SETELAH Dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun, akhirnya individu yang disabitkan sebagai pembunuh Michael Jackson iaitu Conrad Muray dibebaskan daripada penjara, kelmarin. Lelaki berusia 60 tahun itu secara rasmi tidak lagi menjadi banduan penjara di Los Angeles dan dikhabarkan Muray banyak berbuat baik di dalam penjara sehingga mendapat kebenaran untuk dibebaskan lebih awal. Bagaimanapun, di sebalik pembebasan itu, ada pihak melaporkan Muray mendapat layanan istimewa sepanjang berada di dalam penjara termasuk dibenarkan menggunakan telefon bimbit.
|
ADVERTISEMENT