CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Sihat, Tiada Rasa Luar Biasa, Selera Macam Biasa” - PM Kongsi Perkembangan Selepas Suntikan Vaksin Covid-19

26-2-2021 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1511| Komen: 5

Description: Perdana Menteri, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi perkembangan kesihatannya, dengan memaklumkan baahwa beliau sihat selepas disuntik vaksin Covid-19.
Perdana Menteri, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi perkembangan kesihatannya, dengan memaklumkan baahwa beliau sihat selepas disuntik vaksin Covid-19.

"Alhamdulillah, hari ini hari kedua selepas mendapat suntikan vaksin Covid-19. Semuanya berjalan dengan baik, saya yakin ini vaksin yang selamat, vaksin berkesan.

"Jadi ramai nak tanya saya hari ini bagaimana keadaan saya. Alhamdulillah, saya berasa sihat, tiada rasa demam, tiada rasa luar biasa, makan macam biasa, selera pun macam biasa," katanya.



Muhyiddin berkata demikian menerusi satu rakaman video berdurasi dua minit dan 40 saat, yang dikongsikan di laman sosial milik beliau.

Beliau turut menyeru semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk menyokong usaha kerajaan dan negara bagi melandaikan Covid-19 dan seterusnya berakhir wabak tersebut.

"Dengan cara kita ramai-ramai mendaftar diri kita untuk mendapatkan suntikan menerusi aplikasi MySejahtera," katanya.

Menerusi video berkenaan, Muhyiddin berkata, beliau dimaklumkan bahawa telah menerima tarikh temu janji untuk suntikan dos kedua yang dijadualkan pada 17 Mac depan.

Mengucapkan kesyukuran, Muhyiddin turut menyeru orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan walaupun telah menerima vaksin.

"Pakai pelitup muka, cuci tangan seperti biasa, jaga penjarakkan fizikal seperti biasa, jangan pergi tempat ramai-ramai (orang), ini harus kita teruskan walaupun telah diberikan suntikan vaksin," katanya.

Pada Rabu, Muhyiddin menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan dos pertama vaksin keluaran Pfizer-BioNTech.

Turut menerima dos pertama vaksin itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di Pejabat Kesihatan Putrajaya, Presint 11. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 26-2-2021 11:42 AM
Tggu la seminggu dua lg..tgk cmana..klu x jadi zombie sy daftar vaksin..
Quote Kurex 26-2-2021 12:05 PM
Aku dah register... Redha tawakal berserah menyerah je
Quote Itzy 27-2-2021 04:08 PM
Boomibulat: Tggu la seminggu dua lg..tgk cmana..klu x jadi zombie sy daftar vaksin..


Hanya orang tolol fikir suntik vaksin jadi zombie hahahaha
Quote Itzy 27-2-2021 04:09 PM
Kurex: Aku dah register... Redha tawakal berserah menyerah je



Sama la walau aku ragu2 dengan kesan samoingan dia tapi aku dah daftar. Semoga Allah bagi pulih semula keadaan macam normal. Aamiin.
Quote Rahah 27-2-2021 04:26 PM
Okay la tu... tok yiddin takde side effects...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.050394 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top