CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hukuman Perlu Dinaikkan Secara Progresif, Bukan Memufliskan Rakyat - Najib

26-2-2021 03:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1956| Komen: 12

Description: Kenaikan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak patut dipukul rata kerana bukan semua pelanggaran adalah kesalahan serius.
Kenaikan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak patut dipukul rata kerana bukan semua pelanggaran adalah kesalahan serius.

Datuk Seri Najib Razak berkata, bagi kesalahan yang kurang serius melibatkan bilangan rakyat paling ramai yang mungkin berpunca daripada kesilapan tidak sengaja, hukumannya perlu kepada pengajaran dan perlu dinaikkan secara progresif.



Kredit foto:IG Najib

Bukan untuk memufliskan rakyat, katanya.

Menurut beliau, bagi kesalahan kurang serius, dendanya boleh dinaikkan secara progresif. Contohnya, kesalahan pertama sebanyak RM1,000 kesalahan kedua RM3,000, kali ketiga RM6,000, kali keempat dan seterusnya RM10,000.

Bekas perdana menteri itu berkata, kaedah hukuman progresif ini diguna pakai oleh beberapa negara lain dan diterima rakyat di sana sebab tiada sesiapa akan bersimpati kepada pesalah degil yang berulang-kali melanggar SOP.


”Tapi jika terus didenda RM10,000 bagi kesalahan pertama, ramai tidak akan berpuas hati,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Lagipun, tambah beliau, SOP juga patut konsisten dan tidak boleh sering flip-flop sehingga pegawai penguatkuasa dan rakyat pening kepala.

Selepas denda dinaikkan, kemarahan rakyat tentu turut naik mencanak jika berlakunya dwi-standard antara hukuman pada rakyat biasa dengan ahli politik.


Loading FB Post...

”Ianya menjadi lagi parah bagi wakil rakyat sebab sebarang denda yang melebihi RM3,000 akan menyebabkan kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat,” ujarnya. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 26-2-2021 04:02 PM
Sesuailah dengan bajet i-Sinar, terima kasih abahcow ijau

Mahathir: pindahkan duit dari poket kiri ke poket kanan
Quote SPACENUT 26-2-2021 04:42 PM

[fbp]https://www.facebook.com/JumpaKatMahkamah/posts/2952287841650946[/fbp]


Quote bulalof 26-2-2021 04:43 PM
u win some, and u loose some.......
Quote merrissa 26-2-2021 05:07 PM
rkyat msia ni...kalo marhain boleh la di ajar dgn denda duit...tp kalao vvvvvip tu...ada dia kisah rm10k ke 100k ke saman...suka hati dia je main langgar SOP

so hukum saman dan penjara je la selayaknya...kasi penuh itu penjara...kalau xnk penuh...buatlah khdmat masyarakat...
Quote Boomibulat 26-2-2021 05:30 PM
Demi kemaslahatan ekonomi negara..
Quote capiloton 26-2-2021 06:08 PM
ikut budi bicara hakim kata nya.

masa PKP 1 dulu,
ada orang buat rayuan di court mintak kurangkan denda RM1k,
hakim pegi tambah bagi duduk dalam jel sekali

tengok saja lahabau2 yang rakus menyaman orang dari tahun lepas,
budi bicara my arse  
Quote zidane_ziege 26-2-2021 07:12 PM
Sembang..klu kau PM pun kau cari peluang nak kenakan rakyat jugak
Quote akusukaq 27-2-2021 08:21 AM
zidane_ziege replied at 26-2-2021 07:12 PM
Sembang..klu kau PM pun kau cari peluang nak kenakan rakyat jugak

Sampai giliran tak lama lagi rakyat akan kenakan puak puak ni plk ....usah mimpi nak terus berkuasa.
Quote kakigebang 27-2-2021 10:09 AM
kenapa bila dh takde psngkat dan kuas, bijaN mnjadi bijak sikit, isu saman 10k fan isu epf pun koperjuangkan, ko nk ambil hati rakyet ye suh sokom ko balik ye supaya ko n bini ko tk kena jail ye, pandai ko main ye jib
Quote zidane_ziege 27-2-2021 10:39 AM
akusukaq replied at 27-2-2021 08:21 AM
Sampai giliran tak lama lagi rakyat akan kenakan puak puak ni plk ....usah mimpi nak terus berkuas ...

Sebab tu diorg ni kena digilirkan..jgn lama2 sgt pegang kuasa..

Rakyat pun x payah la nk taksub sgt dgn pemimpin..
Quote Harley_Quinn 27-2-2021 02:16 PM
Tang rakyat laju nk saman, mai menteri trus kena tunggu arahan hakim lah apa lah. Tba2 polis xde kuasa.
Quote kaedahnya 27-2-2021 08:40 PM
sebelah bossjibby tu siapa

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.047856 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top