CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jumpa Katak Kering, Paku Karat -Andi Bernadee Kena Santau?

17-2-2021 11:14 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 6184| Komen: 29|Original author: Oleh: Saiful

Andi Bernadee berkongsi rakaman video yang agak aneh dan mistik.

Ini telah menimbulkan spekulasi dan tanda tanya di kalangan pengikutnya dan ada pula yang mengaitkannya dengan sihir.


Ada juga yang mendakwa penyanyi ini telah disantau selepas melihat beberapa barangan yang ditunjukkan dalam rakaman itu.


Foto: IG

Antara yang dapat dilihat adalah katak kering, beberapa batang paku karat. Difahamkan semuanya ditemukan ketika Andi menjalankan rawatan alternatif.

"Allhamdulillah, terima kasih awak.. Saya tak tahu apa salah saya pada awak.. Apapun ini semua ujian Allah," tulisnya di kapsyen.



Pengikut Andi juga perasan penyanyi itu jarang berkongsi content di media sosial dan mungkin ini berlaku kerana apa yang sedang menimpa dirinya.

Masing-masing mendoakan agar Andi sentiasa dilindungi.

Sementara itu, pengurus Andi, Nasir Derama ada meninggalkan komen agar Andi tidak berhenti berdoa dan terus bersabar.




"Semoga kita dijauhi daripada perkara buruk. Bersabarlah dan terus berdoa," tulisnya.

Perkongsian Andi ini juga mendapat perhatian daripada rakan artis termasuk Ara Johari, Fadzil Zahari dan Zynakal. -CARI

Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missmeornot 17-2-2021 11:23 AM
meols baru tengok kt ig dia. mcm pelik org yang dengki ni rasa andi ni mcm x kacau hidup org lain plus heols juz buat hal sendiri je. tapi ye la hati org kita xtau kan. ape2 pun moga cepat sembuh
Quote elnor_81 17-2-2021 11:27 AM
missmeornot replied at 17-2-2021 11:23 AM
meols baru tengok kt ig dia. mcm pelik org yang dengki ni rasa andi ni mcm x kacau hidup org lain pl ...

Biasa la benda2 cmni. Penyakit hati ni,kita xtau. Adakalanya org yg rapat ngan kita dengki ngan hidup kita.
Quote bakingsoda 17-2-2021 11:28 AM
barang2 sihir biasa tukang hantar letak kat mana weyy?
Quote stinger.baik 17-2-2021 11:31 AM
ini la pnyanyi lagu londeh2 tu kn?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote dedek12 17-2-2021 11:32 AM
Dah 2021 pun masih ada sihir menyihir ni seram betul
Quote elnor_81 17-2-2021 11:35 AM
bakingsoda replied at 17-2-2021 11:28 AM
barang2 sihir biasa tukang hantar letak kat mana weyy?

Ad byk cara...tabur dpn rumah, letak brg kt rumah, tanam, plg bhy mkn. Mkn ni mmg xde ubatnya..Dia akan pulih jap, pastu jd smula. Kena yg mkn,blh smpi mati. Sbb perjanjian mmg gitu.
Quote dua_chzy 17-2-2021 11:57 AM
dedek12: Dah 2021 pun masih ada sihir menyihir ni seram betul


Kelig akak setaz setazah, takat dengkikan nursery deols pun jadik uollllssss sampai mati serentak semua bunga dan tanaman deols. Tetiba pulak tu. Tapi dulu bisnes keropok deols pun orang dengki sampai hantar benda kacau deols padehal bisnes kopok kecik2 kampung2 je pon.
Quote elnor_81 17-2-2021 12:10 PM
dua_chzy: Kelig akak setaz setazah, takat dengkikan nursery deols pun jadik uollllssss sampai mati serentak semua bunga dan tanaman deols. Tetiba pulak tu. Tapi ...


Kan.. btul tu.. kkdg benda kecik je. Dlm zaman moden, masih ad yg buat benda2 khurafat cmni
Quote Akuler 17-2-2021 12:44 PM
apa la yang ada kt andi ni? smpi nk santau2 bagai.
Quote Redmyvi 17-2-2021 12:57 PM
selalu org yg jenis tak kacau org ni la kena benda2 mcm nie..org mcm sajat , safi tu takda sapa pn nak santau
Quote YomiuriLandMae 17-2-2021 01:38 PM
Redmyvi replied at 17-2-2021 12:57 PM
selalu org yg jenis tak kacau org ni la kena benda2 mcm nie..org mcm sajat , safi tu takda sapa pn n ...

kdg2 tu musuh dlm selimut lagi bahaya dari yg haters terang terangan ni..
Quote Bergosip 17-2-2021 01:44 PM
dua_chzy replied at 17-2-2021 11:57 AM
Kelig akak setaz setazah, takat dengkikan nursery deols pun jadik uollllssss sampai mati serenta ...

Alahai, kenapalah nak dengki dengan perniagaan orang lain..Kalau sesuatu perniagaan tu maju. Dorang boleh ambik banyak pekerja, sedekah atas nama company, boleh support or jv dengan perniagaan lain. Meningkat ekonomi sesuatu kawasan.
Quote dua_chzy 17-2-2021 02:53 PM
Bergosip replied at 17-2-2021 01:44 PM
Alahai, kenapalah nak dengki dengan perniagaan orang lain..Kalau sesuatu perniagaan tu maju. Doran ...

Ntah. Ai pun tak faham. Takat bisnes kopok ubi, tanam bunga huntok hibur2 hati pun nak dengki.
Quote dua_chzy 17-2-2021 02:57 PM
elnor_81 replied at 17-2-2021 12:10 PM
Kan.. btul tu.. kkdg benda kecik je. Dlm zaman moden, masih ad yg buat benda2 khurafat cmni

Weol syak soram makcik ni. Sedeh la kalau betul dia. Sebab masa dia memula sampai Sabah dulu, kelig aiol tu la yang banyak tolong dia sebab sesama Melayu pehtu sesama dari Semenanjung. Alih2 buat taik. Dah umur nak mampos dah pon makcik tu, 60++ kot. Tapi sepanjang ai kenal makcik tu, ai boleh kata dia jenis cunning la. Pehtu banyak menipu sampai dikatanya Zahid Hamidi tu sedara dekat kamceng dengan dia. Meanwhile keligs aiol tu memang suami isteri orang baik2.
Quote bolamata 17-2-2021 03:22 PM
andi ni memang ramai peminat kan? siap ada team/kumpulan fans lagi... kasihannya, nampak dia ni baik2... i mula suka tengok dia berlakon cerita hantu tu... macam selamba aje dia bawa watak tu... komedi pun ada... so memang best kalo dia berlakon..

semoga cepat sembuh andi...
Quote brastagi 17-2-2021 05:05 PM
Semoga cepat diberikan kesembuhan Andi
Quote She-Ra 17-2-2021 06:53 PM
Sebelum ni Aeril Zafril pun kena kan
Memula ingatkan propa dlm lakonan pilem baru dia tu, rupanya benar belaka ekk

Mmg wujud pun org yg masih amalkan ilmu sihir santau bagai ni... Moga cpt sembuh Andi dan sentiasa berada di bawah lindunganNya. Amin...
Quote dudaberhias 17-2-2021 08:46 PM
musim2 bisnes sendu dan retis sendu takde job ni lah serta pkp ni lah orang gigih nak santau2...
bagitahu je la marketing je dik... takde sape yang gigih nak santau menyantau time2 pandemik dan pkp ni.... orang nak keluar jumpa sami pun tak boleh... nak mandi susu or angkat susu naik batu caves pun tak lepas...


mo sama je semua... kena sihir lah... itulah... ini lah...
Quote dudaberhias 17-2-2021 08:48 PM
She-Ra replied at 17-2-2021 06:53 PM
Sebelum ni Aeril Zafril pun kena kan
Memula ingatkan propa dlm lakonan pilem baru dia tu, rupanya b ...

syatilla melvin pun nak pasang pendiding dari sihir baru2 ni katanya...
tengok2 rupanya sifu sama si sifu fb ads...

patut la mo masing2 sama je...

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.228725 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top