CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Mabuk Tembak 3 Individu Sebab Enggan Bayar Bil Arak

25-2-2021 06:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2646| Komen: 14

Description: Seorang anggota polis yang dipercayai mabuk dan enggan membayar bil minuman keras bertindak menembak mati tiga individu dalam satu kejadian di sebuah kafe di Cengkareng, Jakarta barat.
Seorang anggota polis yang dipercayai mabuk dan enggan membayar bil minuman keras bertindak menembak mati tiga individu dalam satu kejadian di sebuah kafe di Cengkareng, Jakarta barat.

Menurut media tempatan, dalam kejadian 4 pagi tadi itu, mereka yang terbunuh ialah pelayan dan juruwang kafe serta seorang tentera Indonesia.



Gambar hiasan

Kejadian itu menjadi “sohor kini” atau “trending” di media sosial di Indonesia, mempersoalkan bagaimana kafe berkenaan masih beroperasi ketika pelaksanaan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat yang hanya membenarkan semua restoran dan kafe dibuka sehingga 8 malam sahaja.

Menurut laporan media tempatan, suspek enggan membayar bil minuman keras berjumlah Rp3.3 juta (RM1,000) sebelum terjadi pertengkaran dengan juruwang kafe berkenaan.

Suspek kemudiannya mengeluarkan senjata api dan menembak empat mangsa, tiga daripadanya maut, manakala seorang lagi iaitu pengurus kafe berkenaan cedera.


Ketua Polis Metro Jakarta Barat, Ady Wibowo dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata polis masih melakukan siasatan terperinci: “Benar, terjadi kasus (kes) penembakan yang menyebabkan tiga orang meninggal dunia,” katanya.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut. 


Sumber: Bernama

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote user.name 25-2-2021 08:09 PM
Quote user.name 25-2-2021 08:10 PM
Quote user.name 25-2-2021 08:10 PM
Quote user.name 25-2-2021 08:11 PM
Quote user.name 25-2-2021 08:12 PM
Quote user.name 25-2-2021 08:13 PM
[youtube]riM9SpNawi0[/youtube]
Quote clarizsa 25-2-2021 08:16 PM
Memang bahaya bila mabuk ni
Menakutkan
Quote imransulaiman 25-2-2021 08:20 PM
user.name: &nbsp;&nbsp;<a href="https://blue.kumparan.com/image/upload/v1614225355/ecnbyrrgmldnwrr9eml8.jpg" target="_blank">https://blue.kumparan.com/image/upload/v1614225355/ecnbyrrgmldnwrr9eml8.jpg</a>


Taknak komen banyak - GUNDUNYAAAAA!
Quote user.name 25-2-2021 08:23 PM
[youtube]7S2kX_25pD4[/youtube]
Quote Carcosa 25-2-2021 10:44 PM
Kesiannnyaaa dog tu tengok je owner dia terbaring  {:hero
Quote dudaberhias 25-2-2021 10:48 PM
kalingga ke?
kalingga tu bukan pari pari yer...
Quote xy_daen 25-2-2021 10:52 PM
Tak segila polis Filipinos yang tembak jiran siang buta..
Quote n3ar 25-2-2021 10:54 PM
mak aih,,rupa polis pun....takde rupa cam orang badan beruniform
Quote swateng1 1-3-2021 03:02 PM
n3ar replied at 25-2-2021 10:54 PM
mak aih,,rupa polis pun....takde rupa cam orang badan beruniform

dah macam beruang aku tengok

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.055777 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top