CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Remaja Jadi Kaya Dengan 'Bergurukan' YouTube Je!

26-2-2021 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4393| Komen: 23

Seorang remaja meraih pendapatan lumayan selepas dia belajar mengenai pasaran saham menerusi platform YouTube.

Adam Mlamali, 19, yang juga seorang pelajar di London menggunakan masa terluang untuk menimba ilmu menerusi video percuma sehingga berjaya menggandakan wang miliknya, lapor Daily Star.



Kredit foto: Daily Star

Ujarnya lagi, dia pada mulanya bercita-cita untuk menjadi angkasawan, namun kini meminati bidang ekonomi.

"Pada awalnya, saya sangat suka bidang angkasa dan mahu menjadi angkasawan," ujarnya.

Jelas Adam, pelaburan saham yang dibuat dengan wang bernilai £200 (RM1,144) membawa pulangan sehingga £200,000 (RM114,4172) kepadanya.

Ujarnya lagi, dia mula membeli saham secara serius ketika pandemik Covid-19 mula melanda.

Jelasnya, masalah kewangan yang dihadapi ibunya suatu masa lalu turut memberi inspirasi kepadanya untuk menjadi kaya dan berupaya membantu keluarga.



Sumber: mStar

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 26-2-2021 12:03 PM
Hujung2 rulanya scammer
Quote anakjiran 26-2-2021 12:38 PM
beg LV tu atas meja.ko hadooooo??
Quote Adrif 26-2-2021 12:49 PM
kadang2 teringin nak belajar main benda alah ni
sebab peer pressure

bila dengar kawan2 bersembang, macam seronok je. kita nganga tak paham apa
tengok youtube pun tak paham. orang dah ajar pun kita bebal tak paham
Quote Gomea 26-2-2021 03:12 PM
Adrif replied at 26-2-2021 12:49 PM
kadang2 teringin nak belajar main benda alah ni
sebab peer pressure


Samalah kita
Quote notM 26-2-2021 05:27 PM
Meols simpan je dalam AirAsia ....sebab yakin ramai bercuti selepas disuntik
Quote notM 26-2-2021 05:29 PM
Edited by notM at 26-2-2021 05:30 PM
Adrif replied at 26-2-2021 12:49 PM
kadang2 teringin nak belajar main benda alah ni
sebab peer pressure



Meols baru dapat 8k untuk 2 tahun walaupun market teruk macam Haram


Tapi okey la...meols nak belajar juga teknikal Dan fundamental....harap kalau FDI masuk..meols nak pulun la puluh2 ribu.
Quote dudaberhias 26-2-2021 05:30 PM
Hebat dia excessive day trading...
Kena pandai ramal market.

Iols pernah excessive macamni, tengok youtube vid semua tapi nasib tak menyebelahi iolls..

Long term trade jugak untung untuk iols.
Quote notM 26-2-2021 05:32 PM
dudaberhias replied at 26-2-2021 05:30 PM
Hebat dia excessive day trading...
Kena pandai ramal market.


Day trading memang kena hadap Komputer je.

Malam pun kena hadap Komputer buat analisis bagai.

Meols pernah buat...tapi meols guna phone so x puas hati day trading
Quote notM 26-2-2021 05:35 PM
Edited by notM at 26-2-2021 05:44 PM
dudaberhias replied at 26-2-2021 05:30 PM
Hebat dia excessive day trading...
Kena pandai ramal market.



Day trading lagi cepat untung...sebab Kita buat analisis betul2...tapi lebih pada teknikal.

Kalau long term trading Kita tengok fundamental Dan teknikal

Dulu meols Tak kaji fundamental...buat teknikal je...Tak boleh jugak....contoh Frontkn dulu 90sen seunit tahun 2019  ..sekarang dah RM5.21 meols jual sebab tengok teknikal semata.

Kalau tengok kaunter Frontken menitik air Mata meols
Quote dudaberhias 26-2-2021 05:48 PM
notM replied at 26-2-2021 05:32 PM
Day trading memang kena hadap Komputer je.

Malam pun kena hadap Komputer buat analisis bagai.

Tu la, huhu iols pernah cuba dah day tradinng buat analysis tengok volume semua. Tapi mungkin bukan tuah iols untuk day trading. Dah cuba tengok candlestick semua dan pelbagai cara termasuk la subscribe premium signal untuk saham2 US.

Long term investment jugak merasa untung kaka. Takpelah kena saborr je kih kih kih... Time ni la patut labur banyak2, saham2 masih belum naik sepenuhnya lagi seperti sebelum covid. Nak2 air asia.
Quote capiloton 26-2-2021 05:52 PM
memang banyak material percuma kat internet sana,
sama ada minat dengan tak jer.

dia berjaya sebab dia ada passion, dan jugak sebab dia ada MASA.
cuba tanya dia berapa jam dia study pasai trading,
dan berapa jam dia mengadap market chart dalam satu hari.
Quote notM 26-2-2021 06:03 PM
capiloton replied at 26-2-2021 05:52 PM
memang banyak material percuma kat internet sana,
sama ada minat dengan tak jer.


Ye betul...masalah Masa...time remaja dulu banyak masa tapi duit takda...haaaaaa
Quote notM 26-2-2021 06:05 PM
Edited by notM at 26-2-2021 06:14 PM
dudaberhias replied at 26-2-2021 05:48 PM
Tu la, huhu iols pernah cuba dah day tradinng buat analysis tengok volume semua. Tapi mungkin buka ...


Investor yang betul memang melabur long term....tapi long term sekitar setahun je lah menurut sifu meols....kalau x kena belajar lagi.

Last year dah sapu 1k dari AirAsia...skang tengah uptrend lagi lepas vaksin keluarkan...even AirAsia Jepun bankrupt x effect pada kaunter diorg.
Quote dudaberhias 26-2-2021 06:14 PM
notM replied at 26-2-2021 06:05 PM
Investor yang betul memang melabur long term....tapi long term sekitar setahun je lah menurut si ...

betul untuk saham malaysia long term paling lama setahun, sifu iols pun bagitau gitu sebab market malaysia ni tak menentu,di hujung tahun laporan kewangan ke apa keluar kita boleh tutup kaunter...
kalau saham negara luar macam us seperti facebook, google, tesla tu je hold selama2nya kalau boleh especially index nasdaq100...
syarikat dan ekonomi sana lebih kukuh khennn.... bukan biasa2 punya syarikat...

Quote Adrif 26-2-2021 07:31 PM
notM replied at 26-2-2021 05:29 PM
Meols baru dapat 8k untuk 2 tahun walaupun market teruk macam Haram

banyak tu 8k dua tahun

daripada kita mengharapkan simpanan naik 4 sen, 3 sen tiap tahun.. amendee

cikgu, mohon ajar please.
modal pun mengharapkan saki baki BPR
Quote notM 26-2-2021 08:04 PM
Edited by notM at 26-2-2021 08:21 PM
Adrif replied at 26-2-2021 07:31 PM
banyak tu 8k dua tahun

daripada kita mengharapkan simpanan naik 4 sen, 3 sen tiap tahun.. a ...


Meols masih belajar...Cari pengalaman.

Saham ni kena buat analisis...apa yang meols tengok kena buat 3 analisis.

1. Fundamental
2. Teknikal
3. News (Dow Jones, LME, Nasdaq, Brent crude oil price,  latest technology news, Current news (eg. Covid) etc).

Nak buat analysis ni...better Cari desktop..screen monitor besar...kalau pakai henset halus x nampak, handphone untuk buat trading je (mcm pistol utk tembak kaunter tu)

Uols Cari kaunter bawa RM1 je...lepastu Cari 1-30 kaunter yang fundamental bagus.

Lepastu baru buat technical analysis...tapis dari 30 kaunter ke dalam 1-20 kaunter

Lepastu baru buat news analysis...untuk tahu timing sesuai utk masuk dlm kaunter tu.

Quote notM 26-2-2021 09:37 PM
Edited by notM at 26-2-2021 09:39 PM

Meols tertarik tengok garisan dia buat pada screen computer tu...nampak dia dengan buat garisan support pada graf kaunter...mungkin 52 week low counter

Time pandemic ni memang banyak la kaunter 52 week low
Quote Knowlee 26-2-2021 10:11 PM
Adrif replied at 26-2-2021 12:49 PM
kadang2 teringin nak belajar main benda alah ni
sebab peer pressure


Kena belajar betul2 dulu technical and fundamental analysis, lepas tu buat paper trade dulu sampai jumpa trading plan yg successful. Kalau tak asyik rugi je memanjang sbb salah pilih kaunter, salah time masuk, emosi tak reti handle, terikut ikut orang pilih kaunter.
Quote LadyCarefree 26-2-2021 10:18 PM
notM replied at 26-2-2021 04:27 PM
Meols simpan je dalam AirAsia ....sebab yakin ramai bercuti selepas disuntik

iols pon dok tambah banyak airasia. Lg satu datasonic. Pulun dua ni. Hehe

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-12-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.088991 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top