CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pramugari Krtitikal Terbakar, Sanggup Redah Api Selamatkan Tunang

17-2-2021 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 35289| Komen: 385

Description: Singapura: Media Singapura memperoleh rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita muda berlari ke dalam sebuah kereta yang sedang terbakar di Jalan Tanjong Pagar di sini, unt ...
Singapura: Media Singapura memperoleh rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita muda berlari ke dalam sebuah kereta yang sedang terbakar di Jalan Tanjong Pagar di sini, untuk menyelamatkan lima individu termasuk tunangnya yang terperangkap dalam kenderaan itu.


Bahan visual itu diperoleh secara eksklusif oleh akhbar The Straits Times.

Kereta BMW M4 putih yang terlibat dalam nahas berkenaan dilihat berpusing-pusing selama beberapa saat pada 5.40 pagi Sabtu lalu sebelum merempuh sebuah rumah kedai, demikian menurut versi dalam talian akhbar harian itu.


Foto: Agensi

Lampu isyarat kereta itu boleh dilihat berada dalam keadaan berkelip-kelip kira-kira 15 saat sebelum kenderaan tersebut meletup dan terbakar.


Kira-Kira 20 saat kemudian, Raybe Oh kelihatan dalam video itu. Dia dilihat berlari ke arah kereta yang sedang terbakar dan terus masuk ke dalam api yang sedang marak.

Dia muncul 10 saat kemudian dalam keadaan badannya dijilat api dan dilihat berlari ke arah beberapa rumah kedai yang terletak bertentangan dengan jalan sempit dua lorong itu.

Menurut akhbar itu, Oh, 26, seorang bekas pramugari kini dalam keadaan kritikal di Hospital Besar Singapura dan dilaporkan mengalami kelecuran teruk pada 80 peratus badannya.

Kereta yang terbakar itu dipandu oleh tunangnya, Jonathan Long, 29, dan turut dinaiki empat rakan lelaki tersebut iaitu Eugene Yap, 29; Elvin Tan, 28; Teo Qi Xiang, 26; dan Gary Wong, 29.

Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa ia melihat enam klip video berhubung nahas itu antara 5.24 pagi dan 5.50 pagi.

Kereta BMW itu dilihat melakukan tiga pusingan di jalan yang sama sebelum hilang kawalan dan terbabas semasa pusingan keempat.

Kereta itu dilihat dipandu lebih perlahan pada pusingan sebelumnya. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 17-2-2021 11:24 AM
Ni ada kat utube.laju macam F1.elok la ke alam barzakh.
Quote stinger.baik 17-2-2021 11:31 AM
harap lbih ramai lg bangsa chong cheng kena cam ni
ini sumpahan pengguna jln raya la ni

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote darkness 17-2-2021 11:40 AM
Speed mcm singapurk tu sebesar borneo aa2pun takziah pamily membe
Quote xy_daen 17-2-2021 11:42 AM
Cash la bawak laju cam hanat...

Motif media dok kompang si mati baik orang ya...
Quote ultra78 17-2-2021 11:54 AM
Semua mampus kan? Alhamdulillah
Quote merrissa 17-2-2021 11:56 AM
Edited by merrissa at 17-2-2021 11:58 AM

gilerrr api besar tu dia p redah
habislahhh huduh dah...rugi jer...tak pikir panjang....ingat kebal api kot
Quote Supersirap 17-2-2021 11:57 AM
Sentiasa beringatlah ketika sedang memandu
Quote mamajawie 17-2-2021 11:59 AM
Belibis replied at 17-2-2021 11:24 AM
Ni ada kat utube.laju macam F1.elok la ke alam barzakh.

mana link youtube tu?share la link

Quote Amandaminaj96 17-2-2021 12:00 PM
Lautan sanggup ku renangi {:cryrun
Quote mawar_mustika 17-2-2021 12:01 PM
mabuk ke??
Quote merrissa 17-2-2021 12:02 PM
mamajawie replied at 17-2-2021 11:59 AM
mana link youtube tu?share la link

taip je kat youtube Raybe Oh...terus jumpa
Quote green~tea 17-2-2021 12:05 PM
80% skin terbakar.. harus dehydration teruk and kulit, being the main organ utk perkumuhan, bila kulit 80% takde, most probably kidney function overloaded, menyebabkan organ failure.. i dont know what to say.. semoga urusan dia dipermudahkan
Quote ruhanizza 17-2-2021 12:05 PM
[twitter]https://twitter.com/anthraxxxx/status/1361690950569893889[/twitter]
Quote ira_229 17-2-2021 12:06 PM
Edited by ira_229 at 17-2-2021 05:48 PM

[youtube]sYjbfFMcek8[/youtube]
sanggup dia redah walaupun bahaya...sekarang dirawat di ICU...kalau si lelaki pula sanggup tak dia buat perkara yg sama?
Quote MontanaHannah 17-2-2021 12:10 PM
Masalahnya kalau suami insyaALLAH aku pun sanggup ,atas sebab dia suami aku

tp setakat boyfriend aku xkan buat begitu

spare parts banyak babe

kalau kau yg kena xdenya dia usaha selamatkan aku pun atas nama girlfriend kannn

bodoh xfikir panjang

dia jantan , kuat curang

kita perempuan kena lebih mencintai diir kita sendiri .
Quote batmana 17-2-2021 12:10 PM
nasihat kt pmpn2/adik pmpn korg, pilihla calon laki yg matang sket.
jgn tgk duit aja..

Quote mamajawie 17-2-2021 12:11 PM
merrissa replied at 17-2-2021 12:02 PM
taip je kat youtube Raybe Oh...terus jumpa

da tgok da kat yt..thanks ye..tapi amatla bodo pompuan tu mgkin sbb cinta punya psal sheollss g kat kereta terbakar tu..yg dlm kete tu slamat rentung la kan?

Quote MontanaHannah 17-2-2021 12:11 PM
Boyfriend kita ramai...seorang mati xkan berseorangan lah kita

Amoi bodoh.

Quote jazaa100 17-2-2021 12:12 PM
dia tahu ke tunang dia dlm keta tu & sbb tu dia redah jugak.....

sayang muka cantik

Lihat semua komen(385)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.066104 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top