CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Makbul Doa Nak Bersalin Suami Teman," -Wanita Terberanak Dalam Kereta, Anak Lain Pun Ada Sama

26-2-2021 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1867| Komen: 1

"Saya berdoa dan berharap suami dapat menemani saya bersalin dalam tempoh Covid-19 ini. Tidak sangka Allah makbulkan doa saya itu dengan takdir saya bersalin di dalam kereta," kata Athirah Yusof, 29.


Ibu tiga anak itu berkata, dia tidak menyangka hasratnya untuk ditemani suami, Norfitri Selamat, 32, sama seperti ketika bersalin sebelum ini menjadi kenyataan.

Malah, detik cemas bersalin kali ketiga itu juga ditemani dua anaknya, Jismie Atiq Norfitri, 6, dan Jafnie Anas Norfitri, 4, di dalam keretanya.

Sebagai perkongsian keluarga dan rakannya, Athirah memuat naik kisah pengalamannya bersalin dalam kereta itu di akaun Facebook miliknya.

"Niat saya berkongsi cerita dan gambar hanya untuk keluarga, saudara dan rakan kerana ramai yang bertanya.

"Tidak sangka ia tular sehingga rata-rata warganet memberi reaksi situasi itu seakan-akan bersalin secara pandu lalu," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Athirah berkata, kejadian itu berlaku pada 17 Februari lalu ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Foto: Harian Metro

"Kira-kira 9 pagi sudah mula sakit tetapi saya abaikan kerana tiga hari sebelumnya kena 'false contaction'.

"Pada 11.30 pagi pula sudah tidak mampu berdiri dan sejam selepas itu suami ambil keputusan bawa ke hospital," katanya.

Katanya, ketiadaan penjaga kedua-dua orang anaknya di rumah menyebabkan dia dan suami tiada pilihan untuk membawa mereka sekali.

"Di dalam kereta begitu cemas, saya mula jerit sebab tidak dapat menahan sakit. Anak pertama dan kedua pula tidak putus beri sokongan dan menyuruh bapanya memandu lebih laju.

"Sampai saja di pondok polis bantuan PPUM pada 1 tengah hari, saya sudah rasa kepala bayi terkeluar dan tiada pilihan terus buka seluar.

"Kira-kira 11 minit kemudian, syukur lahirlah bayi seberat 2.6 kilogram (kg) dengan selamat. "Terpinga anak-anak saya melihat adiknya ada depan mata berlumuran darah," katanya.

Katanya, jururawat hadir tidak lama selepas itu, sebaik saja suaminya yang juga anggota polis selesai mengazankan anak ketiganya.

"Sebelum ini saya tidak pernah terbaca ibu bersalin dalam kereta. Pernah dengar tetapi kebiasaannya orang lama saja yang bercerita mengenai situasi itu.

"Syukur, bersalin kali ini Allah permudahkan dan doa saya bersalin di samping suami dimakbulkan, siap anak-anak ikut sekali," katanya yang sedang berpantang di kampungnya di Yong Peng, Johor.

Katanya, dia turut bersyukur urusan permohonan rentas negeri ke kampungnya dipermudahkan dan berkongsi belum lagi memutuskan nama penuh bayinya itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 26-2-2021 12:51 PM
Yang penting kedua-duanya selamat dan tiada komplikasi

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.166295 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top