Pelakon terkenal Bollywood, Kareena Kapoor selamat melahirkan bayi lelaki, semalam, hasil perkahwinan dengan pelakon Saif Ali Khan yang juga cahaya mata kedua mereka.
"Kami dikurniakan seorang bayi lelaki. Kareena dan anak kami selamat dan dalam keadaan sihat. Terima kasih atas doa dan sokongan anda," kata Saif. Menurut Times of India, Kareena melahirkan anak keduanya pada jam 8.30 pagi waktu tempatan di Pusat Perubatan Breach Candy di Mumbai. Selain Saif, turut berada di hospital menemani ialah anak sulung mereka, Taimur Ali Khan bersama keluarga Kareena iaitu ibu, Babita Kapoor dan bapa, Randhir Kapoor serta kakaknya Karisma Kapoor. Randhir Kapoor dalam kenyataannya kepada Bombay Times berkata, anak dan cucunya berada dalam keadaan baik.
|
Kurex replied at 22-2-2021 03:50 PM
Bagi iols, karisma lagi cun
Kurex replied at 22-2-2021 03:50 PM
Bagi iols, karisma lagi cun
ADVERTISEMENT