KUALA LUMPUR: Syarikat animasi, Les'Copaque Production Sdn Bhd menafikan memecat kartunis, Ujang seperti dakwaan yang tersebar. Ini berikutan kartunis popular itu mendakwa diberhentikan kerja, baru-baru ini. Puncanya, Ujang ditegur berikutan menghasilkan kandungan komik Upin Ipin yang sudah lari daripada tema asal komik berkenaan. Hasil kandungan juga didakwa tidak mencapai apa yang dikehendaki. Pengarah Urusan Les'Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata, Ujang bukanlah kakitangan syarikat animasinya, sebaliknya bekerja dengan Nyla Sdn Bhd. Katanya, Nyla adalah penerbit bahan bacaan bercetak yang menggunakan cerita dan watak daripada siri animasi Upin & Ipin dengan izin berlesen daripada Les'Copaque.
"Saya tak pernah memecat Ujang. Dia juga bukan kakitangan Les'Copaque. Sebelum ini, kami menghasilkan komik Upin dan Ipin, Ujang diambil bekerja oleh Nyla yang memegang lesen berkenaan. "Jadi, Ujang hanya penasihat syarikat berkenaan. Jujurnya, saya ada menegur Ujang mengenai kandungan yang dihasilkan sudah lari daripada tema asal yang dipersetujui. "Bagaimanapun, Nyla memberhentikannya. Namun, sedihnya, Ujang mendakwa saya memberhentikannya. Saya tidak pernah membayar gaji Ujang. Jadi, bukan hak saya untuk memecatnya," katanya kepada BH Online. Sementara itu, filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal terus menjadi pilihan apabila menjadi filem animasi pertama disiarkan menerusi saluran pawagam di rumah, Astro First, sejak tiga bulan lalu. Filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal sekali gus mengetepikan filem Ultraman Taiga, Petaka dan 10 Tips Tipu Bini. Burhanuddin berkata, ia adalah satu lagi pencapaian yang membanggakan selepas tayangannya di panggung wayang pada April 2019 berjaya meraih kutipan RM26 juta. "Filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal menampilkan kisah menarik dan boleh ditonton seisi keluarga berulang kali, disebabkan itu langganannya tinggi. "Selepas ditayangkan di panggung wayang, kami tidak pernah menayangkannya di mana-mana platform, jadi ramai yang tidak berkesempatan menontonnya seperti peminat di Kelantan yang tidak mempunyai panggung wayang. "Alhamdulillah, pawagam di rumah juga boleh berjaya mendapat sambutan bagus," katanya. Dalam masa sama, Burhanuddin berbangga apabila episod baharu, Upin & Ipin Tumbuh Rambut 'trending' dalam laman sosial selepas ditayangkan sejak minggu lalu. Katanya, episod baharu menampilkan kisah dua beradik kembar mempunyai rambut mendapat sambutan menggalakkan hingga tular di tempat kedua dalam laman YouTube. "Upin & Ipin Tumbuh Rambut juga tular di Indonesia. Kalau tular di negara seberang bermakna kuatlah penangan episod kali ini. Kebanyakannya memarahi watak Fizi yang mengatakan Upin dan Ipin botak. "Watak Fizi juga pernah 'trending' di tangga nombor satu ekoran kontroversi dialog dalam episod berjudul Syahdunya Syawal hingga kami perlu membuat permohonan maaf ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lalu," katanya. Mengulas siri baharu Upin & Upin ditayangkan di Indonesia terlebih dahulu, Burhanuddin berkata, stesen televisyen (TV), MNC TV adalah rakan kongsi syarikat animasinya. "Jadi, setiap siri baharu Upin & Ipin akan ditayangkan di Indonesia terlebih dahulu. Ini kerana, tiada stesen TV tempatan yang mahu membeli siri baharu ini. Disebabkan itu, stesen TV tempatan hanya menayangkan ulangan episod lama. "Kebiasaannya, penonton di sana merakamkan, kemudiannya berkongsi dalam YouTube barulah penonton Malaysia dapat menontonnya. "Ramai bertanya mengapa siri baharu tidak disiarkan di kaca TV tempatan. Nak buat macam mana, stesen TV tempatan tidak mahu membelinya. "Tidak dinafikan, siri animasi agak mahal harganya. Saya faham dengan keadaan stesen TV yang kurang berkemampuan, jadi ia memberi kekangan untuk membeli produk ini," katanya. Selain itu, Les'Copaque juga mengeluarkan siri baharu berjudul, Upin & Ipin: The Helping Heroes. Siri itu khusus bagi membantu kanak-kanak belajar dan mendalami bahasa Inggeris. Siri Upin & Ipin Iqra pula dihasilkan untuk kanak-kanak belajar mengaji bersama Syeikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Almakki. Sumber : Harian Metro |
eyansss replied at 25-2-2021 08:21 AM
ujang ni pergi mana2 mesti ada isu... nampak macam ada masalah ego je dia ni...
eyansss: ujang ni mana2 pergi mesti ada isu... nampak macam ada masalah ego je ni...
hasniey replied at 25-2-2021 04:17 PM
Owh mnc mmg beli rupanya.patutla siri bru semua mnc keluarkan.tv malaysia xde
Npe la tv malaysia k ...
eyansss replied at 25-2-2021 08:21 AM
ujang ni pergi mana2 mesti ada isu... nampak macam ada masalah ego je dia ni...
ADVERTISEMENT