CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikan Keli Jijik -Diberi Makan Bangkai, Darah Ayam, Telur Tembelang

17-2-2021 08:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11491| Komen: 128

MELAKA: Menjijikkan apabila sebuah syarikat penternakan ikan keli di Masjid Tanah, di sini, memberikan bangkai ayam, telur tembelang serta darah ayam sebagai makanan ternakan itu.


'Kerja gila' pengusaha kolam berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu itu dikatakan mampu membuatkan ikan keli berkenaan cepat membesar, sekali gus memberi pulangan hasil lumayan kepada mereka.

Bagaimanapun, kegiatan pengusaha terbabit terbongkar berikutan tindakan mereka melepaskan air kolam itu ke sungai terbuka menyebabkan bau busuk di sekitar kawasan berkenaan.


Foto: Harian Metro

Air kolam hitam dan berbuih itu dilepaskan ke Sungai Baru di Masjid Tanah sehingga menyebabkan ribuan hidupan sungai mati.


Susulan itu, penduduk membuat laporan kepada Badan Kawal Selia Air (BKSA) pada Februari tahun lalu, sebelum pihak berkenaan melakukan siasatan.

Justeru, semalam, pengusaha kolam ikan keli itu didapati bersalah melepaskan air tidak dirawat ke sungai dan dikompaun RM12,000 oleh BKSA mengikut Seksyen 39(a) Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014.

Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, kolam ternakan ikan keli wajar dikenakan tindakan kerana ia menjadi punca pencemaran air di sungai utama di negeri ini pada Februari tahun lalu.

"Kolam berkenaan didapati cuai melepaskan sisa darah ayam, telur busuk dan air kolam keli ke dalam sungai, sekali gus menyebabkan ikan sungai mati selain membuatkan air sungai berbau busuk sehingga ke Pekan Masjid Tanah.

"Saya sudah melawat ke kolam berkenaan tahun lalu dan mendapati penternak menggunakan darah ayam, telur tembelang dan bangkai ayam untuk menternak keli.

"Keadaan di situ berbau sangat busuk dan tindakan pengusahanya sangat tidak bertanggungjawab," katanya pada sidang media di pejabatnya di Pengkalan Batu, di sini, hari ini.


Foto: Harian Metro

Hadir sama, Pengarah BKSA negeri, Faizah Abdul Rahman.

Norhizam berkata, hukuman itu jelas membuktikan ketegasan kerajaan dalam memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara.

Beliau berkata, kompaun dikenakan itu bagi kesalahan pertama dan jika melakukan kesalahan berulang, jumlah kompaun maksimum RM125,000 atau RM1,000 setiap hari akan dikenakan.

Sehubungan itu, beliau memberi peringatan kepada semua penternak dan petani di negeri ini agar sentiasa mematuhi peraturan dan tidak menyebabkan pencemaran kepada sumber air negeri.

Pada Februari tahun lalu, media melaporkan penduduk di sekitar Pekan Masjid Tanah terpaksa menahan bau busuk akibat pencemaran sungai yang disebabkan oleh sebuah kolam ternakan ikan keli.

Pengusaha kolam berkenaan didakwa menggunakan darah dan telur ayam busuk yang dipercayai diperoleh daripada sebuah kilang penyembelihan ayam sebagai makanan ikan dan kemudiannya melepaskan air kotor itu ke saliran masuk ke sungai berhampiran.

Masalah itu bukan sahaja menimbulkan masalah bau busuk, bahkan menyebabkan ribuan ikan mati dan terapung di kawasan parit, longkang dan sungai di sekitar pekan berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
2

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 17-2-2021 08:13 AM
Aku baca pun nk muntah....kuat betul ikan keli ni hidup...
Quote Belibis 17-2-2021 08:24 AM
Betul2 ikan keli organik.
Quote otai_g 17-2-2021 08:59 AM
Nasib baik aku jenis x mkn ikan.
Quote haifawehbe 17-2-2021 09:07 AM
dah la feveret iols ikan keli berlado
Quote unoryah 17-2-2021 09:08 AM
euww..

mujur sejak azali aku tak makan ikan ni
dalam Bible, ikan keli adalah haram


Quote jazaa100 17-2-2021 09:13 AM
unoryah replied at 17-2-2021 09:08 AM
euww..

mujur sejak azali aku tak makan ikan ni

ooo....iya ke?....

dlm bible ada tulis specific iya nama ikan yg haram & halal di mkn.....

sbb dlm Quran bgtau contoh tak blh mkn binatang dua alam.....jd ulama le yg huraikn apa tu binatang dua alam....

pastu dlm quran pun tak bg maknusia jd dua alam.....
Quote ifanonline 17-2-2021 09:13 AM
unoryah replied at 17-2-2021 09:08 AM
euww..

mujur sejak azali aku tak makan ikan ni

dlm bible plak, babi adalah halal...
Quote c===8 17-2-2021 09:19 AM
Justeru, semalam, pengusaha kolam ikan keli itu didapati bersalah melepaskan air tidak dirawat ke sungai dan dikompaun RM12,000 oleh BKSA mengikut Seksyen 39(a) Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014.



Norhizam berkata, hukuman itu jelas membuktikan ketegasan kerajaan dalam memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara.



kahkahkah rm12000 je denda, takde masalah tokey keli nak bayar banding dgn masalah yg dia timbulkan
Quote She-Ra 17-2-2021 09:26 AM
sejak keluar mcm2 cerita pasal cara pembelaan keli ni, terus tak mkn keli dh
kecuali kwn2 atau saudara sendiri yg bela & kita tau cara belaan tu elok, baru la ngap
Quote awanysss 17-2-2021 10:05 AM
iols mmg takleh telan ikan  ni.. tgk pun geli.. sbb makcik iols cerita, suami dia keje syarikat air satu negeri tu, pastu ada masa tu takde air, dorang kena hntr kat satu tmpat ternakan keli ni, owner dia cainis kot, bagi keli2 tu makan daging babi.. sejak tu pakcik iols haramkan ikan keli utk keluarga dia..

pastu masa i study, kat uni i, dalam longkang bawah blok je, kemain sihat membesar keli dlm tu.. rasanya mmg nature ikan keli makan sampah2 kot..
Quote KIM.K 17-2-2021 10:21 AM
unoryah replied at 17-2-2021 09:08 AM
euww..

mujur sejak azali aku tak makan ikan ni

iya ke. first time dengar
Quote KIM.K 17-2-2021 10:24 AM
Ingat ikan laga je takyah oksigen. Ada forumer kata boleh bela pakai air paip je
Taktau pulak keli pun robust

Benih keli kalau tak cukup makan dan tak cukup space dia makan ekor kawan dia
Quote ultra78 17-2-2021 10:48 AM
Lepas tu orang melayu makan ikan keli...
Quote stinger.baik 17-2-2021 10:55 AM
ifanonline replied at 17-2-2021 09:13 AM
dlm bible plak, babi adalah halal...

dlm bible gak ada citer psl meremas remas remas remas puting

teringat forumer pastor darien fawkes

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Gingerly 17-2-2021 10:57 AM
Mana tak banyak khasiat.. Consider babi air dah ni
Quote akies 17-2-2021 10:58 AM
Loya tekak.
Mujur tk berapa minat ikan ni
Quote ifanonline 17-2-2021 11:06 AM
stinger.baik replied at 17-2-2021 10:55 AM
dlm bible gak ada citer psl meremas remas remas remas puting

teringat forumer pastor darien faw ...

pastor kick dan pastor john ka stinger...?
Quote ninja9 17-2-2021 11:07 AM
eh kenapa ayat bible ni kata jgn makan babi .. sajalah google

Leviticus 11:7-8 ESV / 7,171 helpful votes
And the pig, because it parts the hoof and is cloven-footed but does not chew the cud, is unclean to you. You shall not eat any of their flesh, and you shall not touch their carcasses; they are unclean to you.

Deuteronomy 14:8 ESV / 6,782 helpful votes
And the pig, because it parts the hoof but does not chew the cud, is unclean for you. Their flesh you shall not eat, and their carcasses you shall not touch.

Quote stinger.baik 17-2-2021 11:12 AM
ifanonline replied at 17-2-2021 11:06 AM
pastor kick dan pastor john ka stinger...?

kwn2 dua ekor tu jugak la pan
dlm thread ni https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1214291 dia ada

forumer macaiph tu ye ye la tnye psl ayat2 lucah dlm bible

sian macaiph kena ghosting ngn pastor2 tu

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.054395 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top