CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Minta Maaf Kepada Adik-adik Peminat Si Mati, Fanatik K-Pop" - Janna Nick

22-2-2021 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20006| Komen: 117

Description: Nama pelakon Janna Nick menjadi bualan di Twitter disebabkan isu mengaitkan seorang bintang K-Pop, Jonghyun yang meninggal dunia tiga tahun lalu.
Nama pelakon Janna Nick menjadi bualan di Twitter disebabkan isu mengaitkan seorang bintang K-Pop, Jonghyun yang meninggal dunia tiga tahun lalu.

Isu itu dibangkitkan kembali peminat hiburan K-Pop yang menyifatkan Janna umpama tidak menghormati pemergian Jonghyun kerana bergelak ketawa selepas diusik Sharifah Sakinah dalam sebuah video.



Kredit foto: IG Dini Azan Schatzmann 

Dalam video tular pada tahun 2018 itu, Sakinah bertanya kepada Janna satu soalan yang memberi  bayangan tentang mendiang.

"Ini yang mati tu kan?" tanya Sakinah, kemudian mereka ketawa.

Tidak mendiamkan diri, Janna tampil memberi penjelasan menganai hal itu.

Menurutnya, dia langsung tidak tahu tentang maksud sebenar gurauan Sakinah itu dan hanya ketawa memandangkan pelakon tersebut suka bergurau, tambahan keadaan di salon rambut (ketika video itu dirakam) agak bising.


"Jujur demi Allah, saya tak tahu pasal video artis K-Pop itu. Saya tak tahu pun Sakinah rakam video itu tuju untuk dia, saya tak tahu langsung, saya hanya gelak sahaja dalam video itu.

"Tetapi, kalau perkara ini dibesarkan sampai melibatkan emak saya, perkara ini dah tak kelakar. Jadi, saya nak bagitahu, saya bersumpah demi Allah, saya tak tahu," kata Janna menerusi sebuah video di Instagram.

Bukan sekadar bersumpah lisan, Janna turut memegang kitab suci al-Quran ketika membuat pengakuan tersebut.



Dalam pada itu, Janna menyifatkan bahasa segelintir peminat K-Pop di negara ini agak kasar untuk dirinya.

"Bahasa paminat K-Pop ini terlalu kasar, terlalu kesat untuk saya. Segala kritikan kalau orang kutuk lakonan saya tak bagus atau saya menyanyi tak sedap, saya boleh terima.

"Kalau orang nak cakap arahan saya tak bagus pun saya boleh terima. Saya boleh terima yang saya tak bagus, saya tak pernah dalam hati saya, walau setitik rasa saya bagus dari sesiapa.

"Saya masuk dalam industri nak cari rezeki sahaja. Mungkin kadang-kadang saya terlebih bercakap, tetapi apa yang awak rasa tu sama ke dengan apa yang saya rasa?" katanya lagi.

Bagaimanapun, Janna tetap memohon maaf meskipun merasakan dirinya difitnah.

"Sekarang ni macam mana? Korang dah fitnah saya, korang expect saya nak minta maaf? Disebabkan saya tak suka nak layan benda-benda ni, tak apalah saya minta maaf walaupun saya tak puas hati.

"Saya minta maaf kepada adik-adik peminat si mati, peminat fanatik K-Pop, saya minta maaf sekiranya saya tercuit dan perkara itu buatkan awak terasa. Saya minta maaf," katanya lagi.

Sebelum ini, nama Janna menjadi panas sekitar tahun 2018 kerana didakwa mempersendakan kematian anggota kumpulan K-Pop SHINee, Jonghyun.

Jonghyun meninggal dunia pada Disember 2017 selepas ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya.


Sumber: Gempak

3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote deebiz14 22-2-2021 08:56 AM
You never learn your lesson . Sarang tebuan jangan dijolok.
Bukan ko tak tau ruper sarang tebuan tu camne?  

Skarang yg serang ko bukan adek2 kpop kat MY je... yg mereport (kalau tgk kat twitter) da heboh fans sedunia... ngan fans2 Robert  Pattinson  skali  masuk gelanggang.
Quote BoongaKertas 22-2-2021 08:57 AM
deebiz14 replied at 22-2-2021 12:56 AM
You never learn your lesson . Sarang tebuan jangan dijolok.
Bukan ko tak tau ruper sarang tebuan tu ...

ngeri betul eh depa ni. cara dia bergabung menakutkan.
Quote Redmyvi 22-2-2021 09:02 AM
adakah ini zaman kejatuhan janna.. tgh kumpul hater..
Quote aijinmisaki 22-2-2021 09:15 AM
deebiz14: You never learn your lesson . Sarang tebuan jangan dijolok.Bukan ko tak tau ruper sarang tebuan tu camne?  Skarang yg serang ko bukan adek2 kpop kat M ...


Robert parkinson tu diketegorikan kpop sekali ke?
Quote aijinmisaki 22-2-2021 09:17 AM
So kinah tingtong cakap "yang mati tu kan" sah2 la dia cakap orang yang dah tak ada so kau gelak kenapa? Dan2 kau cakap kau tak tau
Quote kookiechip 22-2-2021 09:25 AM
Hahahahahah padan muka.
Lately banyak cerita pasal dia keluar.
MO nak bagi laku project baru ke?
Btw, pesan dgn bf toksah berlakon dah.
Keras kejung, ke memang character dia kena gitu?
Quote kaka_tima 22-2-2021 09:30 AM
Dulu kaka banyak surrounded ngan korean kat kl ni. Hobi dorang suka mengumpat ya. Yg laki pun sama naik. One of topic dorang suka gosip ialah betapa unfashionable malaysian ni..
Well bila tengok acik gundu kpoppers melayu memang tepuk dahi kaka.. padan la jadi topik gosip dorang..fanatik nak mampus pulak tu
Quote lilydandelion77 22-2-2021 09:36 AM
geli la dia ni..
Quote Noraniza_Iblis 22-2-2021 09:36 AM
ig dgn twitter sheols pun mcm dh tkde..
sheols deactivate ke? atau sbb dh kene report..
so ig yg deactive kn??
Quote adiktet 22-2-2021 09:39 AM
aku tgk je fanatik kpop ni.. agaknya sbb tu kot  artis2 kpop banyak yang depression..  kena nampak sempurna dimata peminat.. peminat puja kesempurnaan yang elok2 sampai org lain tak boleh kritik..

sapa kritik mampuih la kena serang..
Quote deebiz14 22-2-2021 09:43 AM
aijinmisaki replied at 22-2-2021 09:15 AM
Robert parkinson tu diketegorikan kpop sekali ke?

Ada fans2 kpop ni pun fans2 retis hollywood gak cam Robert Pattinson nih.

Kata sarang tebuan kan.. abesnya dia orang korek sumer. Baik2 orang telepas pandang, dah jadi issue.

Lagipun tak patut gak main2 nama bapak orang, dan perlekehkan Parkinson (as in Parkinson disease)

Nasib ko la Janna. Nak sangat kan kontrobersi.

Quote deebiz14 22-2-2021 09:46 AM
BoongaKertas replied at 22-2-2021 08:57 AM
ngeri betul eh depa ni. cara dia bergabung menakutkan.

Mmg dahsyat ... lagi2 kat twitter tu.
Quote She-Ra 22-2-2021 09:48 AM
kesian janna
tak tau kenapa.. aku tetap ok je dgn dia.. jd diri sendiri cuma kena tapis mana boleh share & mana patut simpan utk diri sendiri..
Quote SayaSayangMama 22-2-2021 09:50 AM
Peminat kpop mmg over uolsss. Sbb tu ramai artis kpop bunuh diri. Lg teruk dr makcik bawang. Diorg ni dewa bawang
Quote MsCinderella 22-2-2021 09:59 AM
She-Ra replied at 22-2-2021 09:48 AM
kesian janna
tak tau kenapa.. aku tetap ok je dgn dia.. jd diri sendiri cuma kena tapis mana boleh  ...

tp janna dah berubah...dia mcm memberontak...

x tau la utk sapa dia buat mcm ni...


Quote bluebutter 22-2-2021 10:01 AM
Redmyvi replied at 22-2-2021 09:02 AM
adakah ini zaman kejatuhan janna.. tgh kumpul hater..

wuish seram ya. really scary.

btw minta doakan untuk student spm 2020 tenang menjawab segala soalan. dan kelak terima keputusan semua cemerlang. Amin.



Quote She-Ra 22-2-2021 10:06 AM
MsCinderella replied at 22-2-2021 09:59 AM
tp janna dah berubah...dia mcm memberontak...

x tau la utk sapa dia buat mcm ni...

itulah kancuba korek, kot dpt berita, sila share

suka tgk dia layan mak & adik beradik dia

Quote slyfynx 22-2-2021 10:07 AM
Aah, terus hilang twitter ngn IG
Quote September14 22-2-2021 10:13 AM
Over la peminat kpop nih...

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.068558 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top