bilik kami.

"Ketika sampai di rumah, saya memberitahunya ada kejutan istimewa dalam bilik sebelum dia menjumpai beg komputer riba itu di bawah bantal dan menangis apabila melihat apa yang ada dalam beg itu," katanya.

Katanya, walaupun cuma hanya sebuah komputer riba terpakai, namun dia berbangga dapat membahagiakan isterinya dengan cara tersendiri.

"Bagi saya kebahagiaan tidak boleh diukur dengan benda mahal cukup jika kita memahami dan dapat meringankan beban orang yang kita sayang.

"Saya harap dengan adanya komputer riba itu dapat menaikkan lagi semangat isteri dalam berbakti kepada anak bangsa," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redmyvi 3-3-2021 04:10 PM
semoga dimurahkan rezeki..

Mula2 kawen mmg struggle sikit tambah2 kalau dari keluarga yg sederhana ja tapi lama2 inshaallah rezeki tu mai pelan2..
Quote Bholatchomel 3-3-2021 04:27 PM
alhamdulillah.. semoga dimurahkan rezeki kamu suami isteri.. semoga rumahtangga kamu aman bahagia selamanya.
Quote Artemesiaa 3-3-2021 05:03 PM
Bersusah2 dulu bersenang2 kemudian
Quote rajamoney 3-3-2021 05:15 PM
guru tadika nk guna laptop watpe?
Quote Supersirap 3-3-2021 10:01 PM
Tahniah diucapkan kepada sang suami, semoga pengorbanan mu itu mendapat balasan yang baik pada masa mendatang
Quote Carcosa 3-3-2021 11:07 PM
Sian lah pulak... Semoga kamu berdua bahagia selama lamanya yach. Aminnnn.
Agichewww meols mendoakan.
Quote epal21 4-3-2021 12:24 AM
Contoh suami yg bertanggungjawab. Cuba sediakan keperluan isteri sebaik mungkin. Mosus sila pay attention ya. Bini nak makan ciskut pun kena berebut dgn anak.
Quote dudaberhias 4-3-2021 05:46 AM
semoga di murahkan rezeki... banyak manfaat laptop tu mana tau kot2 dia pandai belajar online ujung2 buka bisnes yang maju... rezeki tak salah alamat...
Quote URUHA 4-3-2021 06:33 AM
rajamoney replied at 3-3-2021 05:15 PM
guru tadika nk guna laptop watpe?

Utk buat laporan harian & tugas2 lain jugak. Selain tu guna just in case kena buat PdPR. Kawan2 meols ada yg jadi guru tadika. Guru tadika sekarang bukannya mcm dulu2.
Quote saviour_09 4-3-2021 08:02 AM
steady  
Quote BoongaKertas 4-3-2021 08:29 AM
iols suka kisah2 mcm ni. yg berusaha keras cari sumber rezeki halal utk bg psgn. awl2 kawen, mmg susah sikit. sbb baru nak hidup berdua.
Quote rajamoney 4-3-2021 09:57 AM
URUHA replied at 4-3-2021 06:33 AM
Utk buat laporan harian & tugas2 lain jugak. Selain tu guna just in case kena buat PdPR. Kawan2 me ...

canggih ye cikgu2 tadika sekarang

tu yg yuran tinggi tu ye
Quote nowhite 4-3-2021 09:57 AM
Semoga dimurahkan rezeki
Quote santariny 4-3-2021 10:53 PM
Semoga dimurahkan rezeki. Perempuan ni even duduk rumah pun, boleh juga bantu suami lagi2 sekarang zaman dah maju.
Quote betttterlife88 4-3-2021 10:56 PM
BoongaKertas replied at 4-3-2021 08:29 AM
iols suka kisah2 mcm ni. yg berusaha keras cari sumber rezeki halal utk bg psgn. awl2 kawen, mmg sus ...

Betul tu. Mula2 kahwin memang struggle sikit sebab banyak duit nak pakai tapi insyaAllah makin lama makin mudah.
Quote ducat 4-3-2021 10:59 PM
dudaberhias replied at 4-3-2021 05:46 AM
semoga di murahkan rezeki... banyak manfaat laptop tu mana tau kot2 dia pandai belajar online ujung2 ...

Si isteri boleh je berniaga. Kena explore bakat sendiri, mana tau boleh jual kuih muih ke. Nanti boleh iklankan online, mesti ramai yang cari and tempah. Boleh Bantu suami
Quote dudaberhias 4-3-2021 11:14 PM
ducat replied at 4-3-2021 10:59 PM
Si isteri boleh je berniaga. Kena explore bakat sendiri, mana tau boleh jual kuih muih ke. Nanti b ...

tu la khenn kaka... macam2 dia boleh buat dengan laptop tu kalau pandai guna...moga murah rezeki suami dan dia...
Quote gwenbae 5-3-2021 10:21 AM
ok apa ada laptop boleh cari duit sampingan dgn bisnes smbil2 ngajar budak2 tu..
Quote gwenbae 5-3-2021 10:34 AM
ducat replied at 4-3-2021 10:59 PM
Si isteri boleh je berniaga. Kena explore bakat sendiri, mana tau boleh jual kuih muih ke. Nanti b ...

ye sambil2 kan sbb bisnes online ni sng ada masa lapang ja boleh fokus naikkn sale tak perlu secara fizikal pergi cari customer ka apa..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.049569 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top