CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fian Ali Mengaku Guna Pengaruh Ibu, Ayu Puteh Untuk Jalan Mudah Jadi Penyanyi

27-2-2021 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8222| Komen: 58

Foto: IG


Penyanyi Fian Ali mengakui populariti dan pengaruh ibunya yang juga penerbit terkenal iaitu Datuk Ayu Puteh membantu membuka jalan untuk dia dan adik, Alif Ali memulakan langkah dalam bidang seni.

Bersyukur dengan peluang yang diberi, Fian atau nama sebenar Mohd Sufian Mohd Ali, 25, berkata dia akan menggunakan pengaruh ibunya itu sebaik-baiknya dalam mencipta nama sebagai anak seni.

"Saya setuju peluang kami agak mudah apabila ibu kami adalah seorang penerbit... tak semua orang dapat peluang macam itu.

"Alhamdulillah ada rezeki kami di sini... rugi kalau tak gunakan sebaik mungkin dan sekarang ini merupakan peluang untuk kita berkarya dan tunjuk bakat yang ada.




"Selama mana peminat sokong, kita akan teruskan sampai bila-bila. Apa-apa pun kami yakin dengan bakat yang ada dan akan terus buat yang terbaik," katanya kepada mStar.



Fian berkata demikian semasa pelancaran lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Ala Shayang yang diadakan secara maya, pada Jumaat.

Selain Fian, adiknya iaitu Alif, 16, turut tampil dengan single baharu berjudul My Boo.

Sementara itu, penyanyi lagu Semakin Benci Semakin Rindu ini berkata keputusannya untuk menceburi bidang nyanyian mendapat sokongan penuh daripada Ayu dan ahli keluarga lain termasuk adiknya yang juga pelakon Wanna Ali.



"Mama okey apabila tahu saya dan adik memilih bidang nyanyian. Mama minta saya teruskan dan jangan mudah putus asa. Dia sentiasa menyokong apa jua pilihan dan minat kami.

"Saya syukur dapat keluarga yang memang saling menyokong antara satu sama lain.

"Bagi saya berada dalam industri hiburan ini memberi ruang untuk kami jadikan sebagai platform perniagaan dan sebagainya. InsyaAllah kami adik-beradik akan buat yang terbaik," ujarnya.

Bercakap mengenai lagu Ala Shayang, pelakon filem Aku Ada Kau Ada ini berkata ia merupakan buah tangan terbaharu untuk peminat yang sudah lama menantikan kemunculannya sejak tahun 2016.



"Tidak dinafikan ramai yang bertanya mengenai comeback saya dalam bidang nyanyian walaupun sebelum ini hanya ada satu single. Namun saya sangat bersyukur kerana nyanyian saya dapat diterima semua.

"Saya melihat lagu ini sebagai satu platform untuk kembali mengambil hati peminat yang selama ini menyokong pertama saya Semakin Benci Semakin Rindu.

"Walaupun muziknya berbeza tetapi ianya sesuatu yang lebih baharu untuk tahun 2021 dan memberi kelainan daripada sisi saya sebelum ini," katanya.



Ala Shayang sudah pun berada di saluran YouTube Indigital Music sejak 19 Februari lalu dan boleh didengar menerusi semua platform digital.

Manakala My Boo nyanyian Alif pula dilancarkan melalui YouTube Indigital Music pada malam Jumaat. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 27-2-2021 10:43 AM
Tetap juga aku tak kenal.
Quote kucingitam 27-2-2021 10:54 AM
buat comeback? bila masa wujud pun tak tau nih..btw mak dia pulak sapo?
Quote Boomibulat 27-2-2021 10:57 AM
Umur baru 25 tp mcm dh tua..geli tgk gmbar nmpk kopek tu..
Quote cicicumel 27-2-2021 11:01 AM
Adik beradik rajalawak solo ke? Yg suka tiru suara chef wan tu
Quote BoongaKertas 27-2-2021 11:26 AM
Mcm xtau pernah wujud. Ttiba comeback. Mak dia yg aritu lantang bersuara sbb movie kena cetak rompak tu ke?
Quote slyfynx 27-2-2021 11:49 AM
Sape ko dan mak ko?
X kenal langsung pun
Quote slyfynx 27-2-2021 11:51 AM
Nah. Kot la ade yang nk mengenali lebih dekat
Quote ezacbee 27-2-2021 11:53 AM
Anak beranak tak kenal.
dia ni memang suka tayang body kepam ke?
Quote sukacactus 27-2-2021 11:59 AM
Ooo ada adik beradik lain rupanya wanna ali ni
Quote TravellingBear 27-2-2021 12:02 PM
slyfynx replied at 27-2-2021 11:51 AM
Nah. Kot la ade yang nk mengenali lebih dekat

astaga... bulat semacam jaa
Quote KelisaOren 27-2-2021 12:36 PM
Wanna ali cun tapi abg sheols ya ampunnn
Quote missbigrockstar 27-2-2021 12:55 PM
Syafiq kyle + syukri yahya
Quote sfrnna 27-2-2021 01:55 PM
who are yusss. cringenya menari tiktokkkkk macam tu. lelaki kalau tak jambu jangan la menari tiktokk. cringeeeeee. takda 6pax tapi ada tekssss
Quote beta_carotene 27-2-2021 01:57 PM
mamak kari mana lak neyyyhhhhhh

ACCHIBBBSS
Quote putu 27-2-2021 02:44 PM
Xpayahla jadi penyanyi. Sila cari kerja lain ya
Quote anilanil 27-2-2021 02:52 PM
Dulu adakan penyanyi bertopeng mcm encik mimpi & bandi amuk. Maybe mamat ni bole cuba try test konsep yg sama...mana tau ada ong..
Quote Nenasketum 27-2-2021 02:56 PM
Saper pompuan2 tu suma? Aiyoooo
Tapi okla sedap la jugak sora dia.
Quote likecandy 27-2-2021 03:00 PM
X kenal dua2
Cuma kenal Wanna Ali je
Quote little_sis 27-2-2021 03:23 PM
Ooo abg wana ali.. wana ni cunnn pd aku la...
Tapi gambar tak berbaju tu... Perlu keee

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.072982 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top