CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Presiden PAS, Haji Abdul Hadi tawar diri jadi sebahagian yang pertama terima vaksin COVID-19

9-2-2021 05:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1704| Komen: 4

Description: KUALA LUMPUR: Sebagai tanda sokongan terhadap usaha memerangi COVID-19, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan awal menerima suntikan vaksi ...



KUALA LUMPUR: Sebagai tanda sokongan terhadap usaha memerangi COVID-19, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan awal menerima suntikan vaksin.

Menerusi satu kenyataan di Facebooknya, Abdul Hadi memaklumkan beliau telah mendapat taklimat berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

"Justeru saya ingin menyatakan kesediaan untuk menjadi sebahagian daripada penerima terawal suntikan vaksin COVID-19 bersama-sama YAB Perdana Menteri, sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan memerangi pandemik ini.

"Pada masa sama, saya menyeru semua pihak untuk bersama-sama berganding bahu dan menggembeleng usaha untuk memerangi wabak COVID-19 tanpa mengira perbezaan fahaman politik.


"Fokus utama kita sekarang adalah memastikan keselamatan rakyat terjamin dan ekonomi negara kembali pulih," katanya.



Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 9-2-2021 05:17 PM
kenapa tak volunteer jah utk ujian klinikal vaksin kobid? tak cukup sukarelawan lagi tuu
Quote farhani87 9-2-2021 06:06 PM
Baguslah.
Quote chacon 9-2-2021 08:26 PM
entah la...malas aku nk fikir....aku lagi kesian kat penjual sate....die yg panas...sate yg die kipas.
Quote sehirkedi 9-2-2021 09:46 PM
Ok.. Tak sabar nak lihat.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.464475 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top