CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shaza Bae Diberi Amaran Jangan Kacau Boyfriend Janna Nick

22-2-2021 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6582| Komen: 22

Gara-gara membawa watak sebagai perampas dalam drama Marry Me Senorita, pelakon Shaza Bae menerima mesej amaran daripada individu tidak dikenali agar berhenti menganggu kekasih kepada aktres Janna Nick iaitu Dini Schatzmann.


Biarpun menerima ugutan, namun Shaza atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri, berasa gembira kerana watak sebagai Rosa Arabella sebagai perampas itu telah berjaya memberi kesan kepada penonton.

Tambahnya lagi, terdapat netizen yang meluahkan rasa sedih kerana tidak menyukai pelakon berusia 26 tahun itu melakonkan watak antagonis.


Kredit foto: via mstar

"Saya ada terima DM daripada netizen yang kata nak lempang saya la... ada yang siap beri amaran jangan kacau boyfriend Janna. Pernah juga orang jumpa saya tanya, sampai bila saya nak jadi perampas.


"Bagi saya, mereka cakap itu bukan ditujukan kepada saya tapi marah dengan karekter yang saya bawa. Walaupun dikecam dan terima mesej macam itu, saya rasa gembira.


Kredit foto: via mstar

"Tak apa la kena kecam pun sebab itu bermaksud lakonan saya menjadi... kalau tak ada respon, itu yang membimbangkan saya. Tapi ada juga netizen yang luah rasa sedih sebab saya bawa watak jahat," kata Shaza kepada mStar.

Drama lakonan Janna, Dini dan Shaza itu sudah mula ditayangkan sejak 2 Februari lalu dan akan bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis menerusi slot MegaDrama, Astro.


Kredit foto: via mstar

Selain itu, Shaza berkata, antara cabaran untuk membawa watak Rosa itu apabila dia perlu memakai kanta lekap (contact lens) dan solekan yang tebal.

"Ini kali pertama saya dapat watak antagonis dan sejujurnya memang agak nervous sebab ia berbeza dengan karekter saya.

"Untuk watak Rosa, saya pertama kali terpaksa memakai contact lens dan solekan yang sangat tebal. Memang rasa tak selesa sebab saya bukan jenis yang macam itu tapi demi tanggungjawab, saya tetap lakukan," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote user.name 22-2-2021 12:41 PM
whoareyoussss nak diberi amaran bagai?
Quote user.name 22-2-2021 12:42 PM
tapi muka ko ada ropa dayang sikit dekk
Quote user.name 22-2-2021 12:43 PM
kalau ada yang tersilap hengatkan chuols ni dayang iols boleh caya. tapi kalau sejenis babi is me yang claim orang hengat heshe anjelina joli tu sangat lah membongak yachh
Quote tikusmontok 22-2-2021 12:45 PM
gundunya jennah dlm pic atas tu
Quote likecandy 22-2-2021 12:48 PM
Kalau ye pon suka sgt drama tu, x payah lah nak berDM bagai
X tau bezakan realiti dan fantasi ke
Macam tu, x payah lah si JN ngan BF sheols berlakon kalau ada peminat macam ni
Buat reality tv je
Quote user.name 22-2-2021 12:51 PM
bila tengok banyak kali muka chuols ni ada ropa dayang + dr amalina + nurfatima kepok. tapi dua orang ni pon memang dah pernah orang tersilap hengatkan dayang so muka chuols ni sepesen yachh
Quote slyfynx 22-2-2021 01:07 PM
Eh, bijik ape ni?
Quote Redmyvi 22-2-2021 01:08 PM
netizen mana emo tu smpai nak dm retis bagai.. semua ni attention seeker..
Quote bambimbom 22-2-2021 01:14 PM
sheols ni manis je...
Quote KBW2 22-2-2021 01:25 PM
sepupu hanis zalikha kan dia ni?


Quote Ashna21 22-2-2021 01:26 PM
user.name replied at 22-2-2021 12:42 PM
tapi muka ko ada ropa dayang sikit dekk

X silap cousin Hanis Zalikha
Quote Ashna21 22-2-2021 01:27 PM
KBW2 replied at 22-2-2021 01:25 PM
sepupu hanis zalikha kan dia ni?

Yes
Ada nampak mak keknis mention shaza as anak kakak dia
Meaning cousin keknis
Quote mamajawie 22-2-2021 01:29 PM
muka dayang la dia ni..
Quote Rogue98 22-2-2021 01:38 PM
Muka exotic tapi character dia dalam Marry Me tu memang sesuai...nampaklah jahat tu.
Fans jannah takyah warning2 sangat lah....bf dia tu rendah jer ...lelaki rendah pada aku fail jer....muka pun cam girl...
Quote bottombikini 22-2-2021 02:02 PM
Ashna21 replied at 22-2-2021 01:26 PM
X silap cousin Hanis Zalikha

padan la muka panjang2



Quote akuHavocczz 22-2-2021 03:08 PM
Nak limelight ke  sista? ke kebetula je?
Quote dudaberhias 22-2-2021 03:13 PM
Takde sape pun DM sebenarnya kan?
Saja letak ada orang DM sebab janna suruh.

Janna kan gigih nak highlight yang laki dia herlok sangat. Padan muka sekarang kena attack kpop army muka pecah lubang. Koh koh koh
Quote LadyCarefree 22-2-2021 03:31 PM
Kalau dah karatz retis..... otak entah ke mana letak
Quote prettyuglybabe 22-2-2021 03:38 PM
itu je la modal.. padahal whoo rrr yussss sangat nak dm dm..
makcik bawang kampung mana yang dok dm tu..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.055637 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top