CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Emma Tiada Niat Sorok

8-11-2013 10:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15580| Komen: 60


Desas-desus mengenai pelakon dan pelawak Zizan Razak menjalinkan hubungan cinta dengan aktres yang semakin meningkat naik namanya, Emma Maembong bukan lah baru. Tambahan sejak beberapa bulan lalu timbul berita kemesraan masing-masing menerusi laman twitter sekaligus menguatkan lagi spekulasi tersebut. Terbaru, dengarnya mereka dikatakan sudah berani keluar makan berdua-duaan, betul ker?

Bertemu dengan pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kau Yang Terindah itu petang semalam, Emma berkata dia semakin rapat dengan Zizan. Malah gadis kacukan Melayu-Scotland ini mengakui mereka pernah keluar makan dan menonton wayang bersama.

"Saya dan Zizan memang rapat. Saya sebolehnya tak mahu besar-besarkan hal ini. Memang, kami ada keluar makan dan pergi tengok wayang tapi kami tidak keluar berdua saja. Sebaliknya dengan beberapa teman dan pengurus kami juga ada bersama. Mungkin disebabkan kami berdua artis dan dikenali, jadi orang hanya nampak kami berdua saja. Padahal kami keluar beramai-ramai", katanya kepada pihak media ketika ditemui pada  sidang media drama Sweetheart Fantasia

Belajar dari pengalaman lalu, Emma berkata dia kini lebih berhati-hati sekiranya ingin berkongsi mengenai hal peribadi terutama hal percintaannya kepada umum. Ini kerana dia tidak mahu ada pihak yang membuat spekulasi kononnya dia hanya mahu mengejar publisiti dengan cerita-cerita gosip cinta dan kontroversi berbanding kerja-kerja lakonannya.

"Dulu masa awal-awal masuk dalam industri, saya mengaku dan berkongsi dengan semua yang saya sudah ada teman lelaki. Sebab ketika tu bagi saya, saya tak kisah. Lagipun semua orang ada pengalaman jatuh cinta. Tapi bila saya mengiyakan, ramai orang mula bosan. Ada yang kata saya nak popular hanya kerana kisah cinta, kontroversi dan nak kejar glamor saja.

"Jodoh tu hal peribadi dan biarlah ia jadi misteri. Kalau saya dah betul-betul serius dalam satu hubungan (cinta) tu, saya akan kongsikan dengan semua. Saya tak akan sorok.
"Jadi buat masa sekarang saya ambil langkah, biar lah saya saja yang tahu. 



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomet05 7-11-2013 01:03 PM
all the best la jijan dan emma ..
jangan jadi macam uqasha udah ler ..
Quote hzln 7-11-2013 01:08 PM
"Saya dan xxxxx memang rapat. Saya sebolehnya tak mahu besar-besarkan hal ini. Memang, kami ada keluar makan dan pergi tengok wayang tapi kami tidak keluar berdua saja. Sebaliknya dengan beberapa teman dan pengurus kami juga ada bersama. Mungkin disebabkan kami berdua artis dan dikenali, jadi orang hanya nampak kami berdua saja. Padahal kami keluar beramai-ramai"


ayat stended retis....
Quote misskitty 7-11-2013 01:21 PM
taste jijan memang high! rupa melayu taknak okehh..

tp dia memang ensem pon.
Quote rosasa 7-11-2013 01:27 PM
bosan citer 2 org ni, aku tumpang baca je..

Quote azie.dz 7-11-2013 01:43 PM
kalo zizan menafikan..tak guna gak kannn ekekekekeke
Quote caprut 7-11-2013 01:48 PM
misskitty posted on 7-11-2013 01:21 PM
taste jijan memang high! rupa melayu taknak okehh..

tp dia memang ensem pon.

lpas di groom mmg la hnsem org klo byk duit pon akn hnsem
Quote sekel 7-11-2013 01:50 PM
kita tunggu jer dia org bertunang or kahwin
Quote nurfariezza 7-11-2013 01:51 PM
caprut posted on 7-11-2013 01:48 PM
lpas di groom mmg la hnsem org klo byk duit pon akn hnsem

xjgak la...tgk mcm ebbi yus 2..byk duit tp.....(pndai2 u smbung sndri)
Quote misskitty 7-11-2013 01:59 PM
caprut posted on 7-11-2013 01:48 PM
lpas di groom mmg la hnsem org klo byk duit pon akn hnsem

jejai tu banyak duit.. tapi smpai skrg tak nampak ensem...
Quote caprut 7-11-2013 02:03 PM
misskitty posted on 7-11-2013 01:59 PM
jejai tu banyak duit.. tapi smpai skrg tak nampak ensem...

jejai ngn abby yus mmg x hnsem , mksod aku yg ade muke tpi msa xde duit sgat tu dorg nmpk selebet , bsuk. klo byk duit nmpk brgaya kacak wangi. btw jejai hnsem ape. klox  , xkan ND ngn fasah berebut
Quote misskitty 7-11-2013 02:05 PM
caprut posted on 7-11-2013 02:03 PM
jejai ngn abby yus mmg x hnsem , mksod aku yg ade muke tpi msa xde duit sgat tu dorg nmpk selebet  ...

ensem poket.. sbb kalau jejai tu la takde pape..

tak rasa laa pompuan scantik fasha ngan nd berebut...

ensem ke? mungkin dia baik ati..
Quote caprut 7-11-2013 02:13 PM
misskitty posted on 7-11-2013 02:05 PM
ensem poket.. sbb kalau jejai tu la takde pape..

tak rasa laa pompuan scantik fasha ngan nd ber ...

mksod aku ensem duit lha. huhu. cume zizan untung skit. due2 ensem buat msa skrang. smntra tgh ensem muke ngn duit cpt2 la cri awek pan asia
Quote misskitty 7-11-2013 02:15 PM
caprut posted on 7-11-2013 02:13 PM
mksod aku ensem duit lha. huhu. cume zizan untung skit. due2 ensem buat msa skrang. smntra tgh ens ...

rezeki dia.. hehehe.. mungkin kalau aku kaya pon t.. eceh..
aku nak laki pan asia..




Quote prettyuglybabe 7-11-2013 02:36 PM
ada orang kisah ke?
Quote mitnick 7-11-2013 02:45 PM
lama dah gossip theyols nie bertebaran
Quote CikE 7-11-2013 03:23 PM
jawapan standard retis...hehe...
Quote siti_kus 7-11-2013 04:06 PM
pung pang lebih2 kalau x jadi malu plk. baik bagi ayat standard.
Quote ikinbest 7-11-2013 04:48 PM
moga-moga berjodohan .. suka mereka berdua
Quote aiskrimpelangi 7-11-2013 04:51 PM
misskitty posted on 7-11-2013 01:59 PM
jejai tu banyak duit.. tapi smpai skrg tak nampak ensem...

Hahaha adoiii kelaka btl. Zizan tak hensem la, dia semat je. Bab jejai tuu, tak dapekk nolongg.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.045194 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top