CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sehari Menghilang, Janna Nick Kembali Aktif Di IG Untuk Promosi Drama Dengan Kekasih

24-2-2021 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4652| Komen: 17

Selepas sehari menghilangkan diri daripada media sosial, akhirnya pelakon Janna Nick mengaktifkan semula Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian terbaharu, Janna memuat naik klip promo drama lakonannya berjudul Marry Me, Senorita yang sedang bersiaran di Astro Ria.


Meskipun akaun tersebut sudah boleh diakses oleh semua pengguna, namun Janna masih menghadkan komen daripada pengikut.

Sebelum ini menerusi laporan sebuah portal, Janna berkata dia menutup sementara akaun Instagram miliknya kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.


Kredit foto: IG


"Saya yang menghilangkan diri daripada alam maya, tapi minta maaf kerana saya tidak boleh komen banyak.


"Setakat ini siasatan polis sedang dijalankan dan saya tak boleh nak komen lebih.

"Secara peribadi, saya okay tiada sosial media tapi saya juga ada komitmen dengan klien. Mujur mereka memahami dan biarlah dulu sehingga semua selesai," katanya.

Bagaimanapun carian di Twitter, akaun aktres ini di platform berkenaan masih tidak dijumpai.

Pada Ahad, Janna menjadi sasaran netizen hingga namanya trending di Twitter serta wujud tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty.





Ia berikutan aktres itu didakwa mempersendakan bintang Kpop, Lisa daripada kumpulan Blackpink apabila salah satu watak telefilem pertama arahannya, Delen dikatakan menggunakan nama Lisa Blackpig.

Selain itu, Janna turut dikecam apabila video lama yang mengaitkan dia dengan kematian anggota kumpulan Shinee, Jonghyun yang meninggal dunia pada 2017 kembali diperkatakan apabila ia dikongsikan semula peminat Kpop.

Marry Me Senorita lakonan Janna bersama kekasih Dini Schatzmann bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria. -CARI

Sumber: mStar Online
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aijinmisaki 24-2-2021 09:34 AM
Bf fauzi nawawi
Quote boojaat 24-2-2021 10:30 AM
Ko pk bila ko repot polis ko betul la yer ?
Quote kosukeconan 24-2-2021 10:35 AM
sheols deactivated sbb takut reported then xdpt access ig 6.2 jota pengikut khen?
xnak mgeruhkn keadaan konon
cancel jer lah pelakon yg mulut jalan dulu before otak ni
Quote deebiz14 24-2-2021 10:37 AM

Meols pun da terpahat kat otak .. Nengok Dini = Poji = Dini = Poji ........
Quote deebiz14 24-2-2021 10:38 AM
Tetap ngan pangai bongkak dia.
Quote gideoncross 24-2-2021 11:25 AM
Dh lma dh issue psl late Jonghyun tu, iol pun dh trlupa. Dlu MV SHINee siap ltak mic ke-lima lpas Jonghyun dh xde, la ni MV bru dorg, xde lgi buat camtu. Bgus lh, mungkin dh boleh mnrima knyataan yg Jonghyun dh mmg xde lgi.
Quote hasniey 24-2-2021 11:52 AM
Maka tgl lah komen2 pujian.kata2 semangat utk mek jana.
Ptut hang mntak maaf...malaysia ni babi mmg sensitive sket..ko pon tau..pastu ko g gabung pulak dgn kpop yg peminat ramaiii
Double la kecaman yg ko dpt
Sikit pon xmntak maaf psl blackpig tu kann.masih rasa diri dipihak yg benar kan?lantak pi laa
Quote VespaSilbe 24-2-2021 12:20 PM
Akak tak de nak cakap pasal blekpink
Cuma nak cakap meluat la banyak sgt jantan yg nakkan bini org dalam cerita nih
Yang pompuan bohsia pun tergilakan laki org
Yang sekoq gro duk gedik nak balas dendam tak sudah2
Air arak tiap2 episod
Sampan!
Quote kiah_mai_pulak 24-2-2021 12:30 PM
deebiz14 replied at 24-2-2021 10:37 AM
Meols pun da terpahat kat otak .. Nengok Dini = Poji = Dini = Poji ........

tetiba tgk muka JN ni iras2 lisdawati
Quote alien88 24-2-2021 02:27 PM
ikut suka kamu la JN oi~~
yg pasti iolls nak tgk final episode MMS ni ja
xleh layan dah since ep4 hari tu, kaku Dini berlakon satu hal,
JN pon try hard sgt nk jd perempuan lemah lembut mcm dlm novel
Quote Zirara99 24-2-2021 02:45 PM
Hahahha sendiri yg triggered orang sendiri buat report. Aneh
Quote likecandy 24-2-2021 03:06 PM
Eh dah x limit comments lagi ke
Quote likecandy 24-2-2021 03:07 PM
kiah_mai_pulak replied at 24-2-2021 12:30 PM
tetiba tgk muka JN ni iras2 lisdawati

Menangis lisda chuolls samakan sheols ngan JN
Quote arlyssa 24-2-2021 03:22 PM
tak kisah ada ig ke tak.
u r already cancelled JN
Quote uori 24-2-2021 03:26 PM
aku xleh tengok bahu poji ni, memang bentuk jatuh cenggitu ke?
Quote mamajawie 24-2-2021 03:44 PM
aku sampai ke sudah xpaham apsal korang panggil dini = poji newawi..tolong bagi pencerahan dekat meollss ni pleaseee
Quote missHaidiD 25-2-2021 09:54 AM
Aku tak de la suka kt JN yg suka memekak ni.  Annoying tgk dia dlm MMS .JN ni mana ada lemah lembut sb tu jd annoying tgk dia berlakon lemah lembut.  Tp aku lg tak suka kt kpopers tu semua.  Over nau2.  Bila islam dihina ada tak diaorg marah smpai cmni

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.188554 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top