CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenapa Buat Berita Palsu Dakwa Dr Noor Hisham Nak Letak Jawatan?

4-2-2021 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3205| Komen: 12

Tidak dinafikan usaha pihak berwajib dalam menangani pandemik Covid-19 berdepan pelbagai cabaran termasuk lambakan berita palsu.

Terbaharu, wujud khabar angin mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhasrat untuk melepaskan jawatannya.



Kredit foto: Bernama

Dakwaan itu lantas ditepis Dr Noor Hisham yang mengesahkan ia adalah berita palsu.

“Ini adalah satu lagi berita palsu dan mengelirukan orang awam,” katanya di Twitter.

Terdahulu, Dr Noor Hisham memuat naik tangkap layar sebuah berita palsu yang mendakwa dirinya ingin melepaskan jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan.



Sebelum ini, pelbagai berita palsu mengenai Covid-19 dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sering ditularkan di media sosial.

Susulan itu, KKM menasihati orang ramai agar berwaspada dan tidak tertipu dengan maklumat palsu.


Sumber: ProjekMM


Bagus
1

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 4-2-2021 09:29 AM
im messenger only
Quote kakikuDibibirmu 4-2-2021 09:32 AM
Yahoo Messenger only
Quote kakikuDibibirmu 4-2-2021 09:32 AM
a/s/l ?     
Quote Tinot7 4-2-2021 09:34 AM
apa motif buat citer ni?
Quote MontanaHannah 4-2-2021 09:45 AM
Dia mmg pernah cuba letak jawatan  tetapi di pujuk


Harap janganlah dia mengalah .
Quote wilsh10 4-2-2021 10:21 AM
kena hadap pangai menteri2 makhluk bajet above the law & kalis kobid ni seme, aku x heran Dr Hisham nk step down. Aku lg heran camner laaaa dia boleh tahan ngadap onar hanat2 ni seme
dh setahun wei
Quote TuntungReturn 4-2-2021 10:25 AM
selalunya bos2 kkm ni kelulusan kesihatan awam. pengarah2 spital pun sama.
Quote annehuda 4-2-2021 10:37 AM
rsa mcm pelik je panggil dg hisham tu dr noor. selalu puak2 english je mcm tu
Quote epuepy 4-2-2021 11:20 AM
x rasa dg hisham nk letak jawatan.. sbb nmpk selama ni pnn mmg dia and kkm team all out nk fight covid ni.

tp tula, rakyat malaysia ni time kes turun di puji, time naik habis sume di suruh letak jawatan,

harap dg hisham and kkm team tabah la...
Quote nolya 4-2-2021 11:33 AM
wilsh10 replied at 4-2-2021 10:21 AM
kena hadap pangai menteri2 makhluk bajet above the law & kalis kobid ni seme, aku x heran Dr Hisham  ...

Mungkin Dr.NH lebih mementingkan nyawa dn kesejahteraan kesihatan rakyat drp kepentingan diri sendiri.  Soal mati semua orang akan mati ttpi selagi nyawa boleh diselamatkan, maka itulah amanah profesi beliau sbg seorang Dr. Beliau bertugas penuh amanah dn dedikasi biarkan sering dilanda fitnah dn diperli.  Berita palsu beliau nak letak jawatan sebenarnya ada maksud yg tersirat bagi orang yg mereka cerita yg iri dan dengku.  Semoga Allah bersama2 Dr. NH.
Quote Orix 4-2-2021 03:31 PM
letak jahh... kasik sikit muntri kesihatan serta timbalan2 nya buat kerja
Quote Ain_h 7-2-2021 01:02 AM
Hahahah.. Mesti xde kerja sgt tuh

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.049592 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top