Dini Azan Schatzmann, 26, menjadi figura perdana kolum G, The Untold Story (kolum baru diperkenalkan Gempak). Pelakon yang sedang naik daun dan baru ingin meneroka cintanya dalam bidang seni ini pasti akan membawa dia terbang tinggi.
Lewat temu bual menerusi kiriman WhatsApp di selang seli kesibukan dirinya di lokasi penggambaran, Dini berbicara tentang defini cinta. G: Cinta bagi Dini? Dini: To be in love, you need to deeply connected and committed to that person. G: Definisi cinta Dini? Dini: Cinta adalah apabila dua jiwa menjadi satu dan ditakdirkan bersama. G: Bila anda tahu diri sedang dilamun cinta?
Dini: Apabila anda memikirkan diri pasangan lebih daripada diri sendiri. Apabila anda mula memikirkan untuk hidup bersamanya sebagai sebuah pasukan, bukan secara individu yang berasingan. G: Setelah beberapa lama menjalin hubungan dengan Janna Nick, bagaimana boleh anda ringkaskan mengenai dia? Dini: Janna sangat istimewa buat saya. Setelah saya mengembara ke pelusuk dunia, saya belum pernah bertemu dengan seorang wanita yang punya sifat dan personaliti sepertinya. Dia seorang bijak, tegas, sensitif dan kuat. Paling penting, dia mempunyai hati bersih dan selalu mahu memperbaiki diri serta membantu orang sekeliling menjadi lebih baik. G: Bagaimana anda menolak cinta yang datang? Dini: Saya tak tahu sebab tak pernah ada orang cintakan saya kecuali Janna. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT