CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Adik Sayang, Abang Sayang' Aktif Sejak Tiga Bulan, Wanita Di Kelantan Menyundal

25-2-2021 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6865| Komen: 25

Kota Bharu: Foto wanita akan dimasukkan dan dipaparkan dalam aplikasi 'MiChat' oleh pengendali untuk pilihan sebelum ditempah pelanggan.

Bayaran untuk tempahan wanita ini pula dikenakan antara RM250 hingga RM300 bergantung atas beberapa kriteria termasuk usia dan kecantikan.


Itu modus operandi yang digunakan aplikasi yang beroperasi di bawah nama kumpulan 'Adik Sayang, Abang Sayang' yang dipercayai aktif di negeri ini sejak tiga bulan lalu dengan menjadikan sebuah rumah di Kubang Kerian sebagai 'port' persundalan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya percaya masih ramai lagi wanita yang terbabit dalam kegiatan tidak bermoral dan ada dalam kalangan mereka berstatus ibu tunggal.


Gambar Hiasan


"Kesemua mereka adalah rakyat tempatan dan menerima bayaran antara RM250 hingga RM300," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam serbuan petang kelmarin, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) membuat serbuan di rumah banglo dan menahan lima wanita yang dipercayai pelacur.

Dalam serbuan 3.45 petang sempena Op Noda itu, semua wanita yang berusia sekitar 20-an hingga 60 tahun itu sedang berada dalam bilik bersama pasangan masing-masing.

Selain itu, seramai sembilan lelaki termasuk seorang warga Myanmar ditahan berada dalam rumah yang disewa kononnya sebagai tempat sewaan kereta namun dijadikan sarang pelacuran.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenalpasti dalang di sebalik sindiket itu.

"Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengesan individu lain yang terbabit termasuk melakukan serbuan seterusnya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • jerukkedondong

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bholatchomel 25-2-2021 03:55 PM
Adoi mcm mcm hal...
Quote orkidorkido 25-2-2021 04:05 PM
"Berusia 20 hingga 60 tahun" haha ..
Quote sharlenetexas 25-2-2021 04:07 PM
Kubang kerian belah mana tu?
Quote hasniey 25-2-2021 04:13 PM
60 tahun pon keje lg nek?larat ke nk lyn
Quote saviour_09 25-2-2021 04:16 PM
demo kenal bare
Quote buapakperut 25-2-2021 04:56 PM
60 tahun pun ado?
Quote Mina2215 25-2-2021 06:24 PM
Maybe ada fetish warga emas kot. Mana tauu
Quote ifanonline 25-2-2021 06:32 PM
60 tahun masih di panggil adik?
Quote dua_chzy 25-2-2021 06:40 PM
Semua salah jantan.

Kalau bapak reti jaga anak pompuan bebaik, takda maknanya deols boleh weng jual diri sebegini. Admit it la. Betina yang liar or suka sekendel sana sini ni biasanya terdiri dari mereka yang deprived kasih sayang dan perhatian dari pak kandung sendiri.

Kalau jantan tak lapar pooks sepanjang masa, takda maknanya industri seks ni boleh cemerlang, gemilang dan terbilang bisnes sepanjang zaman.
Quote white_musk 25-2-2021 06:42 PM
ifanonline replied at 25-2-2021 06:32 PM
60 tahun masih di panggil adik?

Mungkin pelanggannya berusia 70 tahun dik...
Quote Skuau 25-2-2021 06:44 PM
dua_chzy replied at 25-2-2021 06:40 PM
Semua salah jantan.

Kalau bapak reti jaga anak pompuan bebaik, takda maknanya deols boleh weng j ...


xde la cikgu...igt kes kat selatan tanah air dedulu tu...mak kandung drng...jual 2 beradik kat bangla....
Quote ifanonline 25-2-2021 07:02 PM
white_musk replied at 25-2-2021 06:42 PM
Mungkin pelanggannya berusia 70 tahun dik...

something is seriously wrong in malaysia if a 60 year old granny is prostituting herself...
Quote giyomi 25-2-2021 07:04 PM
bole bayar epf hingga 60 tahun hokey, so considered still relevant
Quote dua_chzy 25-2-2021 10:10 PM
Skuau replied at 25-2-2021 06:44 PM
xde la cikgu...igt kes kat selatan tanah air dedulu tu...mak kandung drng...jual 2 beradik kat b ...

Tu pun salah jantan gak. Jika menikah lelaki penyayang baik protective, hada tino tu nak buat gitu?
Quote Knowlee 25-2-2021 11:35 PM
dua_chzy: Semua salah jantan. Kalau bapak reti jaga anak pompuan bebaik, takda maknanya deols boleh weng jual diri sebegini. Admit it la. Betina yang liar or su ...


Setuju ni... Kalau bapak tu bagi sepenuhnya kasih sayang pada anak perempuan tu, anak perempuan tu dah confident yg dia cukup kasih sayang. So she doesn't need to find any love from the outside. Dgn syarat bapak tu bapak yg baik la. Bukan haruan makan anak.
Quote Manjahati 25-2-2021 11:54 PM
orkidorkido replied at 25-2-2021 04:05 PM
"Berusia 20 hingga 60 tahun" haha ..

Yg nenek umur 60 tahun tu ada org nk booking lg ke
Quote miss_perfect 26-2-2021 02:12 AM
dua_chzy replied at 25-2-2021 06:40 PM
Semua salah jantan.

Kalau bapak reti jaga anak pompuan bebaik, takda maknanya deols boleh weng j ...

Kalau kat sini boleh like komen orang lain, memang aku like komen ni
Quote akusukaq 26-2-2021 04:14 PM
Yang 60 tahun tu   ciken  mami kut
Quote notM 26-2-2021 04:16 PM
Kejayaan PAS dalam menyebarkan dakwah selama puluhan tahun

Takebeer

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.044014 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top