CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingat Duit Komisen, Lelaki Dipenjara Tak Pulangkan Wang Tersalah Pindah

1-3-2021 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2924| Komen: 13

PT Bank Central Asia sekali lagi menjelaskan isu tersalah melakukan transaksi pemindahan tunai sebanyak 51 juta rupiah (RM14,411) BCA Citraland kepada penjual kereta dari Surabaya, Ardi Pratama.

Lapor Kompas.com, Ardi menggunakan wang tersebut untuk tujuan membeli belah yang menyebabkannya ditahan.

Pada mulanya, Ardi menyangka wang itu adalah komisen hasil jualan keretanya.


Gambar hiasan

Naib Presiden Eksekutif, Komunikasi Korporat BCA, Hera F Haryn menjelaskan, Ardi sudah menerima dua surat peringatan sejak Mac tahun lalu mengenai terdapat wang yang tersalah pindah ke dalam akaunnya.

“Bagaimanapun, dia hanya menunjukkan usaha mengembalikan wang itu pada Oktober tahun lalu, sedangkan proses perundangan bagi kes itu sudah bermula sejak Ogos tahun lalu,” katanya.

Menurut Hera, pelanggan mesti memulangkan semula wang yang tersalah pindah berdasarkan Artikel 85 Undang-Undang Nombor 3, 2011.


Sekiranya wang tersebut tidak dipulangkan, pelanggan itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda 5 bilion rupiah (RM1.4 juta).

Sementara itu, peguam Ardi, R Hendrix Kurniawan menerangkan kejadian itu berlaku pertama kali pada 17 Mac tahun lalu.

“Dia adalah seorang penjual kereta kerana semasa dia menyemak akaun tiada identiti pengirim. Akhirnya wang itu digunakan bagi tujuan beli belah dan membayar hutang,” katanya.

 

Sumber: Utusan

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 1-3-2021 01:38 PM
kalau kat malaysia jadi macam ni, penerima boleh disaman ke sedangkan yang salah pengirim?
Quote allshares 1-3-2021 01:42 PM
minguk replied at 1-3-2021 01:38 PM
kalau kat malaysia jadi macam ni, penerima boleh disaman ke sedangkan yang salah pengirim?

Rasanya tak boleh, sbb tu scammer berleluasa kt msia ni.
Quote Punat_button 1-3-2021 01:54 PM
minguk replied at 1-3-2021 01:38 PM
kalau kat malaysia jadi macam ni, penerima boleh disaman ke sedangkan yang salah pengirim?

boleh

pernah ada kes pon. ada thread dalam cari.


Quote Punat_button 1-3-2021 01:56 PM
allshares replied at 1-3-2021 01:42 PM
Rasanya tak boleh, sbb tu scammer berleluasa kt msia ni.

scammer tu criminal. apa yang dorang buat memang salah A-Z. Boleh pulak ko guna scammer sebagai contoh


Quote eyansss 1-3-2021 01:56 PM
minguk replied at 1-3-2021 01:38 PM
kalau kat malaysia jadi macam ni, penerima boleh disaman ke sedangkan yang salah pengirim?

boleh kalau dah ada arahan pemulangan tapi tak dipulangkan...
Quote allshares 1-3-2021 02:15 PM
Punat_button replied at 1-3-2021 01:56 PM
scammer tu criminal. apa yang dorang buat memang salah A-Z. Boleh pulak ko guna scammer sebagai co ...

Yela, duit msk dlm account deorg, mcm tak dpt buat ape2 pun, sbb tu deorg bebas tipu org sana sini. So kalau jadi kt malaysia, iols rasa susah nk dakwa.
Quote Itzy 1-3-2021 02:34 PM
Punat_button: bolehpernah ada kes pon. ada thread dalam cari.

Betul2 memang dah pernah ada kes pun. Satu yg perempuan cina yg guna rm1 juta untuk beli belah, lepas tu yg kes bank tersalah hantar duit kat 3 bekas pekerja mereka.
Quote minguk 1-3-2021 02:41 PM
allshares replied at 1-3-2021 01:42 PM
Rasanya tak boleh, sbb tu scammer berleluasa kt msia ni.

kalau macam tu boleh tak i berharap orang tersalah transfer ke acc i ahahahha
Quote minguk 1-3-2021 02:42 PM
Punat_button replied at 1-3-2021 01:54 PM
boleh

pernah ada kes pon. ada thread dalam cari.

owh boleh? alah baru berangan nak ada orang tersalah transfer ahaha
Quote minguk 1-3-2021 02:43 PM
eyansss replied at 1-3-2021 01:56 PM
boleh kalau dah ada arahan pemulangan tapi tak dipulangkan...

owh maksud you, lepas i dapat duit, i kena keluarkan duit cepat2 dan tukar phone number. so that i boleh claim i tak terima sebarang notice,,, hahaha
Quote eyansss 1-3-2021 03:16 PM
minguk replied at 1-3-2021 02:43 PM
owh maksud you, lepas i dapat duit, i kena keluarkan duit cepat2 dan tukar phone number. so that i ...

tak semudah tu...  bank ada banyak cara nak deliver notis pemulangan...  sebaiknya, pulang aje la duit orang...  tak berkat hidup..  hehehe...
Quote jalfa 1-3-2021 04:01 PM
Kan ada sepasang suami isteri kena dakwa di malaysia...sbb guna duit tersalah masuk settle loan rumah..dengan rumah rumah kena sita
Quote monreyes 1-3-2021 04:05 PM
kalau bank yg salah masuk..dia akan cari kau sampai lubang cacing...
kalau ko sendiri yg salah transfer..mohon mereput..unless penerima sudi pulangkan...
otherwise dapat kan surat perintah dari loyar...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.036104 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top