CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kenapa Perlu Sentap, Nak Saman Silakan," - Ellie Suriati Sedia Disaman Pengarah Filem

17-2-2021 09:39 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 8706| Komen: 36|Original author: Oleh: Rikuren


"Aku mengambil keputusan untuk menyaman Ellie Suriaty atas kenyataan ini. 
Bukan aku yang memohon untuk dana ini tetapi penerbit filem Mencari Rahmat”


Demikian kenyataan pengarah filem, Al Jafree Md Yusop yang nekad mahu menyaman pelakon Ellie Suriati Omar jika pelakon itu tidak tampil untuk memohon maaf selepas membuat dakwaan tidak berasas padanya.

Al Jafree berkongsi screenshot perbualan Ellie yang mendakwanya ada memohon dana AMP (Advertisement Marketing and Promotional) untuk memasarkan filem Mencari Rahmat.




Kredit foto: Twitter Al Hafree

Komen itu turut disertakan dengan imej keratan akhbar memetik kenyataan Al Jafree mengkritik Finas kerana memberi tumpuan pada lesen dan dana secara berlebihan berbanding perkara lain.

“Dia kononnya 'menganjing' saya sebab banyak kritik Finas sebelum ni. Kononnya saya mohon dana tapi mengecam Finas pada masa sama.

“Jika tiada permohonan maaf, saya teruskan saman,” katanya memetik laporan Malaysiakini.


Kredit foto: Twitter Al Jafree

Penerbit Mencari Rahmat, Mohd Noor Kassim secara sinis turut mengiyakan kenyataan Al Jafree sambil membahasakan dirinya "akak" melalui hantaran di Facebook.


Kredit foto: Facebook Mohd Noor Kassim

Sementara itu,  Ellie menyatakan dia bersedia untuk disaman dan tetap enggan memohon maaf kepada Al Jafree.

Kredit foto: NST

“Dia buat kelakar ke apa? Jika nak saman, silakan. Tapi kenapa dia perlu sentap?” kata Ellie seperti dilaporkan Malaysiakini.

Untuk info, Ellie Suriati merupakan pengarah dan penulis skirp untuk filem Penanggal yang diterbitkan pada 2013. Malah sebelum ini, Ellie pernah berdepan kontroversi apabila terbabit dengan kempen menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga berdepan kecaman masyarakat dan rakan artis.

2

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote scrocth 17-2-2021 09:48 AM
Mad noor kassim ni penerbit kuasatek pictures yg byk produce drama2 best kt tv3 dulu tu kan? Ellie pn pnh blakon bwh production dia, cita tarantula kalau xsilap.
Quote bulalof 17-2-2021 09:52 AM
'industri' yg dipenuhi oleh low class mentality of people....
Quote whadda 17-2-2021 10:09 AM
busuk kepam betul nampak
Quote Nenasketum 17-2-2021 10:31 AM
Yes, finally someone with gullies. Patut jer menyaman hangsuang macam dia ni, Kak Ogy. Kot Najib akan tulun selesaikan kot?
Quote sokmogitu 17-2-2021 10:32 AM
bila tengok luahan hati Amani, Ameerul dan Nadnissa kat youtube, barulah aku tahu industri filem Malaysia ni mungkin akan selamanya takat tu je... masalah selagi orang lama dan politik sesama diorang ni tak berhenti, lepas tu pelahap duit dana kerajaan mcm tak tau mana halal mana haram. No wonder namewee pun kena dgn diorang ni
Quote F685 17-2-2021 10:40 AM
scrocth replied at 17-2-2021 09:48 AM
Mad noor kassim ni penerbit kuasatek pictures yg byk produce drama2 best kt tv3 dulu tu kan? Ellie p ...

Bukan org yg sama, Kuasatek tu Mohd Noor Kadir

Dia ni lebih dikenali sbg DOP pernah menang Sinematografi Terbaik FFM
Quote sekel 17-2-2021 10:42 AM
sokmogitu replied at 17-2-2021 10:32 AM
bila tengok luahan hati Amani, Ameerul dan Nadnissa kat youtube, barulah aku tahu industri filem Mal ...

selagi 'org politik' yang berkepentigan sendiri terlibat dalam industri seni or bidang lain dlm M'sia nie contoh dlm bidang sukan, mme takat tu jer lh
tepu setepu tepunya

tahniah utk anak seni yang berbakat
Quote BicaraHatiku 17-2-2021 10:42 AM
Tuduh orang ambik dana lepas tu suruh org tu jangan sentap. Apakah?
Quote yusryimran 17-2-2021 10:43 AM
whadda replied at 17-2-2021 10:09 AM
busuk kepam betul nampak

kan Iols pun fikir cam gituwww
Quote Belibis 17-2-2021 11:07 AM
sokmogitu: bila tengok luahan hati Amani, Ameerul dan Nadnissa kat youtube, barulah aku tahu industri filem Malaysia ni mungkin akan selamanya takat tu je... mas ...

Orang politik kan memang begitu.cari peluang untuk buat duit.baik dalam seni,bola sepak,takraw.masing2 tolong menolong utk mengaut apa dana yang ada.
Quote AshkieLa 17-2-2021 11:09 AM
whadda replied at 17-2-2021 10:09 AM
busuk kepam betul nampak

haritu tengok citer dia tajuk 44 hari bangkitnya pocong...
camera dok zoom je muka dia..
scary betul kulit dia...
pelik betul aku jadi pelakon tapi kulit tak nak jaga...
Quote stinger.baik 17-2-2021 11:18 AM
scrocth replied at 17-2-2021 09:48 AM
Mad noor kassim ni penerbit kuasatek pictures yg byk produce drama2 best kt tv3 dulu tu kan? Ellie p ...

itu noor khadir

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote scrocth 17-2-2021 12:32 PM
stinger.baik replied at 17-2-2021 11:18 AM
itu noor khadir

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Sorry uol. Tq atas pencerahan. Haha
Quote stinger.baik 17-2-2021 12:37 PM
scrocth replied at 17-2-2021 12:32 PM
Sorry uol. Tq atas pencerahan. Haha

tapi btul
drama org tua tu mmg bagus

dialog drama dia sangat bersastera tp mudah difahami dn menghiburkn

bknnya dok jual lakonan over ngn gigi palsu jongang

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote sunshinelady 17-2-2021 02:32 PM
so dia kata dia tak mohon dana tapi penerbit filem tu. adakah penerbit filem tu nak saman mamat ni sebab fitnah dia pulak or nak sokong mamat tu supaya elly suriati ni boleh disaman malu/ saman fitnah?

selingan: adoi la ellie suriaty ni rupa gini. sedeyh betul.
Quote arm_band 17-2-2021 03:11 PM
kebetulan seswai pulak nama filem arahan tu dijadikan sebagai nickname bakalan OKS ni
Quote adeqbun 17-2-2021 03:37 PM
ai bkn jenis suke ngutuk muke org tau..tp buruk btol die ni skarang
Quote shortie 17-2-2021 04:30 PM
scrocth replied at 17-2-2021 09:48 AM
Mad noor kassim ni penerbit kuasatek pictures yg byk produce drama2 best kt tv3 dulu tu kan? Ellie p ...

Bukanlahhhh. Tu mohd noor kader. Ni director of photography/cameraman
Quote midori_katana 17-2-2021 04:30 PM
Teringat elli masa mula2 belakon dulu .. filem tajuk gasing kot... punyalah lawa.. exotic jer...

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.168785 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top