CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JAIS Kerah 122 Anggota Buru, Tangkap Sajat

25-2-2021 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15405| Komen: 107

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengerahkan kira-kira 122 anggota dan pegawai penguatkuasanya untuk mencari dan menangkap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.


Menurut Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, tindakan itu dilakukan selepas pihaknya mendapat waran tangkap daripada Mahkamah Tinggi Syariah di sini, petang semalam.

Ia susulan kegagalan Muhammad Sajjad, 36, menghadiri prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, Selasa lalu.



“JAIS mendapat waran tangkap ke atas Sajjad petang semalam, jadi hari ini kita menggerakkan anggota dan pegawai penguatkuasa kita untuk mencari Sajjad di seluruh Selangor,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette, hari ini.

Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik itu atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.


Waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad itu dikeluarkan Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii.

Pada 6 Januari lalu, Muhammad Sajjad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan berpakaian menyerupai wanita dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat kira-kira pukul 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ditanya tentang perkembagan pencarian Muhammad Sajjad, Mohd Shahzihan bagaimanapun berkata, ketika ini pihaknya belum menemui mahupun membuat sebarang tangkapan terhadap Muhammad Sajjad.

“Belum ada sebarang tangkapan setakat ini, pasukan penguatkuasa kita sudah pun digerakkan ke seluruh Selangor bermula hari ini untuk mengesan kedudukan Muhammad Sajjad,” katanya lagi. 


5

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote notM 25-2-2021 02:53 PM
Sheols dah aman2 boleh pindah Sweden

Quote kelapaparut 25-2-2021 02:58 PM
harap bam sajad mohon suaka politik atau kaum minority tertindas ke kanada atau australia, sure lepas boleh naik flight mlm ni terus
Quote notM 25-2-2021 03:00 PM
Edited by notM at 25-2-2021 03:03 PM

buat macam ni lagi senang la dia minta suaka politik dari Sweden, Switzerland etc.

Kau nak tangkap senyap2 sudah la....bodoh Nye JAIS.
Buat kenyataan kerah Anggota baru beratus2 jantan sado untuk tangkap pondan.

Literally senang2 la Sajat tu boleh dapat suaka politik...lepastu hire lawyer jual segala asset dia kat Malaysia.
Quote aechae 25-2-2021 03:00 PM
Stand by hp camera lh sajad nk buat vid klu kena tangkap nnt
Quote Boomibulat 25-2-2021 03:05 PM
Klu x dpt jugak harap Jais jgn malu2 minta bantuan CIA,FBI,Mossad,KGB dsb..
Quote sharlenetexas 25-2-2021 03:18 PM
Sajat pindah sweden jual korset kat sana ke?
Quote dua_chzy 25-2-2021 03:23 PM
Somehow, liputan media atas kes ni seperti dah melampau...
Quote umbut 25-2-2021 03:27 PM
Ckp melampau nanti kena kecam pulak... takpa.. bangjat leh cari suaka kat luar negara jual korset kat sana.
Quote salimrock 25-2-2021 03:29 PM
122 orang anggota JAIS vs SAjat


wow tere pondan ni,


tp mmg la , duit byk mmg la tere...

money is power ok
Quote nanies 25-2-2021 03:36 PM
amboi. sampai 122 org. kemain ko ye
Quote mrsbob87 25-2-2021 03:41 PM
macam nak tangkap jason bourne.....

handal
Quote Minami2013 25-2-2021 03:41 PM
Sajad pun kira mencabar juga mahkamah syariah.. kenapa tak dtg perbicaraan. Migrate je la sajad. Hang hidup lah macam mana hang nak.
Quote missyL 25-2-2021 03:47 PM
Dr dulu xnk tangkap. Bkn baru pn sajat pondan wat hal.
Quote namieamuro 25-2-2021 03:52 PM
tak bole ke tangkap senyap2? ade jugak ye org nk tangkap pesalah sambil buat announcement. dh bertahun2 jantan sajat tu buat hal mcm ni terlepas. tibe nk tangkap bole pulak heboh.

mase jantan tu balik umrah dulu takde pulak nk teros tangkap
Quote orkidorkido 25-2-2021 04:08 PM
Hahahah sounds funny to me
Run sajat run
Quote Megikari 25-2-2021 04:10 PM
Kenapa kena ramai2? Takut kena terajang ke apa? Korang nanti kang x memasal kena sumpah jadi pondan dgn mak dia kang
Quote asyriqa 25-2-2021 04:24 PM
Sajad dah boleh ler pindah lubnan..hari2 boleh peluk abam jadoos
Quote cupu 25-2-2021 04:39 PM
Kebulur la sajat tu pindah oversea...deme sana bkn bodoh mcm org kita nk beli produk timbang kilo pakai korset bagai. Lain la jat nk menjalang.
Quote xy_daen 25-2-2021 04:44 PM
Ramai pepondan berpakaian wanita kenapa Abam Jat je kena?

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.262146 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top