CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Semestinya Tak Berhijab Saya Ni Syaitan Tak Ada Hati Perut" - Raja Ilya

5-2-2021 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8368| Komen: 42

Baru-baru ini, pelakon Raja Ilya memuat naik foto memaparkan perbandingan suasana upacara majlis perkahwinan yang berlansung di negara luar dan di Malaysia ketika mengharungi fasa ‘lockdown’.



Bagaimanapun, entri tersebut disalahtafsirkan segelintir pihak yang mendakwa Ilya sengaja ingin merendah-rendahkan budaya masyarakat Melayu.

Enggan isu tersebut dibiar berpanjangan, Ilya yang kini menetap di Australia tampil menjelaskan mengenai perkara tersebut.


Kredit foto: IG Ilya

Menerusi perkongsian di Instagram, Ilya mendedahkan dia sejujurnya tidak mempunyai niat untuk menyakiti hati mana-mana pihak terutamanya buat masyarakat Melayu di Malaysia.

Katanya lagi, dia hanya ingin memberi tahu, orang-orang di sini amat paraniod untuk mengadakan majlis perkahwinan meskipun pada kadar sederhana.

“Terkejut pulak bila post semalam viral uollsss. Mak ai, ada ke patut kata kita hina Malaysia? Buang tebiat ke apa? Nak Mampus kene tembak masuk Malaysia ke apa ? Aduh pening baca sampai ada media pulak kata kita bandingkan wedding! Ya Allah sampai ke situ pulak!

“Ada ke manusia yang nk korek kubuq sendiri! Aduh pening! Post tu kan obvious kata “gambar hiasan”. Itu bukan pun gambar Perth atau gambar Malaysia baru. Itu gambar Mungkin tahun 90an. Gambar tu kan namanya kata orang sini paranoid gler, yang kita ni still move on . Betul apa," tulisnya.

Lantaran itu, pelakon filem, KL Vampires membuat permohonan maaf secara terbuka andai postingnya itu menyakiti hati mana-mana pihak.

“Tak semestinya llya tak hijab Ilya ni syaitan tak ada hati perut. Omg, korang ni pun. Come on, saling maaf bermaafan. Next time go easy on me ok. Now let’s focus and doakan tak ada yang terkorban dalam kebakaran dekat sini, habis satu Bandar debu kebakaran.

“Remember Ilya sayang korang dan you guys always in my heart. Maaf kalau caption tak berapa nak telly dengan n gambar semalam. Peace,” katanya lagi.



Di kesempatan itu juga, Ilya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama minitipkan doa buat mangsa-mangsa yang terkorban dalam nahas kebakaran yang berlaku di Perth, Australia pada Selasa.


Sumber: Media Hiburan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 5-2-2021 09:25 AM
dont make stupid people famous!
Quote mishungu 5-2-2021 09:35 AM
Compare dgn gmbr yg x btl.. Awat x amik yg nikah kt pejabat kadi je tu baru btl.. Nikah online ke..
Quote mieymiey 5-2-2021 09:45 AM
Apa kaitan dengan hijab?
Quote namemysoul 5-2-2021 09:50 AM
Gambo pertama khwn ms covid kan sbb ader tbaca dlu
.....gambo kedua klu x silap ms ramai org blom tau apa itu covid klu x silap...
Quote Belibis 5-2-2021 10:07 AM
Ada jee citer ramelah begum ni.
Quote tagas 5-2-2021 10:41 AM
Diam la melah
Quote LipasComel 5-2-2021 11:25 AM
luls, time covid ni mana ada rakyat marhaen malaysia boleh buat majlis lah. Raja Ilya ni tak tau ke sejak masuk fasa PKP ni mana boleh buat keraian dah, nikah pun dkt pej agama Islam je, itu pun pengantin dengan wali je nok yg boleh ada dlm bilik tu. La ni dengar kata kena buat balik nikah online sebab kes makin banyak.

Nak buat perbandingan tu biar la betol Raja Ilya oi
Quote follesegal 5-2-2021 12:47 PM
masih jugak nk up psl dia ni lg wahai forumers?? dia dh lupakan malaysia tu xyah up psl dia pn.. dia acah knon dh jd westerner.. gpun dia kn dh thp “international” tolak tawaran marvel.. bkn level melesia dh
Quote emera 5-2-2021 01:21 PM
Banyak pulak cerita si kari kosong ni lately. Duduk laaa dendiam kat sana jaga laki.
Quote newme11 5-2-2021 01:27 PM
Ilya ni… pakainya dah makin over...
Quote little_sis 5-2-2021 01:33 PM
Dan2 nak sebut psl pakai tudung ke x.. mcm xde kaitan je pun
Quote Rogue98 5-2-2021 01:37 PM
Masalah bukan pasal tudung pun. Eh lantak kau lah ...dah duk diam2 jer kat Australia tu. Cepat2 lah beranak.
Quote iza_yuss 5-2-2021 01:49 PM
yang aku tau kalo dah Vs. tu perbandingan ler.....

kena tgk situasi la dik oittt.....

kalo hang kawen dgn melayu, hang duk malaysia, tiber hang compare dengan yg obersi, idok ler org mengata.... gitu ler pendapat aku.... sebab aku pun buat comparison malaysia dgn NZ.... tp takpe lah sbb aku duk Malaysia je pun.... idok ler org mengata.... gitulah ibaratnya
Quote iza_yuss 5-2-2021 01:51 PM
little_sis replied at 5-2-2021 01:33 PM
Dan2 nak sebut psl pakai tudung ke x.. mcm xde kaitan je pun

ha a... aku baru perasan

apa ke halnya kait dengan tudung? salah pemahaman pulak dah....
Quote MarryPottet 5-2-2021 02:53 PM
Edited by MarryPottet at 5-2-2021 02:55 PM

Manyak munyik ko ni yek acik milah begum
Gambor / bideo laki ko salam tangan tok kadi masa ko nikah mana pahhhh???
Quote MontanaHannah 5-2-2021 03:40 PM
dajjei


dia masak parpu teloq ke tuuuuuuuuuuuuu


Quote Jemahjemah 5-2-2021 05:01 PM
Diam diam je la. Org dah xambik tau psl dia ni {:run
Quote Ara_roro93 5-2-2021 05:14 PM
OhmyGigi , bila tanned skin teserlah terus aura kari  yindia pasir berdegung milah uii !
Quote anilanil 5-2-2021 09:22 PM
Sampai sudah remilah tak upload gambar akad nikah waima gambar hiasan pon...

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.074768 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top