Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II pada Khamis berkata, suntikan vaksin bagi membendung penularan Covid-19 yang diterimanya pada Januari lalu tidak menyebabkan beliau berasa sakit.
Istana Buckingham sebelum ini mengesahkan bahawa beliau yang berumur 94 tahun itu menerima suntikan tersebut bersama suaminya, Putera Phllips, 99, pada bulan lalu. "Ia (suntikan itu) amat pantas. Saya mempunyai sejumlah surat daripada orang ramai yang berasa terkejut mengenai betapa mudahnya untuk mendapat vaksin tersebut. Suntikan itu tidak sakit atau mencederakan," kata Ratu Elizabeth II. "Sekali anda telah disuntik dengan vaksin, anda akan berasa dilindungi yang saya berpendapat ia adalah amat penting. "Sukar buat mereka yang tidak disuntik dengan vaksin tetapi mereka perlu memikirkan tentang orang lain berbanding diri sendiri," ujarnya ketika memberitahu beberapa pegawai kesihatan menerusi satu persidangan video.
|
tumpanglalu74: Kalau kau mampos lepeh cucok tak huruhare ke 1 dunia? U're the last person who should be telling us how wonderful the vaksin was..
FOTHER-MUCKER replied at 27-2-2021 03:47 AM
Hari ini pergi JAB tadi. Tak sangka pula terlalu cepat..sepatutnya paling awal April dan paling lewa ...
FOTHER-MUCKER replied at 27-2-2021 06:54 AM
UK
........
ADVERTISEMENT