CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Potong Jantung Jiran, Masak Dengan Kentang Untuk Usir Syaitan

25-2-2021 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2279| Komen: 11

Lelaki yang didakwa terbabit tiga kes bunuh di Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) dipercayai memotong jantung seorang mangsa wanita dibunuhnya sebelum memasaknya dengan kentang.

Malah, lelaki itu menghidangkan makanan itu kepada individu yang menjadi mangsa berikutnya, lapor media negara itu pada Rabu.


Suspek, Lawrence Paul Anderson, dipercayai mengeluarkan organ itu daripada jiran yang ditikam sehingga mati, menurut Oklahoma City News 4 TV dan akhbar di Oklahoma.


Gambar hiasan

Dia dikatakan membawa jantung itu ke rumah pak ciknya sebelum memasak organ itu dan menghidangkan masakan itu kepada lelaki berkenaan dan isteri, pasukan penyiasat memberitahu Mahkamah Grady County di Chickasha, pada Selasa.

Anderson kemudian dipercayai membunuh pak ciknya itu dan cucu lelaki itu yang berusia empat tahun, di samping mencederakan si isteri, pada kejadian 9 Februari lalu.


"Dia memasak jantung itu dengan kentang untuk diberi makan kepada keluarga berkenaan untuk 'mengusir syaitan'," kata seorang ejen dalam waran pencarian yang dikemukakan di mahkamah.

Jenayah itu dilakukan Anderson dalam tempoh beberapa minggu selepas dia dibebaskan daripada penjara.

Dia sebelum itu menjalani hukuman penjara 20 tahun pada 2017 atas pertuduhan berkaitan dadah.

Anderson mengaku salah atas pertuduhan berkenaan ketika prosiding di mahkamah pada Selasa lalu, menurut laporan berkenaan.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 25-2-2021 10:51 AM
Ada masalah mental  budak ni
Quote chaos_sweetly 25-2-2021 11:11 AM
Dah ko syaitan nak halau apanya.
Quote Scheherazade 25-2-2021 11:56 AM
Psychopath
Quote ninjago 25-2-2021 11:57 AM
nak usir setan kena jadik setan dulu pulak..
Quote Artemesiaa 25-2-2021 12:01 PM
Orang mental je berani buat kerja macam tu
Quote Manjahati 25-2-2021 12:20 PM
Dia sendiri yg syaiton sbnrnya...
Quote dudaberhias 25-2-2021 02:05 PM
satanist la ni khennn
Quote kakikuDibibirmu 25-2-2021 10:08 PM
Gila kentang, asereje, leher, sakit leher


[youtube]AMT698ArSfQ[/youtube]
Quote n3ar 25-2-2021 10:53 PM
gila kentang betul
Quote mizzmimi 26-2-2021 07:29 AM
Hannibal? Cannibal?
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 01:08 PM
So scary.. Psiko ni.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.083367 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top