TIADA niat untuk membuktikan dirinya yang terbaik berbanding kumpulan Sepahtu, Mamat Sepah mengakui menyertai program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) untuk membina semula nama dan kerjayanya dalam bidang seni.
Mamat bersama pelawak Munir dan Arin yang menggelarkan diri mereka sebagai Kucai akan bersaing dengan kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jep, Shiub serta Rahim R2 dalam Maharaja Lawak Mega 2013.
Selain Kucai dan Sepahtu, Maharaja Lawak Mega 2013 turut dianggotai 11 kumpulan lain yang menggelarkan diri mereka Jambu, Boboi, Shiro, Saywho, Wala, Comey, Osama, Tulang, Bocay, SYJ dan seorang peserta solo iaitu Nabil.
Menurut Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Noor Murad, dia mengakui berasa janggal jika menyertai program tersebut seorang diri. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan mencari dua lagi ahli untuk membentuk kumpulan baharu.
“Saya masuk ke industri seni dengan kumpulan Sepah. Memang sudah terbiasa melakukan lawak secara berkumpulan. Jadi, saya rasa janggal jika beraksi solo di pentas MLM 2013.
“Jadi, saya cari dua peserta untuk membina kumpulan Kucai. Saya dapati Munir dan Arin mempunyai kelebihan. Munir mempunyai wajah yang mampu membuatkan orang ketawa, manakala Arin pula mempunyai karakter yang suka berjalan kengkang. Kelebihan yang mereka ada membuatkan saya terfikir untuk menarik mereka menyertai MLM 2013.” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.
Disoal bagaimana perasaannya bersaing bersama kumpulan Sepahtu di pentas MLM 2013, luah Mamat, biarpun reda dengan perkara itu, tetapi dia tetap risau kerana dapat mengagak apa yang bakal bekas ahli kumpulannya itu (Sepahtu) lakukan.
Mamat juga mengakui masih menyayangi Jep dan Shuib kerana beranggapan namanya di julang ketika mereka masih bersama-sama dalam kumpulan Sepah.
“Saya anggap kumpulan Sepahtu istimewa, bukan pesaing. Sayang saya pada mereka masih ada. Sebabnya, kami daripada tidak dikenali dan tidak ada apa-apa kini sudah melalui pencapaian besar dalam bidang seni.
“Bagaimanapun saya reda dengan nasib kumpulan kami. Cuma, saya risau dapat mengagak apa yang Jep dan Shuib bakal lakukan dalam setiap persembahan mereka kerana naluri kami bertiga sangat kuat,” dedah Mamat.
Kerusi Panas
Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, selain 13 kumpulan itu yang berjaya menempah tiket awal untuk beraksi secara automatik di gelanggang MLM 2013, terdapat tiga lagi kumpulan daripada senarai Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013 akan turut terlibat.
Bagaimanapun, ujar Nizam, tiga kumpulan itu akan dipilih menerusi satu ujian Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013 yang akan disiarkan pada 8 November ini pada pukul 10 malam.
“Terdapat 12 kumpulan yang perlu bersaing dalam ujian Kerusi Panas untuk menempatkan diri mereka dalam gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013. Hanya tiga kumpulan akan dipilih oleh juri profesional untuk melengkapkan senarai 16 peserta Maharaja Lawak Mega 2013.
“Mereka terdiri daripada kumpulan Shake (Amir dan Bell Ngasri), Glory (Sathia, Ika dan Mie), Santan (Datuk Ali Mamak, Fida dan Aziz Kota), Hai (Ilya dan Hamdan), Mamu (Ajo dan Abu), Zero (Atu, Syaiful dan Sharif), Pajak (Caca, Man dan Fandi), Gadai (Epul, Joe dan Idlan), Kecik (Achok dan Wan), 2Yol (Lan dan Rohaizat) dan Gerak (Pak Cu, Che Mat dan Anu),” ujarnya.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh pula memberitahu, MLM 2013 masih mengekalkan format lama dan juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000.
Mengulas lanjut, kata Khairul, sistem pemarkahan juga masih dikekalkan iaitu sebanyak 70 peratus oleh juri tetap dan 30 peratus pula daripada undian penonton.
“Barisan empat juri tetap MLM 2013 hanya akan diketahui pada gelanggang pertama program ini iaitu pada 15 November ini, pada pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika dan juga Mustika HD (saluran 134) serta Astro on-the-go (Warna),” ulasnya lagi.
|
honda_jazz posted on 4-11-2013 05:15 PM
“Bagaimanapun saya reda dengan nasib kumpulan kami. Cuma, saya risau dapat mengagak apa yang Jep da ...
ogata posted on 4-11-2013 05:22 PM
mereka berpecah sebab apa???
udah udah la tu..macam gila talak la pula..orang belah sana tak in ...
cikatilia posted on 4-11-2013 05:35 PM
mamat ni perasan dia lagi lawak dari jepp n shuib ke??
kat MLM lalu dia dok bisu jek.. mcm xmembant ...
Disoal bagaimana perasaannya bersaing bersama kumpulan Sepahtu di pentas MLM 2013, luah Mamat, biarpun reda dengan perkara itu, tetapi dia tetap risau kerana dapat mengagak apa yang bakal bekas ahli kumpulannya itu (Sepahtu) lakukan.
ADVERTISEMENT