CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Percepatkan SOP Penggambaran Di Luar, Tolonglah Buka Pawagam

25-2-2021 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2475| Komen: 6

Description: Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) merayu kepada kerajaan untuk membenarkan aktiviti penggambaran luar studio dengan kadar segera.
Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) merayu kepada kerajaan untuk membenarkan aktiviti penggambaran luar studio dengan kadar segera.

Presidennya, Pansha berkata, kelulusan itu demi kelangsungan hidup semua syarikat penerbitan filem dan televisyen yang mengalami kerugian besar untuk menyiapkan penerbitan yang sudah lama tertangguh dan terpaksa menanggung kos bulanan operasi atau penerbitan yang semakin meningkat dan tidak dapat disiapkan sepenuhnya.


"Terlebih dahulu bagi pihak industri perfileman tempatan PFM mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang sudah memberi kebenaran untuk melaksanakan aktiviti penggambaran dalam studio sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

"Dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) baru yang tiada kompromi oleh mana-mana syarikat produksi seperti wajib memohon kelulusan Sijil Perakuan Penggambaran Filem (SPP) Khas sebelum melaksanakan aktiviti penggambaran, pemantauan berkala yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) di lokasi penggambaran dan ujian saringan Covid-19 perlu dilakukan bagi semua tenaga produksi yang terbabit.


"Bukan itu saja, lebih 50,000 penggiat seni dalam pelbagai bidang industri kreatif bekerja sebagai 'freelancer' seperti pengarah, pelakon, pekerja belakang tabir dan lain-lain turut sengsara untuk meneruskan kehidupan seharian. Mereka tidak dapat bayaran kerana kebanyakan penggambaran produksi tempatan membabitkan lokasi di luar studio tertangguh atau tidak dapat disempurnakan," katanya.

Kredit foto: Harian Metro


Dalam masa sama, Pansha turut merayu pembukaan panggung wayang bagi membolehkan lebih 50 filem tempatan dapat ditayangkan.

"Lebih 50 filem tempatan tidak dapat ditayangkan di pawagam sejak pelaksanaan PKP dan penerbit filem terpaksa menanggung kerugian dalam pelaburan yang amat besar tanpa bantuan daripada kerajaan.

"Sekali lagi PFM merayu supaya pawagam juga dibenarkan untuk beroperasi semula dengan 50 peratus kapasiti tempat duduk bagi setiap dewan merujuk kepada SOP yang diluluskan sebelum ini. "Keseimbangan dalam mengatasi pandemik Covid-19 dan menjana aktiviti ekonomi sangat penting dalam kelangsungan untuk hidup. Sebagai persatuan yang mewakili dalam kalangan syarikat produksi filem dan televisyen tempatan, kami merayu agar pertimbangan yang sewajarnya dapat diberi seperti industri lain yang sudah mendapat kebenaran untuk melaksanakan aktiviti perniagaan yang bersesuaian dan perlu mematuhi SOP seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.

MKN sebelum ini membenarkan enam aktiviti pembangunan kandungan kreatif dalam sektor industri kreatif beroperasi iaitu produksi animasi dan muzik, pasca-produksi di studio, pembangunan muzik secara digital, rakaman lagu di studio, pra-produksi penggambaran dan penggambaran di studio.

Aktiviti penggambaran di studio merangkumi drama, telefilem, iklan, dokumentari, sitkom, penstriman secara langsung, rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton.

Sementara itu, dalam laporan lain SOP untuk penggambaran di luar (outdoor) sedang diperincikan dan akan dibentangkan kerajaan dalam masa terdekat ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya juga sedang memperincikan SOP penganjuran acara langsung dan tayangan di pawagam.

Sehingga kini, masih belum ada keputusan berkenaan perkara itu. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Adrif


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 25-2-2021 06:31 PM
Pansha ni melayu ke india?
Quote missyL 25-2-2021 07:35 PM
I pn tgu wayang bkk area rmh i. Sbb teringin sgt nk mkn popcorn haha
Quote AshkieLa 25-2-2021 08:32 PM
missyL replied at 25-2-2021 07:35 PM
I pn tgu wayang bkk area rmh i. Sbb teringin sgt nk mkn popcorn haha

wayang kat area rumah meols bukak booth depan wayang untuk jual popcorn je....
Quote missyL 25-2-2021 09:05 PM
AshkieLa replied at 25-2-2021 08:32 PM
wayang kat area rumah meols bukak booth depan wayang untuk jual popcorn je....

Tula i tgok ade bkk booth.
Tp sini xde
Quote epal21 25-2-2021 09:52 PM
sharlenetexas: Pansha ni melayu ke india?

Indian. Not to be confused with fasha LOL. Iols baru perasan gambar artikel tu yusuf haslam rupanya dgn pansha.ingatkan orang bollywood.
Quote imrb 28-2-2021 08:09 AM
bukak panggung kalau org tak nk tgok tak guna jugak.. pilih nk berhibur ke puasa raya nk kena kurung..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.042024 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top